Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO
Showing posts with label ASK YOUR OPINION. Show all posts
Showing posts with label ASK YOUR OPINION. Show all posts

25 Feb 2013

K-Pop vs keropok lekor


Assalamualaikum.

Sebelum jauh berbicara, biarlah aku buat satu pengakuan dulu kot-kot terlanjur dalam berkata dalam entry ni kan. Bahawasanya saya mengaku:-


Saya tidak pernah ambil tahu/minat KPOP sebelum dan semasa saya menyiapkan assignment ni

Untuk semester terakhir dekat Matrik ni, kami diberi tugasan untuk mengadakan satu forum in English. Forum tu dibuat dalam kelas je. Dan bak kata Sir kami, "You are allowed to choose any topic UNDER THE SUN" See. Maka hasil perbincangan dan memerah tenaga dan buah fikiran, maka datanglah idea untuk mengadakan forum yang bertajuk "KPOP VS KEROPOK LEKOR"

Tajuk macam gempak kan. Tapi....tapi ... permasalahannya sekarang ialah, kami terdiri daripada tiga orang iaitu aku, dan dua orang lagi classmate aku (from terengganu) yang memang sememangnya bukan peminat Kpop .Lainlah kalau memang minat kpop kan macam classmate aku lagi sorang tu, cakap bahasa korea je memanjang(tabik spring la kat dia.) 

Kenapa KPOP VS KEROPOK LEKOR?

Kami bercadang nak perkenalkan Kpop tu (walaupun semua dah tahu kan) then nak cerita lah tentang Kpop fever tu masa forum ni. Sebabnya, Kpop ni kan macam keropok lekor, sedap masa dimakan panas-panas sahaja lepas tu dah tak seronok. Dapat grab tak maksud aku tu? Huhu 

Asal-usul Kpop
Masa dok kaji pasal Kpop ni barulah aku tahu asal usul Kpop ni daripada Jepun rupanya masa zaman penjajahan Jepun. Diorang nyanyikan lagu untuk express diorang punya perasaan. Actually, Kpop ni berasal dari lagu Jepun yang ditranslatekan. Nak tahu lebih lagi? Google sendiri bole? Huhu nanti tak surprise pulak forum aku tu kalau semua dah ceritakan dekat sini. 

Tak ada info pasal Kpop
Bila aku google pasal kpop ni memang tak ada sangat atau bahasa specifiknya tak ada langsung dengan content apa yang aku nak cari untuk forum aku tuh. Kebanyakkannya tentang artis-artis yang diorang minat cam tu je la. Haissshhhh daripada awal sampai akhir ni aku rasa dah nak termutah dah cari info pasal Kpop ni. 


Pada sape-sape yang ada info atau content yang sesuai untuk aku bincangkan dalam forum tu nanti boleh tak share? Dah terdesak sangat dah ni. Forum tuh hari Khamis ni (28 Februari 2013). 

Tolong kami bantu kami...kami bukan peminat Kpop


Aku cuma kenal dia ni je artis Kpop.Sape tahu sape ni? Ce teka..Huhu


15 Feb 2013

[Minta Pendapat] Kos ke Degree



Pejam celik pejam celik dah hampir 20bulan aku belajar dekat Matriculation College ni. So lebih kurang 70hari++ je lagi untuk aku tamatkan proses pembelajaran dekat sini. Rasa tak sabar pun ada jugak Tapi rasa takut lagi banyak daripada rasa tak sabar. Takut tak layak bergelar siswi je untuk tahun depan. Sebabnya pointer aku dekat sini tak lah sehebat dan sebaik mana. Dah tiga sem aku kat sini,, PNGK yang aku mampu capai +/-2.6 something macam tu je. Untuk semester akhir ni je yang mampu nak ubah pointer aku. 


Apa yang merunsingkan aku sangat-sangat ialah bila aku tengok kelayakan untuk  hampir semua kos sains ialah minima PNGK 3.0 sedangkan aku cuma 2.6(setakat 3 sem ni la) Ya Allah, layakkan ke aku nak amik degree ni. Takkan aku nak patah balik ke diploma. Penat la. :( 

Aku memang tak bercita-cita untuk amik kos yang berkaitan dengan sains mahupun math lagi lepas ni. Sebenarnya dari zaman lepas SPM lagi aku memang dah target TIADA LAGI SAINS dalam hidup aku. Tapi takdir dan jodoh dengan sains ni kuat agaknya. Maka amik lah aku kos sains untuk lagi dua tahun dekat matrik ni. 

Masa SPM dulu aku amik jugak sujek Bahasa Arab Tinggi, Syariah Islamiah, Al-quran dan As-sunnah. Result untuk subjek-subjek ni semua lebih baik sebenarnya daripada subjek sains aku sendiri. 

Kalau ada rezeki ke degree aku tak nak dah kos yang ada kaitan dengan sains dan math. Sebab aku tahu kemampuan aku. Aku tak minat belajar sesuatu yang aku tak nampak atau teori semata-mata. Aku lebih suka menghafal. Membaca dan yang sewaktu dengannya. 

Target aku nak amik kos syariah. Okay tak ye? Minat pendidikan, tapi memang tahu tak mampu. Sapa2tahu pointer syariah berapa atau pown kos2 yag sesuai untuk aku tak?

