Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO
Showing posts with label CHANGES (Ad-din). Show all posts
Showing posts with label CHANGES (Ad-din). Show all posts

25 Feb 2013

Cabaran Taubat Sham kamikazee


Assalamualaikum

Hujan renyai time hari Ahad memang seronok je nak bawa diri ke "Dreamland" tapi... final yang bakal menjelang buatkan aku ni gelabah, gelisah, walhal luaran membe tengok elok je steady. Tapi dalam hati sape tahu kan..


Macam ENTRY  yang lepas aku ada ceritakan tentang macam mana Sham kamikazee daripada seorang guitarist berhijrah menjadi pendakwah bebas.Dalam ENTRY tu jugak aku ada janji nak ceritakan cabaran yang dihadapi Abg Sham sepanjang berhijrah.

Antara cabaran Sham Kamikazee semasa mula-mula berhijrah:-


  • Pendapatan merundum hampir 90%
Macam yang kita tahu abg Sham ni seorang pemain gitar yang hebat. Sampaikan dia antara salah seorang yang diberi pengiktirafan untuk ada gitar khas untuk dia seoarang. See, hebatkan. Sebelum berhijrah, konsert sana-sini. Bayaran ribu-ribu. Masa ceramah hari tu abg Sham ada cerita, masa era dia baru-baru nak berubah, datang macam-macam tawaran. And paling latest tawaran dia dapat daripada salah satu rancangan television yang agak hot sekarang ni untuk buat music arrangement dengan harga 70k. 70K tau bukan RM70 mahupun RM700. Program apa tak boleh ceritalah kan sebab kalau cakap je memang semua tahu program tu. Tapi disebabkan azam untuk berhijrah tinggi, abg Sham ni tolak tawaran tu. Sebab dia kata dia dah tak nak dah terlibat dalam konsert-konsert sebegitu. 

Kalau kitalah yang iman tak berapa nak kuat masa awal-awal berhijrah ni, nak-nak kalau duit pulak sikit.Dah biasa banyak duit kan. Dapat pulak tawaran 70k. Agak-agak kita tolak ke terima masa tu? Tepuk dada tanya iman.


  • Membe cakap poyo!
Bila mula-mula abg Sham berubah, dia pun update lah dekat facebook, twiter ajak ke jalan kebaikan. Mulalah membe-membe dia komen "poyo la lu bro!" "poyo!" Dan macam-macam lagi lah. Dan sekarang pun kalau kita tengok dekat twiter ataupun facebook Sham Kamikaze, dia selalu je update waktu solat.. tazkirah ringkas. 

Tapi bak kata abg Sham, kita berubah kerana Allah. Jangan kita fikirkan apa kata orang, tapi kita fikirkan apa kata Allah nanti. Jadi, kalau kita nak berubah ke jalan yang benar, kita ignore segala pandagan serong rakan-rakan kita tu, sebabnya, pandagan Allah lebih penting. 



Dan  masa ceramah "Cinta High Class" daripada abg Sham ni nak hampir tamat, abg Sham ada tinggalkan satu persoalan pada kitorang semua termasuk diri yang tengah menaip ni, 
                                 
                                  BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SOLAT TAUBAT?
Jawapan:-
A)Bulan lepas
B) Dua minggu lepas
C)Tiga hari lepas
D) Jawapan diatas adalah salah

Jadi, aku nasihatkan diri aku sendiri dan kawan-kawan semua Jom kita solat taubat sebabnya sebagai manusia kita tak lari dari melakukan kesiapan dan khilaf setiap saat kita di dunia ni. Sekian.



Entry daripada insan yang tak ada apa-apa



23 Feb 2013

Sedekahkan Baucer Buku 1Malaysia untuk kegunaan orang ramai


Assalamualaikum.

Rezeki menjadi pelajar di zaman sekarang ni. Macam-macam dapat kan. Dapat susu percuma la untuk yang sekolah rendah, Rancangan makanan tambahan(RMT) Buku teks percuma, dan sekarang ni Baucer Buku 1Malaysia. Aku bukan nak kempen mahupun cakap bab-bab politik. Memang aku angkat tangan. Yes! Aku memang NOOB dalam bab-bab politik ni.


