Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO
Showing posts with label MATRIC STUDENT'S LIFE. Show all posts
Showing posts with label MATRIC STUDENT'S LIFE. Show all posts

24 Apr 2013

Pengalaman manis, masin, BUSUK di Matrikulasi



Alhamdulilah selesai dah  3 paper untuk last PSPM dekat Matrik ni. Lagi dua paper je lagi... as well, breath in...breath out... to face the killer paper at the end of the day in this Matriculation session.Chemistry!



Mungkin ini adalah kali terakhir aku update blog menggunakan wifi KMM ni yang berpassword-kan "PDTM1" Walaupun kadang-kadang wifi ni bergurau.. kejap ada kejap tak de. Aku tetap sayang kau wifi! Sebab kau lah bisnes online aku berjalan dengan lancarnya. Leb u!

Pengalaman manis 
Aku dapat rasa hidup dalam family yang besar. Aku ada tiga orang je adik-beradik. Kecik je family aku. Tapi bila aku belajar dekat sini aku dapat pengalamn berada dalam family yang besar yang mana aku tak pernah rasa sebeLum ni.


Aku yang pegang huruf P tu. Saja nak bagitahu. Baju tu aku design sendiri. Simple je pun.Walaupun lain daripada orang lain.. tapi tetap iloike sebab design sendiri. Ngeeee.. Baju raya tahun ni pun dah siap desgin nya. Cuma takut sempat tak sempat je. 


Pengalaman masin
Ni pengalaman masak nasi goreng menggunakan rice cooker. Opppss! Rice cooker tak dibenarkan ye adik-adik. Hari tu TER-bawak. Moment ni berlaku masa sem 2 kalau tak silap, aku dengan roomate masak nasi goreng dalam rice cooker. Masa tu dah tahap lapauuu gile dah. So, nasi goreng tu masin pun rasa macam sedaaappp je. Masin pun masin lah janji perut kenyang. Dengan rice cooker yang sekecil ini, makan 3 orang. Bayangkannnn...Macam manin pondok-pondok pun ada rasanya masa masak ni.

Rice cooker yang bersejarah.. sejibik macam aku punya.

Saiz rice cooker aku tu kecik je macam kat bawah ni

cilok dr google

Pengalaman busuk
Pengalaman ni memang seriously aku tak boleh nak lupakan kowt. Masa ni aku masih lagi sem 2 kat Matrik ni. And kejadian ni berlaku masa sem dua. Aku ingat lagi. Masa tu lecture Chemist. Aku duk area-area paling depan sekali. Barisan dua paling depan. Maklum lah. Poyo lagi masa tu. Bila dah sem 4 ni lagi belakang kalau boleh nak duduk. Ok back to the topic, masa ni aku seriusly tengah mengantuk. And membe sebelah bagitahu dia tak sihat. Ohh ok je la kowt. Biasalah tu tak sihat. Aku pun terus lah dengar lecture tu. Then membe tadi bagitahu, dia nak muntah. Masa ni aku kool lagi. Mungkin dia bergurau kowt. Sekali bammmmmm!!!! Dia muntah kat aku. Aku redha je menerima muntahan dia sambil urut-urut belakang dia. Sampai sekarang aku ingat lagi tekstur "bahan" yang keluar dari mulut dia. Warna merah-merah macam tu. Ok aku tak senonoh. OK STOP! Ngeee


Apa yang aku nak cakap dekat sini, aku sangat-sangatlah bersyukur diberi peluang belajar dekat Matrik ni. Walaupun Allah pernah bagi aku tiga peluang untuk sambung belajar dalam bidang agama DAN aku tak pergi (yang mana aku menyesal sangat-sangat dengan keputusan aku tu) ,tapi DIA still bagi aku lagi peluang untuk dapat tempat dan belajar dekat Matrik ni sehingga tamat. Terima Kasih ya Allah!


