Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

30 Nov 2012

Bangsa lain lagi bagus?

Assalamualaikum..

Hari ni tak banyak perkara berlaku. Cuma menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar biasa. Bangun pagi .. pergi kelas.. balik kelas.. sekian.. Apa yang aku nak ceritakan dekat sini ialah betapa pentingnya ilmu pengetahuan. Maksud aku ialah extra knowledge bukan ilmu yang kita dok belajar hari-hari tu. Yang tu memang lah kita kena kuasai semua.

Kali kedua

Antara assignment untuk semester ialah kitorang kene research then bla..bla..bla.. Main point kat situ ialah research. Tapi sebelum research tu mestilah kene ada tajukkan? So, dipendekkan cerita aku dan groupmate aku pun sediakan lebih kurang dalam 10 tajuk yang bombastik gitu unttuk ditunjukkan Mr Y pada  bagi mendapatkan pengesahan untuk membolehkan kitorang memulakan project ni.10 tajuk okay, bukan satu dua. Sepanjang malam dok bincang pasal tajuk je. Belum mula apa-apa lagi.  Dengan penuh pengharapan Mr Y akan terima salah satu tajuk atau point yang kitorang dah sediakan, kitorang satu group pon dengan hati riang ria di hari raya jumpa la Mr Y  nak tanya pendapat dia. Kot-kot dia accept 2 3 tajuk so boleh la kitorang mulakan project ni dengan gembira.

Semua di reject!

Tapi malangnya even lebih kurang sepuluh tajuk yang diajukan. Satu pun Hareeeeemmm tak diterimanya. Antara sebabnya ialah Mr Y ni seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang agak tinggi pada pendapat aku. Maklumlah bila bangsa lain ni memang sangat suka membaca. Jadi no wonder lah diorang punya ilmu fuuuhhhhh tinggi woo. Bila aku ajukan je tajuk yang group aku create mesti dia dengan bertubi-tubinya tanya bermacam-macam soalan. Walau pun aku dan group aku sehabis baik try mempertahankan apa yang kitorang buat tu adalah baik. Dia tetap juga akan lawan balik kata-kata kitorang dengan facts. So bila dah masuk bab-bab facts ni memang aku angkat tangan lah kan. Memang aku ni dah le jenis malas nak membaca. Baca tu baca lah jugak tapi kalau nak dibandingkan dengan facts yang dikeluarkan dari mulut   Mr Y  tu memang tak boleh lawan lah. Masa tu memang rasa macam " Ya Allah, menyesal aku tak banyak membaca"

Mungkin kesilapan kitorang atau lebih kepada kesilapan aku sendiri yang mana sangat kurang ilmu pengetahuan. So macam senang-senang je kita akan kalah.Kalah kat sini bukannya makna macam yang korang fikirkan tu. Maksud aku kalah dari segi kita ketandusan idea untuk "melawan" balik apa yang sedang diperkatakan. Kita akan ketandusan facts bila kita kurang membaca.

Belajar dari bangsa lain


Tujuan aku tulis entry ni bukannya tujuan nak mengumpat chekgu aku sendiri ke hape. Cuma ada sesuatu yang kita boleh belajar dari bangsa lain .Dan aku pun bukan nak down kan bangsa sendiri. Mungkin kepada lebih mengingatkan diri sendiri. Dari apa yang belaku pagi tadi, aku dapat belajar iaitu kita perlu :-

1.MEMBACA . . membaca .. dan terus membaca.

Pepatah ada mengatakan Membaca Jambatan Ilmu. Ha.. betul letuw.. kalau tak membaca mana nak dapat ilmu. Maklumle jambatan tak de.. Apa aku mengarut ni.  Bak kata Mr Y  lah kan... "Beside your text book, newspaper, internet what other else you read? How much you spend your time to read?" So menunjukkan orang yang dok baca untuk cari ilmu pengetahuan extra ni sangat kurang. Bukan kata takde langsung, ada tapi sangat kurang kot. 

2. Ilmu dapat menaikan martabat hidup seseorang

Bila kita dah ada ilmu, kata-kata kita tu berfakta dan mencapai maksud. So, takde lah kita dikategorikan sebagai merapu dan meghaban. Tapi jaga-jaga juga sebab sekali kita buka mulut dah boleh terserlah kepintaran atau kebodohan kita. Semua ni dapat dinilai dari butir bicara kita. 


Takkan kita nak terus dipandang sebelah mata oleh bangsa lain semata-mata kurangnya ilmu di dada. Jadi marilah kita bersama-sama membaca. Cewahhh promote ni. Kepada kekawan yang seangkatan dengan aku tu, esok-esok dapat baucer rm250 tu ce manfaatkan dengan beli buku :) 

Peace...!!!!

p/s:: rindu waktu  SIR mengajar dulu :(

No comments: