Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

22 Dec 2012

Salah tak tahu minta maaf.

Assalamualaikum

Hari ni kehidupan dimulakan dengan sedikit gopoh gapah gara-gara tangan ni laju je off kan alarm pagi tadi. Hah! Sudahnya bangun lambat lah kite. 6.40 baru bangun. Haishhh buruk perangai aku ni. Disebabkan hari ni kelas cuma 2 jam sahaja, maka dok capai je la mana2 nota yang sempat. Ye la dah bangun lambat kan. 

On the way nak ke lecture hall tadi, tetiba kawan aku tu lalu tepi pintu which is memang kene lalu situ untuk ke lecture hall. Suddenly, pintu terbuka dengan ganasnya dari dalam.Memang sakit gila kowt membe tu. Kuat hentakan dari pintu tu. Redha je la. Lepas tu, boleh pulak orang yang bukak dari dalam tu cakap "Lain kali nak jalan tu tengok lah sikit" Aku pun blur. Eh? Bukan dia ke yang kene careful sikit masa bukak pintu tu? Ermm? Dah salah then tak mintak maaf pown. >_< no komen.

Guard

Lepas je kelas, aku dengan floormate aku pergi lah outing berjemaah. Manusia memang ramai dekat atm tu. ATM pulak memang located betul2 dekat guard post tu. Lepas scan matrix card, kitorang pun dok tunggu teksi. Maklumlah hari jumaat, susah nak dapat teksi.

Situasi: Teksi sampai! 
Kitorang bergegas ke teksi .Tetiba.....
Guard: HEI!!! HEI!!!! Awak dah scan ke belum!!!
-Semua yang tengah beratur kat ATM pandang-
-Malu-
Kami: Dah.Tadi sebelum keluar tadi dah scan.
Guard: Bak meh kad matrik. Jangan nakmain keluar je!
Kami: Eh, dah scan lah. Nah kad matrik.
-Guard check-
-Memang dah scan-
-Guard diam je-

Haissshhh dah la membuat laungan maut dari belakang saat kitorang nak masuk teksi. Ramai gila yang pandang. And then, Again! Tiada kata maaf. =_=!
Mood: Benggang!



Debit Card

Masa: 12.30pm++
Tempat: Shopping mall di MT

Mission: Searching for my mom's birthday present

Lepas hampir dua jam dok pusing-pusing  kat shoping mall tu, akhirnya jumpa lah hadiah yang nak dibeli. Dengan hati yang girang gembira di hari raya  aku pun bawa la "hadiah" tu ke kaunter untuk dibayar. Kaunter tu pulak dijaga oleh pekerja baru. Yela kowt sebab akak tu pakai baju putih je. Bukan uniform mall tu.

Aku: Kak, pakai Debit kad boleh?
Cashier1: Boleh. Tapi nanti kejap saya panggil akak tu

..............................

Cashier 1: Kak, ni customer ni nak guna debit card, macam mana ye?
Cashier2 pandang aku atas bawah, atas bawah
-Pelik-

....................................

Cashier2: Ni kad debit sapa?
Aku: Saya. Kenapa kak?
Cashier2: Betul ke awak punya?
Aku: Eh, betul lah kak. Kenapa ye?
Cashier2: Awak jumpa kat mana debit kad ni?
Aku: Ha??? Jumpa? Tu saya punya lah kak
Cashier2: Awak form berapa ni?
Aku: Saya 19tahun kak. 
Cashier2:Awak jangan nak tipu saya. 19 tahun kenapa ada debit kad?
Aku: (Blur) ......
Cashier2: Saya rasa ni bukan kad awak ni. Lagi pun tak logik 19 tahun dah ada debit kad. Tah kat mana la awak jumpa. Lepas tu awak nak bayar semua ni ye? (sambil tunjuk kat hadiah yang aku nak beli tu)
Aku: Astagfirullahalazim.. Tu debit kad saya kak. Kenapa pulak saya nak tipu.
Cashier2: Mana IC? Yeke awak 19?
-Keluarkan IC dengan benganggnye. Nak beli hadiah je pown. Bukan nak curi!-

.................................

Supervisor (kowt) lalu

Cashier2: Bos, ini customer mau pakai debit kad boleh ka?
Bos: Eh, boleh lah kenapa tak boleh?
Cashier2: Saya rasa debit kad ni bukan dia punya.
Bos: Kenapa lu cakap macam tu?
Cashier2: Dia baru 19 sudah ada debit kad. Pelik lah bos.
Bos: 19 tahun ada debit kad tak pelik. Lu yang pelik sula mao 30 takde debit kad
-Cashier2 diam-

-Again! Tiada kata maaf-


Tapi seriously masa saat ni berlaku tadi memang tahap bengang tu dah capai kemuncak dah. Malu tu tak yah cite la sebab ramai je customer lain dok pandang-pandang kat area kitorang. Yela Cashier tu cakap sikit punya kuat. Sakit beno hati kite ni ha!



p/s: Maaf dan memaafkan adalah perkara yang paling indah


4 comments:

wawa zulkefli said...

klw kita pun, mmg bengang

✿INA AINAA✿ said...

okay ena baca entry ni pun menyirap je... grrrrrrr sabar je la iera.. jangan kita jadi macam mereka tu udah...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

lol cashier dok hutan mana. ada tgk tv ke or baca newspaper?? haha. org 18 tahun dah boleh apply for debit card la. apa yg pelik nya. dia sendiri yg pelik. hahaha retarded gila cashier tu