Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

13 Feb 2013

Azam tahun 2006 tercapai tahun 2013

Hiiiyyyaaahhhh!!!! 

Rasa nak mengeliat je lagi.Tak sangka kejap je masa berlalu. Cuti mid-sem dah pon habis.Huargghhh!!! Nak cuti lagi.. Huhu Rasa macam baru je bernafas, eh2.. cuti dah habis? Haha okay! over. I know it.
Impian::::: aku masa hadapan


Sejak tahun 2006 which is masa tu umur aku barulah berusia 13 tahun. Aku dah mula sedar yang diri aku ni kurus. 2007 MAKIN KURUS. 2008,2009 dan seterusnya kurus.. atau bahasa scientifiknya dipanggil kerempeng. Hahaha. Ini serius. Aku punya berat badan cuma 34kg je sedangkan tinggi aku 162.Ya sangat tidak normal dan stabil. Maka setiap tahun lah aku berusaha menambahkan berat badan tanpa jemu. Makan macam hantu raya. Minum milo time malam dan terus tidur. Makan dan tak pergi exercise. Namun semua tu sia-sia belaka. Tak de perubahan sikit pun.

Kalau waktu raya, orang lain semua naik bergantang-gantang beratnya, aku cuma paling jauh boleh pergi berat aku cuma 2kg je. Tapi bakal berkurang balik beberapa bulan selepas tu. Haha. Sampai dah malas nak layan dah.

Antara faktor aku nak tambah berat badan ialah:-
  1. Aku tak nak melayang waktu ditiup angin
    • Ini serius, bila angin bertiup dengan lajunya, memang kalau aku tengah berjalan, aku rela berhenti tengah-tengah jalan tu sebab aku boleh rasa badan aku macam bergerak laju ke hadapan. Sadis.
  2. Semua seluar/baju untuk yang berketinggian macam aku semuanya tak muat!
    • Kalau beli seluar, panjang dah okay dah, tang pinggang tu.. punya lah gedabak lebihnya. Kalau baju pulak, bahu jatuh kedebeh. Memang sangat tak cantik. Maka, setiap tahun daripada aku kecik, aku memang akan tempah baju raya sebab jangan harap nak beli dekat butik-butik tu. Memang besarlah jawabnya even dah size S.
  3. Kesian mak ayah aku
    • Kalau balik kampung atau keluar berjalan-jalan je dengan adik aku. SEMUA orang akan tanya "anak ko ni tak makan ke Bor" Penatlah ayah jawab. Makaannnn tapi badan dia susah nak naik. Makan sama je dengan yang lain.
Banyak lagi lah kalau aku nak state dekat sini. 

Tapi apa yang mengembirakan aku masa cuti mid-sem hari tu.... macam biasa, aku akan timbang berat aku. Hari tu aku dah malas dah nak tengok meter penimbang tu sebab aku tahu 36-38kg je berat aku. Sekali aku tengok... 40kg!!!! Omaiiiigod..Setelah tujuh tahun aku menunggu saat ni, akhirnya tiba. Yea2 berat aku dah 40kg. Alhamdulilah.. Seronok sangat-sangat.Tapi aku target 45kg++.Huhu



Tapi aku belum lah yang macam baju kuning ni. Still kerempeng macam baju pink. Mungkin sebab aku agak tinggi kot. Tapi aku pun tak tahu kat part mana yang berat aku tambah tu. Sama je aku tengok. Huhu


Gurauan semata-mata  ;)
Aku harap dapat gain and maintain weight aku ni sampai ke berat ideal. Sape-sape ada tips naikkan berat badan tu boleh lah share ye :)

6 comments:

fatin aziz said...

tahniah ye.. sukanya kalau makan byk tapi tak naik..klau saya pantang raya kalau tak naik mmg bukan raya la..hehe

Siti Aniza said...

ok la tu. niza plak makan ke tak ke berat tetap naik. sobs. ada tips tak? haha

Cik Tanpa Nama said...

@Siti Aniza
hehe kite dulu slalu makan malam pukul 6 cm tu.. mungkin sis bole ikut..malam jgn makan nasi.:)

Farah Waheda Wahid said...

makan jer nasik setiap kali meal and makan heavy food ...cepatlah naik...

Miss SS said...

samalah...spesis kta ni susah nak naik..huhuhu

iekazaynal said...

Lose weight/Gain weight/improve health ? ASK ME HOW

text/whatsapp : 0136969791 (atikah)

hai fara! hehe tumpang promote jap :p