Mood:: I've try my BEST to let someone just being in my memory. Tak de peluang dah nak jumpa and lepak chill sampai sejam dua jam with that person again.Seriously still in mood of TRYING. Still memorize his words"Just be yourself, let people give shit to us, but we still enjoy our live with our own style" Hahaha Sempoi!!


To my silent reader, can you klik this LINK? Thank you kerana baik hati. Allah saja yang balas:)


13 Apr 2013

Teman dikala suka dan duka.











Chichi



Ni lah kawan aku kalau aku tengah study malam-malam or petang. Nama dia Chichi. Dia asalnya bukan berasal dari blok ni. Tiba-tiba datang bermastautin dan sekarang dah dapat taraf penduduk tetap dah. Haha.Chichi ni tak berapa sihat dan tak aktif. Dia selsema sikit. So, kalau dia bernafas tu memang kuatlah. Aku pernah je terfikir nak letak vicks dekat hidung dia.Haha. Tapi aku tak teruskan niat aku tu, buatnya lepas letak vicks meninggal pulak Chichi ni, tak ke naya? Haha


Delaila

Haa.. Yang ni  pulak Delaila nama dia. Dia ni garang gila kowt dengan kucing-kucing yang lain. Kerek pown ada jugak dia.Hahaha Kalau bab bagi makan tu, memang bersedia je la kucing-kucing lain untuk dicakar kalau dok sibuk join sekaki.


Angelina
Yang ni pulak nama dia Angelina. Nama-nama kucing ni semua bukan aku yang bagi. Tapi floormate aku. Dan kalau panggil nama diorang ni, berlari-lari kowt datang. Contong panggil "Delailaaaaaa" tiba-tiba dah sampai dah. Hahaha Angelina ni anak kepada Delaila tu. Dia ada 3 ekor adik-beradik, tapi lagi dua maut dalam nahas jalanraya agaknya. Huhu maka tinggal lah Angelina sorang-sorang. Disebabkan kebosanan dia tak de siblings lain, dia berusaha nak ajak Delaila(mama dia) main sama-sama.





"Mama..mama jom lah main sama"




"Jom lah mama...pleaseee"


"Adehhhh tersekat pulak dekat sini...aishh mama ni tak bangun2 jugak ni..tak boleh jadi ni"





"Kene panjat ni,biar mama bangun"


"Yes! Sampaii pun atas"


"One....two....goooo!!!!"


"Adeh mama ni tak de respond langsung lah daripada tadi. Penat dah ni...tidur jom"


"Mama penat ye..tak pe la. Lain kali kita main sama ye.Goodnite mama...Love you"






 "Kadangkala Allah hantar kucing untuk menguji kita sama ada kita sayang atau tidak dengan rezeki Allah. Kerana dia tidakminta ikan baru digoreng, dia tidak minta pinggan yang elok ketika makan, diat tidak minta air untuk membasuh tangan. Dia tidak minta tisu untuk lap mullut. Dia hanya meminta sisa-sisa makanan kita yang tidakhabis dimakan. Jadi janganlah terlalu bakhil dengan sekalian makhlukNya.."


Janganlah menzalimi haiwan terutamanya Kucing.


I'm cat lover!!



p/s:::: Mintak tolong KLIK IKLAN NUFFNANG kat bawah ni boleh tak? Nanti saya klik awak punya balik:)Thank you!!





30 Mar 2013

Nak masuk U pun sorang-sorang



Omaigod!!!Omaigod!!! Final dah dekat gila kowt!

Kecik hati! Mungkin itu perkataan sesuai untuk aku definisikan perasaan aku sekarang ni. Ye la. Cuba bayangkan kita adalah salah seorang yang ada dalam kelas tu tapi tak diinvite pun bila kelas buat extra kelas. Maka, tersisih dan menyisih lah aku sendirian. MUNGKIN aku ni tak lah sehebat mana. Tak sehebat member-member yang lain result kencang 3 pointer kannnn. But it does'nt mean you can ignore me just like that. HUH!!! Aku tunggu jugak, tapi tak de pon , even lawa-lawa ayam pun tak de.

