Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

23 Feb 2013

UPU? Malas lah...


Assalamualaikum

Pernah tak korang rasa malassssss sangat dalam satu hari tu. Perasaan yang rasa malas nak buat apa-apa. Kalau boleh nak katil tu bergerak je ke semua destinasi kita nak pergi sambil kita still berbaring. Haha suder duper MALAS kann.

Hari aku rasa malas sangat. Dengan berbekalkan lappy atas katil, sedikit bekalan makanan tepi katil dan buku-buku atas meja sebelah katil membuatkan aku rasa tak payah bergerak. Tapi aku ni ada satu masalah yang mana kalau aku tengok membe sebelah dok selak-selak buku, mulalah perasaan bersalah serta berdosa tu datang dalam diri. 

Kadang-kadang aku rasa kesian jugak kat lappy aku ni kene bekerja lebih masa kalau mood malas aku ni datang. Dari game, movie, blogging dan lain-lain. Agaknya kalau lappy ni boleh bercakap mesti dia dah menjerit-jerit kepenatan kan. Tapi kalau tetibe lappy aku ni boleh bercakap memang nak kene hempok! Terkejut!Haha



Di saat kemalasan membelengu diri, tiba-tiba energy datang tah ATP dari cell mana tah yang berlbih-lebihan membuatkan segala neuron aku ni bertindak balas untuk menghasilkan impulse bagi membenarkan muscle DI jari-jemari aku contract dan relax berulang kali untuk menaip dan mengisi borang UPU. Aku pun apply UPU.

Pengajaran daripada UPU lepasan SPM

Dulu masa apply UPU LEPAS spm aku memang tak tahu atau bahasa sopannya jahil dalam syarat kemasukan untuk certain-certain kos yang aku apply tu. Jadinya, aku tak dapat sebarang panggilan dari UPU untuk FASA1. Tapi lepas je aku ditawarkan ke MATRIKULASI barulah aku dapat tawaran daripada UITM KOS MASS COMM panggilan kedua. Yang mana aku tak pernah apply pun untuk kos tu. Disitu memberi kesimpulan bahawa kos itu adalah kos lelong untuk aku.


PENGAJARAN:::: Cari maklumat syarat kemasukan kos sebelum apply bagi mengelakkan diri anda dilelong.


Ukur baju di badan sendiri

Hari ni aku baru selesai apply UPU untuk Fasa pertama. Punyalah lama aku buat keputusan nak apply tu. Around satu jam jugak masa yang aku amik untuk isi 8+4 pilihan kos tu. Macam sebelum ni, parents aku memang meletakkan 101% kepercayaan untuk aku buat keputusan sendiri kos apa yang aku nak amik. Then diorang akan support. Dengan berbekalkan pointer yang tak secantik dan sehandsome mana, aku pun apply kos yang aku minat. Alhamdulilah berdasarkan syarat minima yang Universiti tu nak aku lepas. Tak lagi jadi macam lepas SPM dulu.



Sekarang ni cuma berusaha dan tawakal agar dipermudahkan jalan aku untuk kesana.  

Selangkah menuju ke cita-cita yang dari dulu lagi :D

1 comment:

✿INA AINAA✿ said...

tak mengapa semua itu pengalaman dalam hidup.. esok kalau ada adik ke atau anak2 ke, senanglah dah tahu cara2nya bagaimana.. apapun All the best ye