Dengan Baucer buku 1Malaysia(BB1M) yang kita dapat sebanyak RM250 tu mesti kita semua dah berlegar-legar dah dalam fikiran nak beli apa kan. Ye, memang tu salah satu kemudahan yag diberikan untuk meringankan beban pelajar dan ibu bapa untuk beli barang-barang keperluan sebagai seorang pelajar.

Tak salah kita nak beli novel berpuluh-puluh, pen beratus-beratus. Sebabnya RM250 tu memang milik kita kan. Tapi semua tu, novel-novel, pen, pensil pemadam tu semua akan habis macam tu. Maknanya dekat sini, bila dah tak diperlukan kita akan simpan ataupun buang je kan.



Apa kata kita manfaatkan sebahagian daripada RM250 yang kita dapat tu untuk Hari Esok? Macam mana? Ni cuma pandangan dan cadangan sahaja, apa kata kita kita ambil sebahagian atau sebagai contoh, RM50 misalnya untuk kita beli Al-quran/ surah Yassin then lepas tu kita letakkan di surau-surau atau masjid yang berdekatan dengan kita. InsyaAllah selagi orang ramai guna Al-quran/Yassin yang kita letak tu kita akan dapat manfaat untuk Hari Esok.Kowt-kowt lepas balik dari guna baucer tu meninggal ke...ada la jugak amalan yang berterusan. Ye dok? Tapi tak de lah aku doakan sampai macam tu. Sekadar peringatan. Kematian tu boleh berlaku bila-bila. Tapi yang penting untuk bersedekah ni adalah I.K.H.L.A.S Antara amalan yang dituntut ialah bersedekah.

Sekadar pandangan dan cadangan daripada insan yang tak ada apa-apa.
Thanks to mualim Fadzli yang buka minda semua




22 Feb 2013

Mulut dikuncikan sewaktu di dunia



Assalamualaikum


Selemah-lemah iman adalah mengubah dengan hati


Setiap manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Kalau tak bukan manusia lah namanya kowt. Takkan ada  manusia yang sempurna dalam dunia ni. Begitu jugak dengan aku. Sampai sekarang aku cuba menjadi yang lebih baik dan terbaik dalam hidup aku. Untuk berubah tak perlukan sebuah "jentolak" yang ada dekat belakang kita. Tapi hanya perlukan sekecil-kecil niat dalam hati untuk berubah dan paling penting beristiqamah. Aku bukanlah seorang pujangga yang pandai bermain dengan kosa kata yang boleh memutarbelitkan segala neuron yang berputar ligat bagi memahami isi dan maksud sesuatu kata. Aku bukan seorang ustazah yang mampu mengeluarkan segala hadis dan ayat kitab Allah secara spontan. Aku hanyalah manusia biasa yang teringin. memngimpikan, mahukan perubahan dalam diri aku dan kalau mampu ingin mengajak orang sekeliling aku.



Ya! Aku tahu aku tak mampu.Aku bukan siapa-siapa pun. Dan aku faham kata-kata kau.Maafkan aku. Aku kalau diberi peluang ingin sekali mengajak kau ke jalan yang benar. Bukan maksud aku jalan yang kau tempuh sekarang ni salah. Jalan yang tempuh tu betul sahabat cuma perbutatan kau di hari "itu" salah.Tapi.. entahlah. Kau dah bagi amaran agar tidak menegur segala perbuatan mahupun tingkah laku kau. Aku faham. Aku sedar. Memang aku tak akan tegur apa pun perbuatan kau kalau itu yang kau mahukan. 


Tapi sahabat. Yang HARAM itu tetap HARAM. Kita TAK BOLEH MENGUBAH HUKUM ALLAH. Walau pelbagai cara sekali pun walau pelbagai kata, pelbagai hikayat dan kisah yang kau relatekan dengan perbuatan yang kau lakukan itu agar ia benar di mata kau. HUKUM ALLAH TIDAK BOLEH DIUBAH. Sungguh! Aku tak mampu nak menasihati kau secara berhadapan kerna itu yang kau mahukan. Kau pinta agar aku jangan tunjuk "gah" didepan kau mengenai agama. Kata kau "You're nothing" Yee aku faham. Tapi ketahuilah bahawa aku tak sanggup dan tak mampu untuk berdepan dengan Allah di Hari Esok menjawab mengapa aku tidak menghalang perbuatan kau itu. Maafkan aku. Maafkan aku lari ketika itu. Aku lari ketempat lain. Tak sanggup aku dikatakan bersubahat di hari kelak. 

