Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

19 Mar 2013

Aku ada WEDphobic! [wednesday phobia]



Omaigod..omaigod!!!

Esok hari Rabu!!! Aduh aku lemah betul la kalau hari Rabu ni. Rasa kalau boleh nak skip je hari Rabu tu then terus lompat ke hari Khamis. Boleh tak? Haha Sebelum tu, nak bagi tahu, tak de pun dalam istilah sains dan perubatan WEDphobic ni. Aku baru je cipta dalam empatploh saat yang lepas. =p

Memang daripada dulu aku akan saat2 takut ialah hari rabu.Sebabnya, hari rabu tu kira dah pertengahan minggu. Seminggu kan ada 5 hari (untuk  waktu berkerja la) so hari Rabu tu dah masuk hari ke 3.. biasanya aku akan takut sebab target atau objektif aku untuk minggu tu tak terbuat or tercapai lagi. Yela kalau nak dicapai pun target mingguan tu ada lagi dua hari je kan. So, itulah sebabnya saya WEDphobic!


Dan baru-baru ni WEDphobic aku ni menjadi-jadi bila cikgu math aku semakin "garang" atau tegas dalam kelas. Mak oiiiii! Rasa macam nak lari je kalau waktu tu waktu dia. Huissshhh nak tunggu satu jam tu habis punya lama. Tunduk tawadhuk lah aku sepanjang kelas tu.

 Dan ada satu hari tu aku betul-betul tak puas hati. Maklumlah student kan. Mana boleh melawan. Mata aku ni nak kata sepet tak de la sangat tapi boleeeehh la dikategorikan sebagai sepet. Petang tu aku tak mengantuk sikit pun, tiba-tiba boleh pulok dia bagi amaran daripada depan kelas dengan suara dia yang garang tu "Awak jangan nak mengantuk..mengantuk ea dalam kelas saya..saya bantai kang!!!" (Aku blur) Bila masa pulak aku mengantuk ni. Pergggghhhh sakit pulok hati kita ni ha... Tapi apakan daya. Tak de kuasa nak memperbetulkan keadaan untuk cakap "Cikgu,mana ada saya mengantuk.. mata saya memang cam gini la" Semuanya berlaku hari Rabu (Mungkin kebetulan)


Apa-apa pun aku kene jugak hadapi esok..Breath in...breath out...breath in..breath out..... fuhhhhhh

Salam maghrib!



4 comments:

BUNDA a.k.a KN said...

salam ukhuwah dari bunda

Lyeen De Syifa said...

hahahaha...apapaun jgn mngantuk..minum kopi sblum p kelas..hahahaha

Emas Putih said...

haiiiii .. sy follow sini :) jemput singgah http://www.kisahemasputih.com/

NIA SI DRUMSTICK said...

hahaha..seram btol cikgu tu.. letak btg mancis kat mata bg mata besar..haha