Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

12 Nov 2012

My FAKE account??




Rasa macam retis pulak bila ada kat google
Hai there!  Okay, hari ni nak cerita pasal FAKE ACCOUNT. Pagi tadi lepas je kemas-kemas rumah, rasa macam malas sangat nak online guna cik lappy. Then cik BB la jadi mangsa. Sedang leka blogwalking, terasa pulak nak search nama sendiri. Then ha amik kau, terkejut gila bila nama sendiri ada kat google.  Name full pulak tu. Terbaik lah! Tapi rasa geram dan bengang jugak sebab seingat aku, aku tak pernah pulak create account ni. Lepas tu letak nama penuh pulah tu. Lagi musykil. Dengan perasaan yang tinggi nak tahu apa ada dalam profile tu, aku pun klik la. 



macam mana diorang tahu semua info ni?? Musykil
Yang menambahkan rasa geram dalam hati ialah bila alamat penuh dan nombor telefon siap lengkap dalam profile tu. Alamat tu pulak penuh sampai poskod semua ada. Nombor telefon pun betul. Patutlah dalam beberapa bulan ni ada je nombor yang tak kenal dok miskol2 tak sudah. Macam mana orang yang TOLONG create ni dapat pun tak tahu la.

Ramai pulak tu viewer
Bagi mengesahkan yang profile ni memang betul-betul bukan aku yang buat.Dekat situ ada tulis yang "never logged in". Memang betullah sebab bukan aku yang create kan, macam mana nak log in. Yang bertambah-taaaambah sakit hati bila dah ramai rupanya yang view page FAKE ni. 43 VIEWED. Nice! Thanks sangat-sangat kepada incik yang TOLONG create kan profile ni untuk saya ye. Siap maklumat lengkap lagi. 

Untuk kawan-kawan yang lain, berhati-hatilah dengan insan-insan macam ni. Mungkin diorang prihatin sangat kot dekat kita sebab tu diorang "tolong" buatkan fake profile untuk kita. Jadi berhati-hatilah anda dari menjadi mangsa cyber.

p/s: Profile ni masih belum di delete tapi segala info dalam tu sudah ditukar :)

3 comments:

Unknown said...

ishh3.. tu r.. kadang-kadang teknologi nie menyusahkan.. btw,, first time dtg sini ! :)

Cik Tanpa Nama said...

tu la...kite kene berhati-hati...tq...datang la lg :)

fifie said...

Fie rasa tu mesti someone close dengan awak kalau tak mana dia nak tahu complete details pasal awak. Bahaya nie.