Setiap apa yang Allah ciptakan untuk kita adalah bermanfaat dan ada hikmahnya. Setiap yang Allah pinjamkan di tubuh badan kita jangan kita ubah jangan kita hilangkan sebab ini semua hanyalah pinjaman semata-mata. Tapi Islam tidak sekejam itu, andai memberi keaiban yang begitu teruk kepada hidup kita, maka dibolehkan. Andai tidak memberi sebarang masalah ataupun keabaian, janganlah diubah. Haram hukumnya.

Sekali lagi, aku bukanlah seorang ustazah mahupun seorang yang alim dalam hal agama. Cuma aku masih menggengam sedikit ilmu yang dibekalkan ibu dan ayah serta dan para guru. Seperti kata kau dan aku sendiri sedar, aku juga sering melakukan kesilapan. Aku pegang kata-kata kau '" Jangan cuba nak nasihatkan orang, kalau diri sendiri belum tentu perfect" 



Hanya mampu menjadi buta bisu dan pekak di dalam zone aku sendiri 



16 Feb 2013

Taubat Sham Kamikazee




         

                  Sekarang ni dah semakin ramai artis yang berhijrah. Alhamdulilah. Antara artis tu semua tu termasuklah Sham Kamikazee atau nama sebenar dia Shamril Mohd Salleh . Secara jujurnya aku tak pernah tahu pun mengenai penghijrahan Sham Kamikazee ni sampailah bila kolej buat program. Mula-mula pelik jugak sebab program tu College Islamic Festival tapi kenapa panggil guitarist pulak aku fikir. Aku diamkan je la. Sampailah bila tengok poster yang ditampal kat blok-blok hostel, gambar Sham Kamikazee berjubah. Balik tu terus google.. Owhhh dah berhijrah rupanya. Nampak sangat aku ketinggalan kan. Mungkin penghijrahan Abang Sham Kamikazee ni tak terlalu expose agaknya compare dengan artis-artis yang lain. Atau mungkin aku yang macam katak bawah tempurung? 


Sham Kamikazee@Kolej Matrikulasi Melaka
Sebelum mula bicara, aku dah mintak izin daripada abg Syam sendiri untuk ceritakan kisah dia dalam blog aku ni.



Bagi yang tak tahu makna jzkk tu.. maknanya ialah "Jazakallah khairan kathira" ataupun makna dalam bahasa melayunya ialah semoga Allah memberikan kamu kebaikan yang banyak. Sangat express abg Syam ni reply msg. Dalam minit yang sama jugak dia reply.


Semalam 15 Februari 2013 jam +/-8.00 malam abg Sham Kamikazee sampai ke Kolej Matrikulasi Melaka. Sham Kamikazee..Sham Kamikazee penat kan nak baca. Masa ceramah, abg Sham Kamikazee ni gelar diri dia abg Jebon. So masa sebelum abg Jebon sampai, surau Ibadurrahman di kolej ppenuh, sesak,  sampaikan ada yang berdiri tepi masjid sebab terlampau ramai yang datang alhamdulilah.

         Okay, back to the topic. Tajuk forum semalam ialah "Cinta High Class" Semasa forum tu, abg jebon ceritakan macam mana titik perubahan dia dari "zaman jahiliyah" ke zaman sekarang. Yang mana dia dah berubah. Titik permulaan abg Sham berubah ialah bila sorang kawan dia yang dah 13 tahun berkawan tapi tak pernah bagi salam sesama sendiri, telefon dia. Waktu telefon tu buat pertama kali dalam tepmpoh 13tahun abg sham dan kawan dia bersahabat, kawan abg Sham ni bagi salam, 'Assalammualaikum,bro" Waktu tu abg Sham dah rasa pelik dah, dia tengok telefon, nama kawan dia. Tak salah pun 

Sham Kamikazee sekarang
              Diorang pun cerita la bab gitar dan sebagainya waktu telefon tu. Tiba-tiba abg Sham bagitahu kawan dia tu tok tunggu kat rumah, dia nak jumpa. (Mungkin rumah diorang dekat je kowt) Datang je sampai lah waktu zohor, kawan abg Sham ni ajak sembahyang sekali. Tapi abg Sham kata tak pa, pergi dulu. Sampai lah waktu asar, abg Sham pun kata lagi sekali, takpe, pergilah dulu. Tapi bila tiba waktu Maghrib, abg Sham sendiri yang mintak kain untuk bersolat. 

