Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

23 Feb 2013

Sedekahkan Baucer Buku 1Malaysia untuk kegunaan orang ramai


Assalamualaikum.

Rezeki menjadi pelajar di zaman sekarang ni. Macam-macam dapat kan. Dapat susu percuma la untuk yang sekolah rendah, Rancangan makanan tambahan(RMT) Buku teks percuma, dan sekarang ni Baucer Buku 1Malaysia. Aku bukan nak kempen mahupun cakap bab-bab politik. Memang aku angkat tangan. Yes! Aku memang NOOB dalam bab-bab politik ni.


Dengan Baucer buku 1Malaysia(BB1M) yang kita dapat sebanyak RM250 tu mesti kita semua dah berlegar-legar dah dalam fikiran nak beli apa kan. Ye, memang tu salah satu kemudahan yag diberikan untuk meringankan beban pelajar dan ibu bapa untuk beli barang-barang keperluan sebagai seorang pelajar.

Tak salah kita nak beli novel berpuluh-puluh, pen beratus-beratus. Sebabnya RM250 tu memang milik kita kan. Tapi semua tu, novel-novel, pen, pensil pemadam tu semua akan habis macam tu. Maknanya dekat sini, bila dah tak diperlukan kita akan simpan ataupun buang je kan.



Apa kata kita manfaatkan sebahagian daripada RM250 yang kita dapat tu untuk Hari Esok? Macam mana? Ni cuma pandangan dan cadangan sahaja, apa kata kita kita ambil sebahagian atau sebagai contoh, RM50 misalnya untuk kita beli Al-quran/ surah Yassin then lepas tu kita letakkan di surau-surau atau masjid yang berdekatan dengan kita. InsyaAllah selagi orang ramai guna Al-quran/Yassin yang kita letak tu kita akan dapat manfaat untuk Hari Esok.Kowt-kowt lepas balik dari guna baucer tu meninggal ke...ada la jugak amalan yang berterusan. Ye dok? Tapi tak de lah aku doakan sampai macam tu. Sekadar peringatan. Kematian tu boleh berlaku bila-bila. Tapi yang penting untuk bersedekah ni adalah I.K.H.L.A.S Antara amalan yang dituntut ialah bersedekah.

Sekadar pandangan dan cadangan daripada insan yang tak ada apa-apa.
Thanks to mualim Fadzli yang buka minda semua




6 comments:

amanina nasuha said...

gunakan apa yg ad sebaik nya..belalang da abeh stdy so x de lg nk dpt baucer2 buku lagi...hehheeh

✿INA AINAA✿ said...

BBIM ena tinggal 50 je... huuu tak tahu nak guna buat apa....

Dingdang said...

akak tak dapat lagi. kalau dapat nanti nak beli buku2 yg berkaitan dengan assignment :)
insyaallah... tak semestinya tunggu baucer buku baru nak bersedekah... ini pandangan akak je ye ^ ^

Cik Tanpa Nama said...

@Nurul Faiz
betul tu sis... ni salah satu cara kita nak manfaatkan je :) bersedekah tak kira apa dan bila pun :)

Farah Waheda Wahid said...

seelok2nya...gunakanlah sebaik2nya... ada jugak kebenaran entri ni...

syhrh said...

yep setuju sangat dengan awak dear. as long as kita boleh bersedekah atau buat amal jariah, pahala kita semua allah akan hitung nanti. insyaallah dan mudah-mudahan. amin (:
thanks singgah blog saya dear. blog awak comel sangat >_<