Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

4 Jan 2013

Apa Dr Fadzilah Kamsah cakap pasal aku??


Assalamualaikum

24 MEI 1993
Awal-awal dah masukkan coding kan. Programming student la katekan..teeettt.... hehe Sape yang birthday bulan 5 sama dengan aku? Seeeeppppp sikit. Hahaha.

Tujuan aku tulis birthday aku beso-beso ni bukannya apa. Maklumlah susah nak buat coding tu kan. Jadi dah buat. Kenelah abadikan dalam blog yang tak seberapa ni. Hehe

Aku rasa dari zaman sekolah, time birthday aku je mesti adalah hari yang tak best. Sebab nya birthday aku tu selalunya, kiranya tiap kali birthday aku.. akan jatuh pada MID-SEM! Huh! Memang sangat tak best la kan. Muka ketat je tipa kali birthday, dah balik exam baru celebrate. Memang cam gitu la tetiap tahun. Tapi selalunya tiap-tiap tahun bila birthday aku je, ibu akan senyum bila aku bukak mata. Ibu lah orang pertama selalunya yang akan wish birthday aku. Adehhh sedih pulak bila dah dok jauh dari ibu ni. (Jauh ke?)

Sedang menerawang-rawang dalam dunia Google ni, terfikir pulak nak search pasal personaliti diri. Kalau korang nak tahu personaliti korang boleh lah tanya cik Google ye, tapi tak payah percaya pown tak pe. Cuma nak tahu je kan.Dan kat bawah ni adalah dapatan kajian Dato' Dr Fadzilah Kamsah selama 25 tahun mengenai personaliti diri bagi mereka yang lahir bulan Mei.

MEI

* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.

* Keras hati & tegas.
Aishhhh macam mana dia boleh tahu ni? Aku ni memang seriously keras hati. Kalau A aku cakap, A lah jadinya. Tiada kompromi lagi dah. Haha. Tegas? Mungkin.

* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Kuat semangat? Ngeh2 Masa first time dok hostel masa form 1, nangis hari-hari kowt nak balik. Tapi lama-lama bila dah ada kat kolej ni ok kowt. Kuat jegaklah semangat aku ni kan? Haha


* Pemikiran yang tajam.

* Mudah marah apabila tidak dikawal.
OOOOOooopppsss!!! This is my past bad attitude. Memang aku ni agak hot-tempered orang nya. Tapi InsyaAllah tu dulu.. gonna be better from today. 


* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .

* Perasaan yang amat mendalam.
Part ni pun betul kowt. Kalau tengok cite2 kat tv tu, orang lain tak nangis pun. Tapi aku punya sedih macam orang mati laki. Haha

* Cantik dari segi mental & fizikal.

* Tidak perlu dimotivasikan.

* Mudah dipujuk.

* Bersikap sistematik (otak kiri).

* Suka berangan.
* Daya khayalan yang tinggi.
Ummm malu gila nak mengaku tapi its true! Aku selalu mengangan-angankan dalam masa 10 tahun akan datang aku ada sebuah kedai dan jenama product sendiri. InsyaAllah

* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.

* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.


* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
Alhamdulilah fikikal semua cukup sifat :P Tapi masalah berat badan yang underweight ni je ha tak langsai-langsai lagi

* Kelemahan sistem pernafasan.
So far, ok je :)



* Suka sastera, seni & muzik serta melancong
.* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
Its true! true! true! Aku sangat suka 3 3 benda ni semua. Part seni tu, aku memang lah tak de bakat dalam melukis mahupun mewarna. Tapi aku lebih kepada crafting. Melancong? Memang ye la sangat-sangat:)

* Tidak punya ramai anak.

* Rajin dan bersemangat tinggi.

* Agak boros
Boros? ummm cam ne ek? Aku ni kalau nak dikategorikan sebagai kedekut yang amat memang dah tercalon dah. Tapi kalau jalan-jalan aku suka something tu, aku akan aim dan pastikan dapat benda tu even mahal. Itukah boros?



Tapi ni semua adalah kajian je. Tapi ada je yang kene dengan aku ni kan. So, birthday korang bila pulak?

2 comments:

haz said...

c++ ? hehe

Miss Za said...

Bulan 6 xde kew??
Za lahir bulan 6...huhu~
[tetibe mnyampuk!!]