 Imam 1 Masjidil Haram, Syeikh Abdul Rahman As Sudais

          Dipendekkan cerita, abg Sham dengan kawan dia sorang lagi tu pergi "Jalan-jalan Cari Masjid". Dan dipendekkan lagi cerita, sampailah ke satu Masjid  iaitu Masjid Alwi, Kangar, Perlis. Waktu tu Imam 1 Masjidil Haram, Syeikh Abdul Rahman As Sudais datang ke masjid tu. Abg Sham kata kat kawan dia "Tak pe lah kita tak sempat jumpa, dapat tengok dari jauh pun tak pe lah" Abg Sham ni pun pergilah berlari ke kereta amik kamera tele-zoom (jenis kamera tu aku tak ingatlah, tapi rasa hebat la kamera tu) So, masa abg Sham amik gambar tiba-tiba abg Sham tengok jarak dia dekat. Abg Sham turunkan kamera, tengok-tengok Imam dah ada depan dia dan diorang pun terus salam.

            Betapa besarnya rahmat Allah. Sebab bukan senang kita nak bersalam dengan Imam 1 Masjdil Haram. Bukan kata nak salam, nak lalu sebelah pun payah bak kata ibu abg Syam. Tapi masa tu Allah bagi abg Syam one-to-one dengan imam tadi tu. Ni lah jugak antara titik permulaan abg Syam @abg jebon berubah kearah yang lebih baik. 

MasyaAllah. Betapa indahnya kasih sayang Allah. Untuk berubah aku ingatkan diri aku sendiri dan kawan-kawan, kita tak perlukan suatu "musibah" atau penyebab baru kita nak berubah. Tapi kita yang kene cari perubahan tu sendiri. 

Next entry insyaAllah aku ceritakan macam mana abg Syam ni hadapi perubahan dan cabaran dalam dunia baru dia dan Cara dia istiqamah dengan perubahan tu. 





Sham Kamikazee dulu





6 Jan 2013

Perubahan



Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Tertarik aku untuk berkongsi satu kata-kata "Allah menutup aib kita pada hari ini supaya kita nampak hebat.. supaya kita tidak berasa malu pada manusia lain.....

Allahurabbi.. Sungguh aku sedar bahawa diri ini tidak semulia dan sebaik muslimah-musimah solehah yang lain yang sangat terjaga kesucian nya dan tidak pernah ternoda kesucian hati nya dalam menjaga agama Mu Ya Allah tapi aku hanyalah muslimah yang sudah menyesal akan kesilapan masa lalu ku dan ingin kembali ke jalan Mu Ya Rabb.Sesungguh nya aku tahu Engkau Maha Pengasih lagi  Maha Pengampun.Engkau akan menerima taubat hamba Mu 



Apa yang telah aku lakukan di masa lalu ku?banyak.Terlampau banyak dosa yang ku lakukan.Walaupun dosa-dosa kecil jika dikumpul kan akan menjadi banyak apatah lagi jika dosa-dosa besar yang mungkin aku lakukan kala tersedar mahupun tidak.

Aku takut andai kata perubahan ini separuh jalan. Permudahkan niat aku ini ya Allah. Permudahkan aku. 

Sungguh aku tak mampu berubah secara drastik. Namun akan kucekalkan hati menempuh jalan ini meskipun terlalu banyak perkara lagha yang harus aku tinggalkan.

Andai aku perlu memilih kamu dan jalan ini. Pasti aku tinggalkan kamu demi memlilih jalan yang indah ini. Maafkan aku.Marilah bersama kita mencari redhaNya.  

Bukan niatku membangga diri untuk berubah. Tapi niatku hanya satu bagi mengingati diri sendiri agar terus istiqamah dalam memperjuangkan jalan ini. InysAllah.




Dalam satu petikan Hadis Qudsi, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
"....barangsiapa yang mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya satu hasta. Barangsiapa yang mendekatiKu satu hasta, maka Aku akan dekatinya satu depa. Dan barangsiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari..."

SUNGGUH! AKU INGIN BERUBAH!

25 Dec 2012

[Insaf] Malaikat maut ada dekat aku!

Bismillahirrahmanirahim..
.

