Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

27 Nov 2012

#Tangan di dada mata ke atas


"Sifat manusia itu satu seni"

Assalamualaikum..

Kata-kata dekat atas tu dikatakan oleh sorang cikgu kat kolej ni pada aku. Memang aku pegang betul kata-kata tu. Walaupun bukannya ayat berjela-jela tapi bagi aku kata-kata tu sangat mendalam. 

Berkomunikasi sesama manusia adalah satu tindakan semulajadi yang wujud dalam diri manusia untuk teruskan kehidupan.satu proses di mana manusia menghantar dan menerima mesej Means, manusia takkan boleh hidup sorang-sorang. Manusia hidup bermasyarakat. So, cara berkomunikasi ni pun aku akui kene betul pada caranya. 

Cara berkomunikasi yang baik

#1 : Intonasi suara haruslah direndahkan sedikit
#2 : Soft spoken. Cakap dengan lembut tetapi tegas.
#3 : Pandang mata orang ketika bercakap.
#4 : Dengar dahulu sampai habis sebelum menjawab.
#5 : Elakkan bercakap semberono. Cuba menyampaikan sesuatu dalam bahasa lebih manis.


Motif aku taip entry ni? Bukan aku nak kata aku punya cara berkomunikasi ni bagus. Aku akui aku ni serba kekurangan cewahhh
Tertaipnya aku entry ni adalah sebab tadi terdengarlah desas-desus mengatakan aku ni 

* Tak fokus waktu orang lain bercakap
*Tak jujur dalam percakapan 


Wahhhh!!! Seenak mulut berbicara, sehangat telinga ni mendengar. Okay! Dekat sini aku nak buat pengakuan jujur yang mana aku memang ada masalah sikit dengan cara berkomunikasi dengan baik macam yang tertulis dekat atas tu. Part nombor 3 tu okay. Walaupun demikian, bukan bermakna aku tak fokus apa yang orang-orang sekeliling cakap dengan aku.Aku dengar dan fokus apa yang orang cakap. Cuma memang masalah aku untuk menatap mata korang bak  oma bertha (dalam cerita bawang merah bawang putih) tu memang aku mengaku aku tak mampu. 

Tapi kalau orang tu tak pandang mata masa bercakap maknaya dia tak jujur.

Itu terpulang pada individu dalam menilai. Kejujuran ni kita tak boleh nak cakap, "wei, aku jujur ni" Kelakar ok. Biar juri-juri profesional diluar sana yang menilai. Memang habit aku dari kecik kot aku tak pandang mata orang kalau bercakap. Aku akan rasa sangat-sangat nervous dan tak selesa bila buat macam tu. Serious. Tak kiralah pakcik, makcik, cikgu-cekgi, kekawan. Siapa pun yang sedang berbicara memang aku takkan pandang mata dia. So, ingat sekali lagi "Sifat manusia itu satu seni"

Macam mana nak interview nanti? 

Ni persoalan yang pernah jugak terlintas kat fikiran aku. Yela, kalau interview ni setahu aku, interviewer tu akan pandang mata kita untuk tengok sama ada kita nervous atau tak. Aku tak de lah bermasalah sampai berpeluh-peluh ke kalau orang pandang, just aku je yang tak bole pandang mata orang. Kalau interview tu mungkin bole control kot. InsyaAllah.

Bagi aku, benda ni bukan lah masalah yang besar dalam berkomunikasi. Yang penting  point dan maksud tu dapat disampaikan dengan baik. 

Kadang-kadang penat nak puaskan hati semua orang. Yang penting aku tak buat macam ni waktu korang bercakap dengan aku okay. Peace!

Apa perasaan korang kalau tgh cakap orang buat cam ni? haha




No comments: