Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO
Showing posts with label CIK TANPA NAMA (ABOUT ME). Show all posts
Showing posts with label CIK TANPA NAMA (ABOUT ME). Show all posts

23 Mar 2013

Ibu muda





Assalamualaikum

               Syukur alhamdulilah.Setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi kerana lahirnya seorang insan yang bakal menghuni bumi dengan gelaran seorang Khalifah ya Allah.InsyaAllah.Bukan mudah pada usia yang muda nak jadi seorang ibu, mak, mama, umie, mummy dan sebagainya.Tanggal 12 Mac 2013 lahirlah seorang insan yang diberi nama Nurul Umairah (Cahaya Kemerah-merahan) di dunia ini. Welcome sayangs!


               First of all, baby di atas tu bukannya Baby saya. Even ada jugak feeling-feeling nak pegang baby sendiri kan. Tapi tak tahu bila. Mungkin lama lagi. Ni first time aku pegang baby yang baru umur lebih kurang seminggu macam tu. Ya Allah rasa macam happy semacam, rasa sayang sangat-sangat dekat baby tu. Rasa tak sabar pulok nak ada baby sendiri. Teeetttt. Baby tu baby cousin aku sendiri, umur cousin aku tu sama sebaya dengan aku. Tapi jodohnya sampai awal kan.(Jeles!) So, dapatlah baby awal. 

              Tapi aku seriusly secara personal nya memang tabik spring pada mereka-mereka yang jadi ibu muda ni. Sebabnya bukan senang muda-muda lagi-lagi seawal 20-an dah ada baby. Ramai classmate aku masa primary school dulu dah kawen dah dan dah  ada baby yang boyot-boyot. Hehe. Seronok je tengok.

Korang teringin tak nak ada SAMSUNG S3 MINI? Haruslah nak kan.Cuba korang KLIK SINI.Harga dia range RM999 je tadi Iera usha. Murah pulok kan. Try lah usha



p/s:Preparing for seminar Dr Azizan Osman tomorrow!




3 Mar 2013

Aku sombong, berlagak, kerek!



Why people always judge other by their face?

Aku pun kadang-kadang tak faham kenapa orang judge orang tu bila pandang sekali. Tanpa kenal or cakap dengan orang tu. Kita dah judge, okay dia ni memang SOMBONG, okay dia ni KEREK, okay dia ni ANNOYING. Padahal kita tak bercakap or berkawan pun lagi dengan orang tu.

In fact, okay aku admit aku mempunyai wajah yang ala-ala nak masuk ke tahap kerek atau poyo. Ni based on what other said to me on their FIRST IMPRESSION. Mungkin faktor mata yang agak sepet menyebabkan kadang-kadang kalau aku pandang biasa je orang kata aku menjeling. Dengan muka yang payah nak senyum, mungkin orang kata aku SOMBONG. Tak kan lah nak senyum 24jam. Tapi senyum tu sedekahkan? Ye aku tahu.  Dan PLUS.. Aku sangat susah nak memulakan percakapan/perbualan menyebabkan aku nampak pendiam pada zahirnya. Walhal! Kalau sapa-sapa yang rapat tahu la kowt betapa banyak cakapnya aku ni. Even mata dah mengantuk tahap maksima pun boleh berbual lagi.



Dan aku kalau berjalan, aku akan straight to that destination tanpa memandang ke kiri mahupun ke kanan. So that, mungkin orang senyum kat aku, aku buat muka dunno je. Yela dah aku pandang bawah, atau pun kalau tempat aku nak pergi tu dah dekat memang aku akan aim tempat  tempat tu dari jauh tanpa memikirkan alam sekitar. Terusssss straight to the destination.Sekali lagi maaf, aku bukan sombong, cuma tak perasan.

Tapi memang mana-mana aku pergi pun orang akan cakap aku sombong. Padahal aku tak buat pape pown dekat diorang. Macam mana erk nak ubah persepsi orang? Tak kan aku nak gantung kertas dekat depan sambil tulis "Saya tak sombong okay" Takkan nak senyum 24jam, nanti orang akan kata perasan pulok. Haishhhh poning-poning.


Macam mana pun aku still lagi bersyukur dengan wajah aku.Ciptaan Allah semua hebat-hebat dan ada hikmahnya.  Dan bila kita semakin tua, wajah kita semakin iras ibubapa kita. Kenapa? Kerana mungkin waktu tu mereka dah tiada,. Dan Allah tahu kita rindu dan perlu melihat wajah mereka.

Saya sayang ibu. Saya sayang ayah









27 Feb 2013

Aku terima kalau memang itu Jodoh aku



Menghadapi realiti bahawa satu hari nanti "perjalanan" ini akan terhenti memang satu kegembiraan atau suatu perkara yang aku nanti-nantikan setelah dua tahun menempuh satu proses pembelajaran yang sememangnya bukan pilihan utama aku. Sains! Memang berjodoh aku dengan sains ni sejak dari form4 lagi. Waktu form4 tu aku memang dah ditempatkan untuk belajar di kelas aliran Sains berdasarkan result PMR aku yang Alhamdulilah dapat 6A 3B. Walaupun dah berkali-kali aku buat permohonan untuk ambil aliran sastera, tapi permohonan aku direject!

Maka bermulalah episod kehidupan aku  dengan subjek sains selama 2 tahun. Kimia, biologi, fizik.... Aku terima cabaran tu. Tapi jiwa aku tak kena dengan subjek-subjek teori ni bagi aku, aku lebih berminat untuk belajar subjek yang realiti, nampak, bukannya sekadar teori yang perlu difahami sedalam-dalamnya.



Dan masa lepas SPM,aku rasa heaven gila!!! Sebab lepas ni aku dah tak perlu lagi belajar yang bukan jiwa aku. Tapi, kalau dah jodoh tu memang tak boleh lari, aku dapat tawaran daripada MATRIKULASI. Sekali lagi selama setahun setengah aku bakal menghadapi suatu perkara yang aku kene, harus, WAJIB suka untuk masa depan aku.

Aku bukannya tak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni. Aku diberi peluang untuk menuntut ilmu. Ramai jugak kawan-kawan aku yang tak dapat peluang belajar. Aku bersyukur. Aku cuma nak meluahkan rasa je. Macam mana pun aku bersyukur aku masih diberi peluang belajar dalam subjek Sains ni.

Permohonan aku ke UPU aku memang langsung tak letak kos Sains sebagai pilihan utama. Ada pun cuma satu je. Kalau dalam 8+4 pilihan yang ada, then pilihan kos Sains yang satu tu jugak yang dapat, memang tak boleh kata apa lah..memang dah jodoh...





18 Jan 2013

Craft!


Assalamualaikum..

Aku ni seorang yang kidal. Orang kata orang kidal ni kreatif. Yeke? Mungkin kowt.  Tapi kalau nak suruh aku melukis, memang kayu lah tangan aku ni. Aku lebih prefer art yang melibatkan needle and thread :)

Antara kraf yang aku mampu buat ialah handmade keychain yang macam kat bawah ni. Aku ni pun newbies lagi dalam dunia crafting ni. Masih belajar lagi.


17 April 2011- Hari yang paling mengembirakan aku apabila request aku untuk join Hari Kantin sekolah adik aku di"approve"!  Apa yang aku jual? Dah tentulah Handmade Keychain aku tu :)

Handmade Keychain tu dikait daripada benang khas. Boleh saja request nama apa pun. Boleh jugak nak buat handphone keychain. Tapi memandangkan aku dapat site tu pun dekat sekolah, aku perkenalkan Handmade Keychain saja.





Tiada jarum yang diperlukan untuk buat Handmade Keychain ni. So tak berbahaya untuk adik-adik. Hehe



Tu dikire first customer :) Yang sebelah tu satu-satunya adik aku dunia akhirat. 




"Adik tulis nama dekat sini... nanti akak kaitkan"
"Boleh tulis nama apa-apa je ke kak?"
"Boleh" (Tersenyum)





Masa ni memang nervous sebab selama ni aku duk jual online je. Tak pernah pulak buat Handmade Keychain ni secara live depan tontonan orang ramai. Shaking!


Makin lama makin ramai yang singgah dekat site aku. Alhamdulilah

Apa yang buat aku nak gelak guling-guling masa nak kait nama tu, ada jugak yang minta kaitkan nama "JUSTIN BIEBER" warna purple. Lepas pada tu baru aku tahu Justin Bieber tu suka warna purple. Patotlah adik tu beriya-iya minta warna purple. Peminat setia agaknya. 



Yang baju merah tu salah seorang cikgu sekolah tu. Dia pun nak beli jugak. Segan lah aku. Aku bagi je. FREE OF CHARGE :D



Hah! Sampai ke belakang pun ada adik-adik. Berpusing-pusing kepala aku nak layan sorang-sorang.  Tapi seronok!



Yang berbaju purple tu adalah ibuku yang terchenta. Dari mula sampai tutup kedai setia menemani aku. Ibu adalah orang yang paling kuat sekali support dalamapa yang aku buat selain ayah. 

Aku ni memang minat gila dalam bisnes ni. Walaupun bisnes tu kecik je untung seposen doposen tapi aku rasa puas sebab tu hasil usaha aku sendiri.Even sekarang ni aku belajar course Science Technology, yang mana takde kaitan dengan bisnes, tapi aku still mengimpikan yang satu hari nanti aku akan ada kedai sendiri dengan jenamaaku sendiri. Specific nya biznes dalam bidang crafting. InsyaAllah



Sampai duduk adik ni. Maaf dik. List nama yang nak kait masa tu memang dah banyak sangat. Kene tunggu turn ye dik


Masa ni dah nak tutup kedai dah sebab benang untuk dikait dah habis. Menyesal jugak tak bawak banyak-banyak. Yela. First experienced kan. Mana tahu boleh laku macam ni. Macam goreng pisang panas pun ada.  

Aku  bangga jugak sebab site aku walaupun bermodalkan kerusi dan meja sekolah je, tapi site aku antara yang paling ramai dan paling laku. Tu pun aku tahu bila DJ announce kan dekat pentas. Dan aku kedai aku tutup paling awal, lebih kurang 2 jam lebih saja macam tu. Dan alhamdulilah rezeki Allah. 

Masa ni aku baru je lepas SPM, dan untung yang dapat masa tu alhamdulilah sama macam gaji kawan-kawan yang kerja part-time 8pg-8mlm selama sebulan. SYUKUR.


-Next target:::: Nak buat tudung anual dinner sendiri- Manik-


4 Jan 2013

Apa Dr Fadzilah Kamsah cakap pasal aku??


Assalamualaikum

24 MEI 1993
Awal-awal dah masukkan coding kan. Programming student la katekan..teeettt.... hehe Sape yang birthday bulan 5 sama dengan aku? Seeeeppppp sikit. Hahaha.

Tujuan aku tulis birthday aku beso-beso ni bukannya apa. Maklumlah susah nak buat coding tu kan. Jadi dah buat. Kenelah abadikan dalam blog yang tak seberapa ni. Hehe

Aku rasa dari zaman sekolah, time birthday aku je mesti adalah hari yang tak best. Sebab nya birthday aku tu selalunya, kiranya tiap kali birthday aku.. akan jatuh pada MID-SEM! Huh! Memang sangat tak best la kan. Muka ketat je tipa kali birthday, dah balik exam baru celebrate. Memang cam gitu la tetiap tahun. Tapi selalunya tiap-tiap tahun bila birthday aku je, ibu akan senyum bila aku bukak mata. Ibu lah orang pertama selalunya yang akan wish birthday aku. Adehhh sedih pulak bila dah dok jauh dari ibu ni. (Jauh ke?)

Sedang menerawang-rawang dalam dunia Google ni, terfikir pulak nak search pasal personaliti diri. Kalau korang nak tahu personaliti korang boleh lah tanya cik Google ye, tapi tak payah percaya pown tak pe. Cuma nak tahu je kan.Dan kat bawah ni adalah dapatan kajian Dato' Dr Fadzilah Kamsah selama 25 tahun mengenai personaliti diri bagi mereka yang lahir bulan Mei.

MEI

* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.

* Keras hati & tegas.
Aishhhh macam mana dia boleh tahu ni? Aku ni memang seriously keras hati. Kalau A aku cakap, A lah jadinya. Tiada kompromi lagi dah. Haha. Tegas? Mungkin.

* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Kuat semangat? Ngeh2 Masa first time dok hostel masa form 1, nangis hari-hari kowt nak balik. Tapi lama-lama bila dah ada kat kolej ni ok kowt. Kuat jegaklah semangat aku ni kan? Haha


* Pemikiran yang tajam.

* Mudah marah apabila tidak dikawal.
OOOOOooopppsss!!! This is my past bad attitude. Memang aku ni agak hot-tempered orang nya. Tapi InsyaAllah tu dulu.. gonna be better from today. 


* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .

* Perasaan yang amat mendalam.
Part ni pun betul kowt. Kalau tengok cite2 kat tv tu, orang lain tak nangis pun. Tapi aku punya sedih macam orang mati laki. Haha

* Cantik dari segi mental & fizikal.

* Tidak perlu dimotivasikan.

* Mudah dipujuk.

* Bersikap sistematik (otak kiri).

* Suka berangan.
* Daya khayalan yang tinggi.
Ummm malu gila nak mengaku tapi its true! Aku selalu mengangan-angankan dalam masa 10 tahun akan datang aku ada sebuah kedai dan jenama product sendiri. InsyaAllah

* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.

* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.


* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
Alhamdulilah fikikal semua cukup sifat :P Tapi masalah berat badan yang underweight ni je ha tak langsai-langsai lagi

* Kelemahan sistem pernafasan.
So far, ok je :)



* Suka sastera, seni & muzik serta melancong
.* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
Its true! true! true! Aku sangat suka 3 3 benda ni semua. Part seni tu, aku memang lah tak de bakat dalam melukis mahupun mewarna. Tapi aku lebih kepada crafting. Melancong? Memang ye la sangat-sangat:)

* Tidak punya ramai anak.

* Rajin dan bersemangat tinggi.

* Agak boros
Boros? ummm cam ne ek? Aku ni kalau nak dikategorikan sebagai kedekut yang amat memang dah tercalon dah. Tapi kalau jalan-jalan aku suka something tu, aku akan aim dan pastikan dapat benda tu even mahal. Itukah boros?



Tapi ni semua adalah kajian je. Tapi ada je yang kene dengan aku ni kan. So, birthday korang bila pulak?

2 Jan 2013

Hye2 tweenTEEN gurl!

Assalamualaikum

Perghhhh!!! Segar rasa setelah "mencutikan" diri sendiri selama 4 hari.  Padahal cuti yang halalan toiyiban 2 hari je (Sabtu Ahad) tapi tapi aku lajak kan je terus ke hari Selasa. Muahaha. Awal-awal tahun dah buat perkara jahat. Acane ni? 

Tarik nafas.... lepas... tarik nafas... lepas...fuhhhhhh

Hari ni dah hari kedua dah kita berada ditahun baru. Sure lah aku pun tergolong dalam mereka-mereka yang nak memperbaharui azam kan. Azam tahun lepas? Satu dua azam je yang separuh jalan. Ngeh2..



Memegang title "TY" dalam perkiraan umur bukan nya perkara yang mudah. Kalau tahun lepas nineteen, tahun ni TWEENTY. Omg! Rasa macam belum bersedia je nak melangkah ke alam pra-dewasa ni.(pra lagi kah) Haha. Rasa macam baru je semalam main sip-sip lamlalitamplom, rasa macam semalam je main police entry one to jaga, rasa macam semalam je pakai baju putih, kain biru turqoise. Hari ni dah doploh? Haishh. 

Bila dah boleh dikatakan dewasa ni. Sure lah kita akan mula melakar masa depan kita. Be more serious dalam apa yang aku lakukan. Sebab apa yang kita lakukan hari ini, adalah apa yang kita akan jadi pada masa akan datang. Mencuba menjadi muslimah sejati. InsyaAllah.