Takkan lah kita tibe-tibe nak datang kan kalau orang tk jemput, nanti orang kata tetamu tak diundang pulok kannnn.

Nak kata aku sorang je yang kecik hati pun tak jugak. Ada je membe yang tak diajak or disapa untuk join EXTRA KELAS tu pun kan. Diorang pun kecik hati jugak kowt!Tak pe la. Diorang nak berjaya pun sorang-sorang. Bak kata ex-classmate aku dulu "nak masuk U pun sorang-sorang" kannnnnn



Yang lagi best,Cakap nak bincang topik mana untuk EXTRA CLASS tu pun bisik-bisik. Secret sangat ke? Funny kowt!Kalau tak nak kami join tak pe, tapi tak payah lah nak bisik-bisik sangat.

By the way, aku doakan kamu-kamu yang buat EXTRA CLASS tanpa jemput kitorang tu best of luck keyh! Semoga success dalam final nanti. Amin.

p/s: Semua orang ada hak untuk bersuara.





21 Mar 2013

Tips pillih kos ke Degree-Buat ujian minat kerjaya dulu!



Minggu ini bakal berakhir!! Weeee.... Three more weeks to go..then bubye Matrik =D

Sebelum tu, mintak tolong korang YANG BAIK HATI untuk klik LINK INI boleh tak? Dah klik..tunggu habis loading dan SIAP! Okay korang boleh cancel windows tadi tu.Tq ye.. !!

Aku ni paling mudah terpengaruh bila orang cakap something-something. Terpengaruh macam mana tu? Dipendekkan cerita, tadi time English Class, Sir aku ni gi bukak story pulok pasal UPU. Yang mana perkara yang membuatkan aku pening tak tidur malam hari tu gara-gara nak pilih kos. Lepas dah selesa dan yakin hundred percent dengan kos yang dipilh, tiba-tiba pulak Sir aku dok tanya "Where you will go with that course?" Omaiiiiigod... Then he's open up our mind with the question...question...and question... Sampai aku jadi tak yakin baliik dah dengan Kos yang aku pilih tuh. Aduhai...

Pening!


Menurut Sir aku tu, kita kene pilih kos yang betul-betul tepat masa sekarang ni. Ye lah, Berapa ramai je graduan tak de keje ye dok? Aduhai acane ni? Takkan nak jadi BEAUTY HOUSEWIFE pulok nanti. Tak nak la. Penat je belajar, kene marah dengan chekgu semua bagai.. alih-alih tak kerja. Tapi kalau HUSBAND tu gaji riban-riban apa salahnya kowt .Tettttt Nampak sangat tak tetap pendirian kan. Hahaha

Then di saat aku kerisauan tadi, aku pun on lappy nak cari lah kos-kos yang sesuai dengan masa sekarang ni. Then aku jumpa lah satu link ni.  klik>>UJIAN MINAT KERJAYA (UITM)<< klik

Dekat link tu kita akan diminta isi maklumat peribadi, result SPM and then klik-klik je dengan simple question yang dia bagi tu. At the end of the form, dia akan come out with result based on apa yang kita jawab tadi bersertadegan kos yang dicadangkan. Nice2.


Result Ujian Minat Kerjaya (UITM) 

Masa yang diambil 9minit 37saat .Lama jugak lah aku nak jawab soalan-soalan tu. Hahaha Then result daripada apa yang aku jawab tadi, aku ni adalah seorang yang :::