Andai satu hari nanti aku meninggalkan dunia fana ini, moga coretan ini menjadi tatapan buat keluargaku . Kerna di dalam blog ini ku coretkan segala apa yang aku lalui sepanjang aku bergelar anak dan pelajar. 

Andai aku pergi tanpa mengucapkan maaf, sudi kiranya hulurkan seribu kemaafan buat diriku yang sering kali melakukan khilaf dalam aku bergelar manusia. Sering aku melakukan khilaf. Itulah aku.

Andai ada janji yang tidak aku laksanakan disaat nyawa dipinjam beri. Ampun maaf aku pinta. Kerna saat ini pinjaman yang paling berharga telah pun diambil kembali. 

Sekali lagi aku mohon beribu kemaafan andai aku tidak sempat melakukan tugasku sebagai manusia yang tanggungjawab beri. Maafkan aku.

-iera shahira'02-

Allahhuakbar! Kadang-kadang aku merasakan yang hidup aku ni singkat. Mungkin esok atau lusa aku dah tak de lagi kat dunia ni. 

Masa tengah study tadi, macam biasa telinga aku ni akan disumbatkan dengan earphone. Tiba-tiba ter'play' pulak Ceramah Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Ceramah tu memang dah lama ada dalam handphone aku tu. Entah kenapa malam ni aku rasa tersentuh sangat bila dengar. Padahal dah selalu dengar. Tapi hari ni rasa lain pulak. 


Malaikat Maut akan datang menjenguk kita 70 kali sehari

Allahuakbar! Bila terdengar je kata-kata macam tu. Aku terfikir sejenak andai kata saat malaikat maut datang menjengah dan aku  sedang buat benda lagha, dan andai kata lagi, saat itulah Allah perintahkan tarik nyawa aku? Allah..... Aku takut!

Menurut kata Dato Fadzilah Kamsah, Malaikat maut datang jengah kita 70 kali sehari. Dia datang...tengok... dah masa ke belum? Belum lagi.. Dia balik dulu.. Lepas tu diadatang  lagi.. tengok.. dah masa ke belum? Dia balik balik. Sebanyak 70 kali malaikat maut datang. 

Salah satu faktor untuk berjaya duniawi dan ukhrawi adalah dengan ingat mati. Kalau kita ingat mati, kita akan berusaha seratus peratus hari ini seolah-olah esok kita akan mati. Tapi kalau kita tak ingat mati, kita macam tak de motif dalam hidup kita.



Hidup hanya sementara

Aku tertarik dengan cerita yang dibawa oleh Dato Fadzilah Kamsah. Menurut beliau, pernah ada satu kes dimana seorang lelaki setelah dijalankan ujian yang teliti, dia disahkan menghidapi penyakit kaser tahap kritikal. Dia dijangkan boleh bertahan hidup lebih kurang satu tahun. Lelaki ini telah berkahwin. Tidak mempunyai anak dan isterinya seorang surirumah tangga sepenuh masa. Bila lelaki ni dapat tahu je masa untuk dia hidup tinggal satu tahun je lagi. Apa yang dia buat? Dia berusaha , dia bekerja keras untuk menjamin kehidupan isteri dia bila dia dah tak de nanti. Dia kerja sungguh-sungguh. Dia minta maaf dekat semua orang yang berada disekeliling dia. Dia banyak bersedekah. Dia banyak buat amal kebajikan.

Lama kelamaan masa untuk dia hidup menurut perkiraan sains dan teknologi semakin sikit...sikit.. dan sikit. Tapi kuasa Allah yang Maha Hebat, bila lelaki ni fokus untuk mati. Minda dia dah set untuk mati. Sentiasa ingat mati .Allah punya kuasa. Allah sembuhkan penyakit kaser yang dia tengah hadapi tu. Allahuakbar. Kuasa Allah! Dan apa yang dia usahakan dari kerja keras dia selama ni mampu menjamin kehidupan dia untuk 30-40 tahun yang akan datang

Kalau minda kita fokus untuk mati, insyaAllah kita akan lakukan yang terbaik bermula dari hari ini

Allah kalau nak tarik nyawa kita memang sekejap je. Tak kira muda tua kaya miskin. Aku mengingatkan diri aku aku agar sentiasa ingat mati dan berusaha untuk memajukan diri HARI INI! bukan esok.InsyaAllah.


p/s: berubah ke arah kebaikan adalah lebih sukar berbanding berubah kearah kemungkaran