Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

14 Feb 2013

KIDAL (Pengalaman Sendiri)


Disini saya ingin membuat pengakuan bahawasanya saya bertangan KIDAL





Asal-usul perkataan KIDAL

Actually perkataan KIDAL ni tak de lah secara specifiknya macam mana wujudnya. Tapi ni menurut pendapat aku je la.. K.I.D.A.L bermaksud KIri Dalam semua hAL.. adakah? Hahaha Sebenarnya bukan asal-usul KIDAL yang aku nak cerita kat sini. Tapi nak cerita sikit-sikit pasal kidal ni. 



Tahu tak kalau zaman dulu-dulu, ibubapa sangat malu kalau anak dia seorang lefties. Kiranya masyarakat dulu menganggap lefties ni semuanya membawa nasib buruk, pembawa sial or something like that la. Tapi tu semua mitos je. Lefties ni sama je dengan right-handed tak beza pun.


FAKTA tentang KIDAL (based on pengalaman sendiri)


  • Menggunakan sharpener

    • Hampir semua peralatan yang dicipta di dunia ni diciptakan untuk orang bertangan kanan termasuklah sharpener ni. So, bagi lefties macam aku ni memang sangat-sangat payah pada mulanya untuk menggunakan sharpener ni disebabkan blade dia. Tapi lama-lama alhamdulilah boleh guna walaupun nampak pelik cara pegang pada pandangan umum


  • Memakai brooch yang berjuntai-juntai

    • Ini memang aku tak boleh nak nafikan lagi. Adik aku akan gelak guling-guling bila tengok aku pakai brooch yang macam ni.Sebabnya, yang berjuntai-juntai tu akan naik keatas. Haha boleh bayangkan tak? Bukan brooch berjutai je masalah. Kalau brooch tu heart shape pown masalah bagi aku yang lefties ni. Akan terbalik lah love tu jawabnya. Ini serius. Bukan main-main. Kadang-kadang jelous jugak tengok orang pakai brooch tu nampak comel je kan. Boleh sebenarnya nak pakai brooch cam gitu, tapi kene belajar la. Take time. 


  • Perlukan ruang yang besar untuk menulis

    • Haha ni selalu jadi masalah untuk aku kalau dalam kelas. Sebabnya, lefties yang macam aku ni akan sengetkan kertas untuk menulis. Tu memang dah jadi macam kebiasaan. Contohnya, macam hari tu sign agreement, elok je pegawai tu bagi borang secara tegak, tapi secara automatiknya bilasampai kat aku untuk sign, aku akan sengetkan kertas tu untuk keselesaan. Huhu
  • Dalam dewan kuliah
    • Ini merupakan masalah yang agak besar bagi aku. Naik lenguh tangan aku ni ha bila dalam kuliah. Yelah kerusi meja dalam dewan kuliah tu memang dicipta untuk yang bertangan kanan. Tak akan adanya untuk tangan kiri. Menyengetkan badan semasa menulis dalam dewan kuliah adalah normal bagi lefties macam aku ni.

  • Makan
    • Kalau waktu makan ni memang sah-sah tangan kiri akan memegang cik sudu. Dan tangan kanan berlakon je pegang garfu. Bagi aku lah, pegang garfu tangan kanan tu sebenarnya tak de function pun sebabnya pegang pun tak betul .Tapi kalau pegang sudu je karang pelik pulak kan.
    • Tapi...tapi...tapi... kalau makan pakai tangan, normal okay pakai tangan kanan. Kalau pakai sudu garfu je pelik sikit


  • Mudah cemas
    • Ni pun aku akui sebagai salah seorang lefties. Contohnya, waktu aku syok-syok buat math dalam kelas math,tiba-tiba cikgu datang menjengah dari belakang "Betul ke jalan kerja awak buat tu?" Aku pun terus je padam "salah eh cikgu?" "Saya tak kata salah, saya tanya je" See... memang cepat gelabah. Kalau tengah drive pun, orang hon je pun suruh bawak laju sikit misalnya. Dengar je hon tu muka aku rasa dah tak bersarah dah nervous gila. Biasanya akuakan diam je bagi menstabilkan heart beat yang tengah berdegup kencang. Sebabnya semua ni berlaku sebab lefties macam aku ni dominan guna otak kanan which is otak kanan ni mengendalikan aspek negatif dari emosi thats why lah jadi macam tu.


Fakta:::: Hari kidalsedunia ialah pada 13 Ogos setiap tahun. Tak pernah pun orang wish "Happy left-handed day" kat aku. Hahaha






5 comments:

Farah Waheda Wahid said...

sian jugak dengan orang kidal ni bila baca experiences tu... hu hu hu...

terms yang kiri dalam segala hal tu macam best jer dan kena jer... anyway...selalunya orang cakap orang kidal ni cerdik dan pandai... ^_^

Cik Anis said...

suke tgk org kidal menulis :)

Rosmiza Ali said...

Hai Iera! Salam kenal dari Mieza.. 1st time singgah sini.. Tenks sudi singgah blog Mieza..

Btw, selalunya left-handed person ni tulisan dorang lawa2 & kreatif.. =)

Baru tau ada hari left-handed sedunia.. Kena set dalam reminder nampak gaya nih.. =)

✿A I N A A✿ said...

ena dua2 tangan boleh menulis.. hehehe... tp major tgn, belah kananlah...

Siti Aniza said...

aah kan, tak terfikir pula yang pasal kerusi tu.. hahha.

niza ada kawan tulis tangan kiri, tulisannya cantik, empunya badan pun cantik. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...