SOSIAL : Bekomunikasi, mesra, orientasi manusia

Anda merupakan seorang individu yang suka berkomunikasi dengan orang lain daripada bekerja dengan objek, mesin ataupun data.(Betul tu) Anda menghargai kepada aktiviti yang melibatkan perhubungan komunikasi sesama manusia, perkhidmatan menolong dan kebajikan masyarakat. Anda seorang yang mudah mesra dan mempunyai jiwa yang penyayang, lemah lembut, baik hati dan sensitif dengan keperluan seseorang. Anda suka bekerja dalam situasi yang mempromosi pembelajaran, pembangunan kendiri dan berorientasikan manusia(I loike bercakap2). Kebiasaannya, anda mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial yang tinggi untuk membantu orang yang memerlukan.(Kalau disuruh cakap je tanpa henti, no probs lah to me=p) Anda kurang berminat untuk melakukan kerja yang melibatkan struktur kerja yang rutin atau yang melibatkan pemikiran saintifik dan penggunaan mesin(ini sangat2 lah betul...bosan kowt mengadap mesin je-pendapat aku lah)



So, aku dah tahu dah aku ni jenis yang macam mana. Sebab apa yang keluar dalam result tu ada betul dan salahnya jugak. Tapi kebanyakkannya macam kene je la. Part yang tak suka berkerja dengan mesin tu memang aku sokong 100%! Huhuu

So, sekali lagi aku bakal pening memikirkan kos yang aku nak rombak dekat borang UPU aku ni. Nasib baik ada lagi 2 chance untuk ubah.


Sape-sape ada info tentang kos ni tak:-
1. Kos pengurusan makumat perpustakaan

Sekian




19 Mar 2013

Aku ada WEDphobic! [wednesday phobia]



Omaigod..omaigod!!!

Esok hari Rabu!!! Aduh aku lemah betul la kalau hari Rabu ni. Rasa kalau boleh nak skip je hari Rabu tu then terus lompat ke hari Khamis. Boleh tak? Haha Sebelum tu, nak bagi tahu, tak de pun dalam istilah sains dan perubatan WEDphobic ni. Aku baru je cipta dalam empatploh saat yang lepas. =p

Memang daripada dulu aku akan saat2 takut ialah hari rabu.Sebabnya, hari rabu tu kira dah pertengahan minggu. Seminggu kan ada 5 hari (untuk  waktu berkerja la) so hari Rabu tu dah masuk hari ke 3.. biasanya aku akan takut sebab target atau objektif aku untuk minggu tu tak terbuat or tercapai lagi. Yela kalau nak dicapai pun target mingguan tu ada lagi dua hari je kan. So, itulah sebabnya saya WEDphobic!


Dan baru-baru ni WEDphobic aku ni menjadi-jadi bila cikgu math aku semakin "garang" atau tegas dalam kelas. Mak oiiiii! Rasa macam nak lari je kalau waktu tu waktu dia. Huissshhh nak tunggu satu jam tu habis punya lama. Tunduk tawadhuk lah aku sepanjang kelas tu.

 Dan ada satu hari tu aku betul-betul tak puas hati. Maklumlah student kan. Mana boleh melawan. Mata aku ni nak kata sepet tak de la sangat tapi boleeeehh la dikategorikan sebagai sepet. Petang tu aku tak mengantuk sikit pun, tiba-tiba boleh pulok dia bagi amaran daripada depan kelas dengan suara dia yang garang tu "Awak jangan nak mengantuk..mengantuk ea dalam kelas saya..saya bantai kang!!!" (Aku blur) Bila masa pulak aku mengantuk ni. Pergggghhhh sakit pulok hati kita ni ha... Tapi apakan daya. Tak de kuasa nak memperbetulkan keadaan untuk cakap "Cikgu,mana ada saya mengantuk.. mata saya memang cam gini la" Semuanya berlaku hari Rabu (Mungkin kebetulan)


Apa-apa pun aku kene jugak hadapi esok..Breath in...breath out...breath in..breath out..... fuhhhhhh

Salam maghrib!