Menurut Dato' Dr Fadzilah Kamsah, kalau nak berjaya melakukan sesuatu yang kita hajati, kita kena bagi tahu orang sekeliling apa yang kita nak capai. So, aku mengambil inisitif blog ni untuk bagitahu apa azam aku tahun ni. InsyaAllah akan tercapai lah segala azam-azam yang kat bawah ni. Amin



Life
* Do the right things!
* However good or bad a situation, it can be change by myself
* No matter how I feel, get up, dress up and show up! The best is yet to come
*When awake in the morning thank Allah for it





Society
*Call my family often
*Each day give something good to others
*Forgive everyone for everything
* Try to make at least three people smile each day
* What other people think of me is none of my business



Personality
* Don't over do! Keep my limits
* Don't take myself so seriously
*Don't waste my precious energy on gossip
* Life is too short to waste my time on hating anyone. Don't hate others
* Smile and laugh more
* I don't have to win every argument. Agree to disagree


Berusaha menjadi muslimah sejati. InsyAllah

26 Dec 2012

Kantoi-Zaman Sekolah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menjelang beberapa hari lagi pelajar sekolah akan masuk ke alam persekolahan semula. Mesti rasa tak sabar kan..kan kan?  Ingat lagi kalau dulu waktu ''zaman muda remaja'' seminggu dua lagi nak naik sekolah rasa excited gile. Siap dah letak beg kat tepi meja dah malam tu.Pencil, pemadam pembaris semua dah masuk dalam pencil case dah. Dua tiga hari dok sibuk check. Punya excited nak naik sekolah.



Hari pertama naik sekolah je. Semua muka ceria. Ye la.. baju baru, beg power rangers baru. Aku dulu pakai beg Hello Kitty okay masa darjah satu sampai darjah dua. Beg sekolah hello kitty, bekal makanan, botol air. Semua warna pink.Dah tu melekat sampai sekarang menjadi peminat pink tegar! Haha. 


Tu hari pertama. Masuk minggu kedua, keempat, keenam? Huh! Lemau dah. Hahaha. 

Dulu ibu aku selalu lah cakap " Nanti zaman yang paling kita rindu ialah zaman persekolahan" Aku iya kan je lah.Tapi dalam hati siap cakap. Yeke ibu  ni? Zaman Universiti lah best sebab dah besar semua. Tapi sekarang aku akui  aku memang rindu gila zaman sekolah dulu. Even sekarang aku dah pun selangkah lagi nak bergelar siswi, aku still berharap dapat pergi balik kezaman sekolah dulu.Rindu kowt!

Bila dah masuk zaman Universiti ni baru lah rasa.. Ya Allah payahnya jadi dewasa ni. Semua problem nak kene fikir. Kalau dulu, tak pernah fikir pun. Balik sekolah, pergi ngaji, balik, buat homework. Tidur. Thats all. Tak payah nak fikir. Alamak elaun tak masuk lagi ni. Alamak nak bayar duit fotostate nota ni.Alamak ...alamak...macam-macam kowt masalah yang datang. 

Bila dah macam-macam masalah yang melanda, mulalah tidur tak cukup, tidur tak berkualiti. Dah tu mengantuk .Bila mengantuk, tidur kat dewan kuliah! Hahaha ni tak boleh bla ni. Hari ni aku rasa mengantok sangat. Pastu tengahari tadi pulak kuliah Bio, Huh! Memang "best" lah nak belajar bio tengahari kan. Aku pulak duduk agak depan tadi. Dengan muka selambe dan steady. Badan tegak. Aku tidur! Wahaha. 

Macam ni lah aku tidur tadi. Badan tegak steady je.Haha


Siap boleh mimpi-mimpi lagi join family trip ke Bukit Cherakah. Padahal tak  pernah sampai sana pown. Tengah-tengah mimpi main snow tu, tetiba lecturer tu boleh pulak mention kat depan! Damn! Malu gila. "Kadang-kadang saya rasa kelakar tengok student tidur dari depan ni" Seriously!!! Malu kowt naseb baik dia tak sebut nama aku. Lepas dia mention macam tu, terus rasa segar-bugar. 

Jadi moral of the story untuk hari ini, marilah kita tidur awal untuk mengelakkan tidur di dalam dewan kuliah. Sekian.


p/s:: Tahniah buat adikku yang dapat masuk sekolah sains yang diidam-idamkan tu. Good Luck!

27 Nov 2012

#Tangan di dada mata ke atas


"Sifat manusia itu satu seni"

Assalamualaikum..