Tapi sekarang ni aku betul-betul lost. Aku tak tahu mana arah tujuan aku lepas ni.No pin upu dah lama beli dari bulan satu hari tu. Tapi still lagi tak berisi sebabnya aku tak tahu nak amik kos apa. Sapa2 yang ada pandangan atau pendapat boleh tak tolong aku ? Aku buntu dah ni. Rasa macam tak de mood je minggu ni:( 

Menunggu pendapat dan pandangan kawan-kawan semua. 

1 Feb 2013

FOUNDATION: Anyone can help me?


Weeeeeeee MID-SEM dah habis. Mata panda pun dah ada. Semalam marathon movie sampaike Subuh. 

Ramai floormate dah balik pun semalam. Tinggal beberapa orang je. Termasuklah aku yang duduk jauh gila. Padahal Melaka je. satu negeri. Tapi nak feeling-feeling macam study jauh,, Aku pun suruhlah bonda dan ayahanda aku amik hari ni (Jumaat) 

Dua tiga hari ni aku dok review foundation. Almaklumlah bila usia dah meningkat ke doploh tahun ni baru terkedek-kedek nak tahu pasal skincare. Generally, aku punya muka ni memang oily sikit. Sebelum ni aku buat tak kisah je. Lantak kome le nak berminyak ke ape ke. Ade aku kisah? Tapi bila se-group dengan membe-membe yang muka maintain okay je sampai ke petang Rasa low self-confident la pulok. 

Maka selepas research pasal foundation ni. Aku dapat kesimpulan antara dua produk ni.

  1. Naturactor
  2. Pixy

Naturactor ni aku baca review dia okay lah. Sebab dia keluaran Meiko, Jepun. Kalau nak beli pun beli secara online. So far, tak de lagi kowt booth naturactor ni dekat Malaysia. Koowttt.Tapi harga dia belum mampu milik la bagi student macam aku ni yang mana just dapat elaun RM250 je dari cik government. Harga dia rm45-50 macam tu untuk 20gm. 

Hasil dapatan kajian. Pixy punya harga kira mampu milik la. Bawah rm25 macam tu. Boleh je dapatkan dekat WATSON.Lepas tu diabole jugak jadi foundation kalauapply dengn span basah, dan bedak biasa kalau apply dengan span kering. Tu apa yang aku search la

Tapi aku still konpius lagi, maklumlah tak pernah bermekap-mekap ni.Kalau pergi kelas pun dengan naked-face je. Lepas tu aku pulak tak de kakak untuk dibual bicara tentang girl's things ni. 

Apa ek basic-basic make-up yang kene tahu? Yang simple-simple je. Lagi satu, mata panda ni memang sangat-sangat menampakkan aku ni macam lah pelajar yang doploh pat jam dengan buku. Padahal. Nan hado! Tulunnnn ce bagi sugesstion kat aku yang nothing pasal girls things ni.


Mood: Bercuti selama dua minggu:D









29 Nov 2012

Selangkah ke DEGREE atau patah balik ke DIPLOMA?

Assalamualaikum

Tadi masa tengah rehat-rehat, maklumlah kelas hari ni sampai pukul 12 je. Tiba-tiba BB pun berbunyi-bunyi. Wahhh dramatik gila aku ni. Dengan penuh pengharapan kot2 ketua praktikum mesej kata esok kelas tak de ke. Mana lah tahu kan. Hahaha. Aku pun buka lah mesej tu. Then ini yang keluar.


Ha??? Bila pulak aku apply ni? Sambil berkerut-kerut dahi cuba ingat balik. Aku ada apply ke? Seingat aku aku apply masa aku habis SPM hari tu. Tu pun dua tahun yang lepas macam tu. Rezeki kowt.  Lantas aku mencapai lappy aku yang tak berapa jauh dari meja, aku pun search lah link yang diberi tu.




Eh, betullah aku dapat Politeknik. Dekat Melaka pulak tu. Macam dekat. Tapi kos kejuruteraan awam? Perghhh aku dah la fail bab2 teknikal ni.


Bab Teknikal
 Seriously aku memang tak suka bab2 teknikal. Contohnya masa tingkatan 3, kerja kursus Kemahiran Hidup, yang dok sambung2 wayar bagi mentol menyala tu. Tah berapa puluh kali aku patri bende tu. At last, tak boleh guna. Hahaha. Lepas tu kerja kayu. Masa tu kitorang kene buat rak untuk pensil buku2 macam u. Kecik je bende nye kene buat ikut kreativiti masing-masinglah kan. Itu pun senget-benget paku tu aku ketuk.Tak suka keje-keje cam gitu!


Selangkah lagi ke Degree
Aku dekat kolej ni boleh dikatakan selangkah je lagi nak masuk U untuk sambung degree. Haruskah aku berpatah balik ambil Diploma? The main problem is.. aku rasa tak berapa yakin dengan result keseluruhan (PNGK) yang bakal aku terima bulan empat nanti. Layakkah aku sambung degree. Walaupun result aku so far tak de lah teruk bebeno, tapi just cukup-cukup makan gitu.  Arghhhhh!!!!! Konpius!!!



Kekawan ce bagi pendapat korang kat sini