Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

29 Nov 2012

Kerjaya seorang Programmer

Assalamualaikum

Semester akhir aku di kolej aku didedahkan dengan topic Programming dalam subject  Science Computer. Kitorang belajar object-oriented : C++.Ilmu yang sangat berguna aku rasa. Sebab setahu aku untuk belajar Programming ni kalau dekat luar mungkin sampai ribu-riban harganya. Tapi dekat kolej ni, memang dah masuk dalam syllabus. So, agak benefit jugak dekat kitorang kot. Tak payah nak bayar riban2 tok dapat ilmu ni. So bile da dapat kene la GRAB kan. 






Belajar Programming satu sem!

Mengikut program yang aku tengah study memerlukan aku untuk belajar Programming dalam jangka masa satu sem iaitu 6 bulan. Walaupun sebenarnya kalau nak ikutkan betul-betul punya Programming yang detail tak cukup dalam tempoh 6 bulan untuk cover semua. Hari ni hari ke empat aku berada di kolej ni untuk semester akhir ni. Kitorang pon dah didedahkan sikit-sikit tentang Programming ni. Bab mula mungkin senang kot bagi aku sebab perlu kaedah penghafalan je kan. Belum masuk teknikal lagi. 






Kerjaya sebagai Programmer

Setelah go through keseluruhan topic-topic dalam Programming ni rasa macam menarik pula kerjaya sebagai Programmer. Programmer adalah salah satu kerjaya yang agak "tinggi" dan "ada class" dalam bidang IT.  Kerjaya sebagai Programmer memang menjanjikan gaji yang lumayan lagi-lagi kalau dah bergelar senior Programmer. Tapi sebelum tu.. cuba tanya diri sendiri soalan-soalan dekat bawah ni untuk bergelar seorang Programmer


1.Adakah korang seorang yang suka menyelesaikan masalah?
2.Korang sukakan komputer tak?
3.Agak-agak jiwa korang meronta-ronta tak untuk mencipta dan terus mencipta?

Kalau jawapannya semua adalah YA! Okay let's we proceed.





Permintaan Programmer dalam sektor pekerjaan di Malaysia

Memetik petikan dari Metro (8 Mei 2011) ''.........sektor kritikal yang mempunyai permintaan tinggi antaranya ialah pengaturcaraan komputer (programmer)''

Based on artikal dalam Metro tu menunjukkan Kerjaya sebagai seorang Programmer ni memang mendapat permintaan tinggi dalam negara kita.  






Perkara Perlu tahu tentang kehidupan seorang Programmer

 1.Kehidupan sosial akan terabai
Basicly, kehidupan seorang Programmer ni boleh dikatakan hampir keseluruhan hari berada dihadapan komputer. So, norma kemasyarakatan tu akan terhapus. Wahhh! Tak de lah sampai terhapus tapi kurang bersosial la cam tu. Ye la.. dah 24 jam mengadap komputer, mana sempat nak tanya khabar jiran sebelah ke apa ke contoh je la kan.

2. Berasa terpencil dalam masyarakat.
 Secara psikologinya, perasaan ni muncul sebab Programmer selalu berkerja dengan mesin. So, kecenderungan untuk berkomunikasi sesama manusia mungkin sangat-sangat minima. Secara tak langsung diorang dengan sendirinya akan rasa 'jauh' dari masyarakat sekeliling.

3.Menepati waktu dan berkerja lebih masa
Bagi seorang Programmer, mungkin tak tidur untuk beberapa hari menyiapkan sesuatu program tu adalah biasa. Berdasar apa yang lecturer aku bagitahu, untuk menyiapkan sesuatu program tu bukan mudah. Dan bukan sekali dua terus siap. Kena Try and Error baru lah at the end of the day program tu berjaya. Programmer pun harus ada sifat  tak boleh mengalah.




Gaji Programmer 



Sumber: Encik Google    
*Nilai akan berubah mengikut perkembangan semasa.

JawatanPendapatan Tahunan (RM)
Pembangun Perisian55,000 - 75,000
Pakar Unix70,000 – 145,000
Jurutera Sistem Kanan 60,000 – 85,000
Penganalisis Keselamatan 55,000 – 100,000
Pengarah IT 260,000 – 340,000
Pembangun Aplikasi Web 55,000 – 100,000
Penganalisis Sistem 45,000 – 65,000
Penganalisis Pengaturcaraan40,000 – 55,000
Pengaturcaraan Sistem 40,000 – 55,000
Pentadbir Rangkaian 30,000 – 60,000
Jurutera Perisian50,000 – 100,000

Sekian dari aku yang baru nak mengenali dunia Programming.

4 comments:

Unknown said...

perghh. menarik. rasa macam nak join jugak belajat programming :)

Unknown said...

cita2 ku adalah programmer

HBM Technology said...

Dalam dunia IT programmer adalah kuli (saya tau la sbb sy buat kerja tu dulu)

Anonymous said...

Programmer mesti amanah. Sbb tak semua orang boleh tau kod yg dibuat tu bagus atau tidak. Even senior programmer pun mgkin cuma boleh uji ada ralat sintaks atau tak. Memanglah nak buat bagus2 pun orang bukan boleh appreciate, akan bayar murah juga walaupun setengah mati nak cari penyelesaian. Tapi yang penting user dapat yg terbaik dan programmer dapat rezeki halal.