Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

20 Dec 2012

Kurus

Assalamualaikum

Semalam buat julung-julung kalinya amik Quiz Science Computer tajuk Programming. Mak aiii dapat-dapat je dah blur. Adakah faktor kurangnya kasih sayang untuk subjek tu mempengaruhi? Teeeetttt Sekarang dah menyesal. Hahaha Dah la Quiz tadi buat dekat dalam kuliah. Disebabkan tempat semua dah penuh terpaksa la aku duduk paaaaaaling belakang sekali dekat dalam kuliah tu. Suci je muka dok belakang sekali. Dengan sejuknya air-cond kat situ. Beku terus otak ni.Hahaha Alasan je semua tu padahal revise 30min sebelum quiz.

Okay hari ni malas dah nak cite-cite pasal coding-coding what so ever. BosanG kowt. Hahaha bajet ganu kejap. Fokus utama hari ini ialah Body Mass Index atau nama manjanya ialah BMI. Setelah dikira-kira,aku ni boleh dikategorikan sebagai hurrmmmm entahlah.. malas nak cakap.. kat bawah ni aku punya BMI terkini.



Sempat kan masukkan coding2 lagi.Haha

BMI Categories:

Underweight = <18.5
Normal weight = 18.5–24.9
Overweight = 25–29.9
Obesity = BMI of 30 or greater



Aku pun dah tahu nak kata apa dah. Kalau orang lain senang2 je naik berat badan. Aku ni. Nak capai 40kg pun tak pernah lagi rasanya setelah hampir 19tahun hidup di dunia ni.

Genetik?

Nak kata genetik, aku rasa tak kowt. Tapi kalau berdasarkan pengetahuan bio yang aku ada. Berat badan ni bukan genetik. Berat badan ni dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Yela, for example, two boys which is twins terpisah dari lahir. Sorang dok India sorang dok Malaysia contohnya la kan. Basicly kita tahu India ni mempunyai kapasiti penduduk yang ramai so probability untuk kekurangan makanan tu tinggi berbanding kalau duduk di Malaysia yang aman makmur ni. So berbalik pada cite twins tadi, resultnya nanti mestilah yang dok India tu akan lebih kurus berbanding yang dok kat Malaysia ni kan. So, sangkaan mengatakan berat badan ni dari genetik mungkin tak boleh diterima pakai. Ini berdasarkan pengetahuan aku yang serba kekurangan ni lah kan.

Bersyukur?

Kalau dok borak-borak dengan kawan-kawan ramai kata "eh, kau beruntung apa kurus..aku ni kene makan ubat tu ubat ni nak kurus tau" Haissshhh ingat Terlalu Kurus ni pun bahagia ke? Haruslah tak bahagia. Masalah nak cari saiz seluar tu memang masalah utama la. Part panjang tu semua dah pass dah, yang part  pinggang tu. Selalu je beso. Thats why seluar jeans aku tu boleh dikira je ada berapa. Sebabpart nak beli jeans ni lah yag paling malas sekali. So, sekali dah beli, guna sampai hancus..Hahaha

Tips untuk gemuk

Antara tips yang diberikan oleh kawan-kawan aku lepas SPM hari tu ialah:

Tip 1:Makan tidur.. makan tidur

Dengan semangat yang berkobar-kobar, aku pun praktikkan lah tips yang diberi tu selama beberapa bulan sebelum masuk ke Matrik ni. Tapi resultnya? Hampeh.. Nan ado.. Still remain unchanged je berat badan aku ni.

Tips 2: Minum milo pada waktu malam

Biasalah lepas dapat tips je berkobar-kobar dengan gigihnya aku mencuba tips yang diberi. Semangat kau beli milo bebanyak. Naik kembung perut aku ni minum mmlo. Tapi same jugok. 

Kalau nak sebutkan tips-tips yang boleh dikategorikan sebagai mengarut memang banyak.Tapi still cam gini je le. Nak kata tak makan, hantu raya pun takut kowt tengok kalau aku makan.Haha okay aku tau over. Mahap! Aku makan secara normal je aku rasa. Tak de lah aku skip waktu makan ke apa. Entohlah

Tips untuk kurus

Bila dah kurus, ramai je lah yang tanya. "Eh, cam ne ha nak kurus cam ko? Jeles aku tengok" Kadang-kadang malas je nak jawab. Selalu tips aku bagi macam ni lah lebih kurang :::::





Hahahaha.Marah? Jangan marah-marah nanti tak leh kurus. Kuikuikui

Kalau korang ada tips yang bombastik nak tambah berat badan bole lah share ye

2 comments:

✿INA AINAA✿ said...

berat badan ena normal... cuma lemak bdn ena ni rase tak normal sedikit... huuuu ena tak kisah berat naik, tapi ena kisah lemak2 yg naik.. itu yg bhye

fifie said...

Saya bmi 17.5 je dik. Sobbings ;'( berat 47kg tinggi 165cm. Tak normal sangat tapi syukurlah. nanti kahwin gemuk lah nie. heeee