Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

1 Mar 2013

DIY: Nota KIPAS [BIO-KIT]



Assignment untuk subjek Biology aku memang sweet gitu. Kami diberi tugasan untuk buat Bio-kit. Bio-kit tu apa? Bio-kit ni kita kene buat something, then tulis nota. Atau bahasa ringkasnya kene buat nota yang mudah dibawa tapi dalam bentuk objek/benda.

Untuk assignment tu adalah tugasan individu. Aku dapat tajuk BLOOD GLUCOSE LEVEL. Memang berputar-ligat aku cari idea. Nota yang mudah nak bawa kemana-mana? Dengan suhu Malaysia yang panas terik ni aku pun dapat idea nak buat kipas tangan. Kowt-kowt boleh guna masa panas sambil baca nota. Yeke? Teeettt... Hahaha

Mula-mula ingat nak buat kipas kertas yang boleh bukak tutup tu. Tapi setelah hampir sehari aku duk try-and-error, Tak jadi jugak maka terhasillah yang macam dekat bawah ni.Tadaaaaa....100% handmade :)

Ni 90% siap.

Mula-mula tulis nota atas kertas macam yang kat bawah  ni. Nampak tak perbezaan antara gambar ni dan gambar atas tadi. Yes! Mula-mula memang nak buat ada 4 bilah kipas tu tapi at the end of the day tinggal dua bilah je.


Then seterusnya, kait perkataan-perkataan yang berkaitan dengan tajuk assignment atas ice-cream stick tu. Dekat sehari jugak mengait semua ni, maklumlah words dia panjang-panjang. 


Then, try letak atas nota yang kita buat tadi. Nota tu aku cover dengan tranparent plastic supaya tak de lah lebik je nanti kipas aku kan.Then gam kan ice-cream stick tu atas plastik.


Ice-cream stick yang dah siap dikait tadi akan disatukan macam ni. Nak skru tu aku mintak tolong ayah. 




Maka jadilah macam ni. Untuk menampakkan lebih feminin, aku tambah bunga rose tiga kuntum tu. Bunga rose tu daripada reben. Hmmmm still not look nice la. 
Ouhhh maaf gambar senget.Masa ni mata dah mengantuk. Hahaha


Makanya aku tambah bunga-bunga dekat atas kipas tu. Supaya lebih "keperempuanan" lah nota kipas aku ni. Siap!!!



Siaplah nota kipas. So kalau jalan-jalan boleh bawak. Kowt-kowt panas boleh guna. Tapi aku bawakkah? Teeeetttttt,,,,

Sekian

#Maaf gambar agak blur. Guna camera BB je



6 comments:

Unknown said...

Wow kreatif sis! kalo la sis cipta awal2 mse 2010/2011 kn best, amatlah membantu aiziz

Cik Tanpa Nama said...

@Nurul 'Aiziz
hehe sorry sis...terlambat pulak ye..huhu

Unknown said...

^_^ its ok, x terlambat for other people.. BTW good job!

✿INA AINAA✿ said...

perghhhhh kreatifnyaaa.. rajin betul siap berkait2 lagi tu.. hebatlah sis ni!! ena pun tak semangat buat mcm tu sekali...

NIA SI DRUMSTICK said...

awesome punye otak buat gini..good job..

Cik Tanpa Nama said...

@NIA SI DRUMSTICK

hehe tq