Kata-kata dekat atas tu dikatakan oleh sorang cikgu kat kolej ni pada aku. Memang aku pegang betul kata-kata tu. Walaupun bukannya ayat berjela-jela tapi bagi aku kata-kata tu sangat mendalam. 

Berkomunikasi sesama manusia adalah satu tindakan semulajadi yang wujud dalam diri manusia untuk teruskan kehidupan.satu proses di mana manusia menghantar dan menerima mesej Means, manusia takkan boleh hidup sorang-sorang. Manusia hidup bermasyarakat. So, cara berkomunikasi ni pun aku akui kene betul pada caranya. 

Cara berkomunikasi yang baik

#1 : Intonasi suara haruslah direndahkan sedikit
#2 : Soft spoken. Cakap dengan lembut tetapi tegas.
#3 : Pandang mata orang ketika bercakap.
#4 : Dengar dahulu sampai habis sebelum menjawab.
#5 : Elakkan bercakap semberono. Cuba menyampaikan sesuatu dalam bahasa lebih manis.


Motif aku taip entry ni? Bukan aku nak kata aku punya cara berkomunikasi ni bagus. Aku akui aku ni serba kekurangan cewahhh
Tertaipnya aku entry ni adalah sebab tadi terdengarlah desas-desus mengatakan aku ni 

* Tak fokus waktu orang lain bercakap
*Tak jujur dalam percakapan 


Wahhhh!!! Seenak mulut berbicara, sehangat telinga ni mendengar. Okay! Dekat sini aku nak buat pengakuan jujur yang mana aku memang ada masalah sikit dengan cara berkomunikasi dengan baik macam yang tertulis dekat atas tu. Part nombor 3 tu okay. Walaupun demikian, bukan bermakna aku tak fokus apa yang orang-orang sekeliling cakap dengan aku.Aku dengar dan fokus apa yang orang cakap. Cuma memang masalah aku untuk menatap mata korang bak  oma bertha (dalam cerita bawang merah bawang putih) tu memang aku mengaku aku tak mampu. 

Tapi kalau orang tu tak pandang mata masa bercakap maknaya dia tak jujur.

Itu terpulang pada individu dalam menilai. Kejujuran ni kita tak boleh nak cakap, "wei, aku jujur ni" Kelakar ok. Biar juri-juri profesional diluar sana yang menilai. Memang habit aku dari kecik kot aku tak pandang mata orang kalau bercakap. Aku akan rasa sangat-sangat nervous dan tak selesa bila buat macam tu. Serious. Tak kiralah pakcik, makcik, cikgu-cekgi, kekawan. Siapa pun yang sedang berbicara memang aku takkan pandang mata dia. So, ingat sekali lagi "Sifat manusia itu satu seni"

Macam mana nak interview nanti? 

Ni persoalan yang pernah jugak terlintas kat fikiran aku. Yela, kalau interview ni setahu aku, interviewer tu akan pandang mata kita untuk tengok sama ada kita nervous atau tak. Aku tak de lah bermasalah sampai berpeluh-peluh ke kalau orang pandang, just aku je yang tak bole pandang mata orang. Kalau interview tu mungkin bole control kot. InsyaAllah.

Bagi aku, benda ni bukan lah masalah yang besar dalam berkomunikasi. Yang penting  point dan maksud tu dapat disampaikan dengan baik. 

Kadang-kadang penat nak puaskan hati semua orang. Yang penting aku tak buat macam ni waktu korang bercakap dengan aku okay. Peace!

Apa perasaan korang kalau tgh cakap orang buat cam ni? haha




1 Nov 2012

Just Little

senyum sikit :)


Hi there... Well is a bit about me, that is Iera Shahira. I have dewy eyes... Wot can i say, some say my pair of eyes are quite small and they aren't proportionate to my face... Are they? I guess, that's the reason I dont like to snap pic like kinda girls outside there..Someone said that "ducky face" Picca that make your eyes look bigger with some duck mouth. Cute maybe? No idea at all. Dont think to comment more bout that coz later IF I snap pic that kind of style people will booooo to me. Hahahah.Its normal guys, bila sekali je kita buat silap orang terus-terusan akan down kan kita.Sometime I wish I could learn some technique of make up to make my eye-panda away from me and make people realize that I have beautiful eyes.hehe

Panda eyes please go away!