Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

27 Feb 2013

Aku terima kalau memang itu Jodoh aku



Menghadapi realiti bahawa satu hari nanti "perjalanan" ini akan terhenti memang satu kegembiraan atau suatu perkara yang aku nanti-nantikan setelah dua tahun menempuh satu proses pembelajaran yang sememangnya bukan pilihan utama aku. Sains! Memang berjodoh aku dengan sains ni sejak dari form4 lagi. Waktu form4 tu aku memang dah ditempatkan untuk belajar di kelas aliran Sains berdasarkan result PMR aku yang Alhamdulilah dapat 6A 3B. Walaupun dah berkali-kali aku buat permohonan untuk ambil aliran sastera, tapi permohonan aku direject!

Maka bermulalah episod kehidupan aku  dengan subjek sains selama 2 tahun. Kimia, biologi, fizik.... Aku terima cabaran tu. Tapi jiwa aku tak kena dengan subjek-subjek teori ni bagi aku, aku lebih berminat untuk belajar subjek yang realiti, nampak, bukannya sekadar teori yang perlu difahami sedalam-dalamnya.



Dan masa lepas SPM,aku rasa heaven gila!!! Sebab lepas ni aku dah tak perlu lagi belajar yang bukan jiwa aku. Tapi, kalau dah jodoh tu memang tak boleh lari, aku dapat tawaran daripada MATRIKULASI. Sekali lagi selama setahun setengah aku bakal menghadapi suatu perkara yang aku kene, harus, WAJIB suka untuk masa depan aku.

Aku bukannya tak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni. Aku diberi peluang untuk menuntut ilmu. Ramai jugak kawan-kawan aku yang tak dapat peluang belajar. Aku bersyukur. Aku cuma nak meluahkan rasa je. Macam mana pun aku bersyukur aku masih diberi peluang belajar dalam subjek Sains ni.

Permohonan aku ke UPU aku memang langsung tak letak kos Sains sebagai pilihan utama. Ada pun cuma satu je. Kalau dalam 8+4 pilihan yang ada, then pilihan kos Sains yang satu tu jugak yang dapat, memang tak boleh kata apa lah..memang dah jodoh...





6 comments:

✿A I N A A✿ said...

hehe tak mengapa, itu memang takdir sis... samalah dengan ena, cuma ena memang suka subject bio ngn fizik tu... sains2 ni ena suka, tapi kimia je tak suka... sampai masuk degree pun kena belajar biochemistry apa semua ni.. huaaaaaaaaaa x suka kimia!!

haz said...

xpee.. setiap yg berlaku tu pasti ada hikmahnya kan =)

Kisah Si Diary said...

syukur alhamdulillah...Allah da tntukan yang terbaik untk awk

ayut said...

yg 1 tu apa yerk?rasa kalu sains and tak nak tlibat sgt gan sains amikla famarsi..bgus tau..huuhuhu..salam kenal...singgah sni balas kunjungan..blog kamu cantik jugak! ^^lembut2x je wane..hihihi

Noraqilah Johari said...

sehebat mane kita merancang..Perancangan Dia lebih indah :)

kun fayakun! :)

fatin aziz said...

mcm saya pulak minat sains. dari sekolah smpai asasi amek sains tapi masuk je degree amek engineering. mungkin ini jodoh jugak..hehe