Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

30 Oct 2016

Kentang oh kentang

Heyyo!

Hari ni aku kemas-kemas "fridge" aku ni.. Ada kentang lagi. Yang mana cadangnya nak buat begedil. Tapi entah bila kala nak buat pun tak tahu. Kentang ni pun nampak sedap dah ni bila time-time lapar macam ni.

Hasil bacaan aku, kentang ni bagus untuk TAMBAH BERAT BADAN ! *Clap hands

Nampak sedap kan? 
         

Makanya, dengan gigih, aku janji pada diri sendiri, aku nak makan kentanggggg hari-hari mulai hari ini. Makan kentang, tapi kene KENTANG REBUS hokeyh untuk make sure khasiat dalam kentang ni "terpelihara", bukan kentang goreng, kentang sambal. perghhh sedapnnya. Mission to gain weight harap-harap berjaya before aku habis degree aku ni..

So, ni antara resepi yang aku rasa boleh la kalau nak buat, memandangkan aku still tinggal kat hostel, keterbatasan dan ketiadaan peti ais tu effect jugak kalau nak masak -masak ni sebab nak simpan barang-barang kat mana kan. So, resepi ni macam okay dan function.

 : Bahan-bahan :

6 biji kentang
2-3 sudu besar mayo
1 sudu besar lemon juice (kalau tak de tak pe kot ek)
1 sudu besar air
3-4 genggam daun bawang (Optional)
Serbuk pati ayam & perasa


: Cara-cara :

Potato
Kentang dipotong kiub (saiz lebih kurang macam sebiji pemadam)
Didihkan bersama dengan garam. Tos.

Dressing:
Dalam mangkuk yang lain, campurkan mayo, lemon juice, air, serbuk pati ayam, & perasa sehingga sebati.
Gaul kentang yang sudah ditos dengan dressing dan daun bawang.
Siap!



Banyak lagi resepi kentang rebus yang best-best, nanti aku dah try buat dan amalkan, aku upload.

dan semoga, niat nak GAIN WEIGHT tercapai. 





                




No comments: