Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

20 Feb 2013

Mandi songsang


Assalamualaikum

Hari ni aku dapat baucer buku 1Malaysia + kad siswa. Haha nak mention jugak walaupun orang lain dah lama dapat kann tapi nasib matric student la dapat lambat. Tapi dapat jugakkan daripada tak de. Ye dok? Huhu. Tapi bukan tu yang aku nak ceritakan hari ni.

Okay, Let's we start. Setiap hari mesti kita mandi kan? Ke ada yang tak mandi? Itu tak tahu la kan. Tapi sepanjang aku berumur 20 tahun ni, belum pernah lagi la tak mandi kan dalam sehari tu. Tips untuk bangun pagi dengan ceria ialah, bangun-bangun je terus senyum. Sebab, keseluruhan hidup kita untuk hari tu dimulakan pada waktu pagi. Sebagai contoh, kalau kita bangun lewat, dah gopoh-gapah nak pergi kelas bagai, maka akan huru-haralah keseluruhan hidup kita pada hari tu. Setuju tak? So, kalau pagi-pagi kita dah senyum insyaAllah ceria lah hari kita keseluruhannya, Tapi jangan lah dok pergi kat membe sebelah terus senyum tak ke kene paanngggg jap gi. Haha

Lepas baca doa dan minum air masak lepas bangun tidur, mestilah kita pergi mandi kan.

Apa itu mandi songsang?


Mandi jangan basuh kepala dulu macam kucing ni :)


Mandi songsang ialah memulakan mandi dengan memabsuh bahagian bawah(kaki) hingga ke atas (kepala)
Maknanya, kita basuh kaki kita dulu, kemudian jirus air tu hingga lah last sekali baru kepala.


Aku mula mandi songsang ni bila aku ada terbaca artikel mengenai aura badan kita. Secara ringkasan dan ayat yang mudah faham, kalau kita mandi secara normal (dari kepala ke kaki) aura-aura yang positive akan hilang melalui jirusan air kebawah. Kalau tak silap lebih kurang daripada hasil bacaan aku.

Itu dari sudut psikologi, kalau dari sudut pandangan sains pulak kalau kita mandi secara normal (dari kepala ke kaki)  saraf dekat otak akan mengecut dan menyebabkan sistem saraf otak rosak. Imunisasi badan ataupun bahasa mudahnya sistem pertahanan badan pun akan jadi semakin lemah. So, menyebabkan tubuh badan akan mudah diserang penyakit seperti demam,selsema,sakit kepala, migrain dan sebagainya. Ini disebabkan otak kita dah setting kesemua perjalanan chemical dan hormone untuk tubuh kita. So, kalau saraf otak terjejas,kesihatan kita pun akan merundum.


Kebaikan mandi songsang:-


  1. Awet muda dan segar
  2. Mengembangkan salur darah otak
    • Menjadikan sistem darah di bahagian otak berfungsi dengan lebih baik
  3. Menguatkan sistem pertahan badan dalam melawan penyakit
    • Menjana sistem hormon badan lebih hebat untuk dapatkan tahap kesihatan yang maksimum
  4. Mengurangkan tekanan(stress) yang dihasilkan oleh otak
  5. Melancarkan perjalanan darah
  6. Mnecerdaskan minda dan menjadi lebih pintar
  7. Mengelakkan dan mengurankan sakit kepala
    • Sangat baik diamalkan kepada mereka yang migrain
  8. Menigkatkan daya ingatan
  9. Menambahkan ketenangan dan ceria
  10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
  11. Memiliki daya ketahanan mental
  12. Menambahkan semangat berani
  13. Menguatkan gusi

Kalau kita tengok nelayan, pagi-pagi dah turun ke laut. Tak sejuk ke  diorang mandi pagi-pagi buta kan. Semestinya nelayan-nelayan mengamalkan mandi songsang. Jadi, tak delah badan terkejut pagi-pagi kene air sejuk. Kalau dari kaki, badan kita tak terkejut. Janganlah tiba-tiba kita jirus air ke kepala, tak terkejut dibuatnya kannn. 

Apa rasionalnya mandi songsang?

Apabila kita mula menjirus air bermula dari kaki, maka hawa (aura) kotor dan panas akan keluar dari 7 liang di bahagian kepala iaitu 2 mata, 2 telinga, 2 hidung, dan 1 di mulut dan kesannya memberikan kesan baik kepasa otak kita yang mengawal sistem pertahanan dalam badan.


So, Jum kita ubah cara mandi kita, Tak rugi pun tapi dapat benefit lagi. Ceh, dah macam promosi hari raya pulak kannn aku ni. Anda mampu mengubahnya. 



5 comments:

fatin aziz said...

belum pernah lagi mandi songsang..selalu mula atas dlu..hehe..btw kita sama baru je dpt kad siswa..hehe

Razil Tahir said...

oohh~ selalulah mandi songsang nie rupanya...
dari dulu memang start dengan kaki sebab sejuk.. huhuhuhuhu

Syahmi Jamil said...

Kunjung Balas.. dari post : http://syahmiejamil.blogspot.com/2013/02/hello-readers-sekali-lagi-saya-diminta.html#comments

>>> harap awak dah get over it... dah terus maju ke depan tanpa rasa sakit hati lagi<<<<<

Dingdang said...

nak mandi pon ada cara jugak kan.
tak boleh main hentam kromo je.
ingatkan apalah mandi songsang ni tadi. huhuhu.

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...

Ha setuju dengan brother atas tu. Selalu gak mandi kaki dahulu sebab nak sejukkan kaki dahulu. Bila kaki dah okay dengan sejuk, baru jirus ke atas. Hehehe.