9 Mar 2013

Tak semua orang suka apa yang kita buat





Kadang-kadang nak salahkan kemajuan teknologi pun tak boleh jugak. Sebabnya teknologi ni sebenarnya banyak membantu kita.Contohnya, Social Networking kan macam Facebook, Twitter, Blog, Hi-5, macam-macam lagi. Kalau kita dapat INFORMATION daripada lecturer for example, then sebagai ketua atau orang yang bertanggungjawab untuk sebarkan perkara tu MALAS nak pergi bagitahu sorang-sorang ataupun NAK JIMAT KREDIT kita boleh lah taip status je dekat FB ke twitter ke. So dekat situ dah jimat, tak buang masa kan.. betul tak? Haha tapi bagi aku cara ni SANGAT TAK RELEVEN sebabnya, buatnya membe tu tak online hari / minggu tu, macam mana dia nak tahu information tu. Ye dok? So, sebagai ketua/ orang yang bertanggungjawab atas information tu kene betul-betul pastikan anak buah SEMUANYA dapat information tu. Apalah sangat mesej seposen doposen tu kan.Sebagai ketua kita kene berkorban lah sikit.




Then tak semua orang suka apa yang kita suka. Waktu pagi adalah waktu untuk seseorang tu mengumpul mood untuk sepanjang hari. Kalau pagi-pagi seseorang tu dah bad mood, memang sampai ke malam lah jawabnya bad mood. So, waktu pagi tu memang semua orang sukakan suasana yang tenang, aman, damai.. bukannya dah disumbat dengan lagu OMPUTIH yang tah apa-apa. Aku bukan nak kutuk lagu omputih ke apa. Tapi aku admit aku bukanlah seorang peminat tegar lagu western ni. Sikit-sikit boleh la. Tapi bukan itu pointnya. Pointnya disini, awak boleh je nak dengar lagu kesukaan awak tu. Tapi harapnya lagu tu sampai ke pendegaran awak je la. Tak payah nak sampai MAXIMUM volume. Sehari dua saya boleh tahan lagi wak. Kalau lagu awak tu dah kuat sangat. Kadang SAKIT HATI JUGAK.


Hidup "berjiran" ni adatlah kunjung-mengunjung. Tapi kita kadang-kadang kene hormat jugak waktu privacy seseorang. Okay, even kita tak datang bilik tu untuk jumpa si A, kita nak jumpa si B. Tapi awak kene ingat, si A tu pun nak berehat jugak lepas seharian penat dengan kuliah semua tu. Takkan lah si A ni halau awak pulakkan sebab awak tu kawan si B. Tapi wak, limit kan sikit sesi kunjung-mengunjung awak tu boleh tak? Sebab ketawa dan perbualan awak tu kadang-kadang menggangu saya wak. Kadang-kadang bila nak masuk bilik sendiri macam nak MIGRAIN rasa bila nampak sandal awak dekat pintu.



Kenapa saya cakap dekat blog je?

Tak berani cakap face to face ke? 
Bukan..
Sebabnya saya terpaksa
Jadi BISU, BUTA, dan PEKAK dalam zone saya sendiri.







7 Mar 2013

We've done!


You know what! I'm too sleepy today.Wake up at 5am just to prepare myself  for our forum.
Before that, this is our forum journey::-



In lecture hall, which is already provide with air-conditioner ... but I'm still sweating and feel hot. WHY? because I'm nervous think off our English forum on 11. The reason why I'm too nervous is.. We are prepared for "KPOP" topic for about a week approximately. But A NIGHT before our forum or more specificly.. less than 10 hour before our English Forum,we've changed our mind to come with the new topic.Which is STRESS.

Yaaah!! With nothing on the head. nothing on the tongue. We were start our English Forum with which can I say PERFECT! from my own personal view.This is coz we've never practice anything, we've never PLAN what are we supposed to talk BUT we can clearly talk after sit together in font of class. That's it mean its REAL CONVERSATION/FORUM? Are we?

So, being the first group present in front of the class are not so good feeling. I saw my hand are keep shaking when I start talking in that video.(Thanks to my "korean-to-be" classmate for recording us)  Honestly, I'm sweating a lot ONLY when we start our forum . I'm the moderator =D

Three of us together in the forum


Aha! When I "watch" us back in that video, I recognize that my voice are quite loud and sound to be like a boy. And I asked my forum teammate, "Is it my voice? "Haha Maybe I'm not that kind of "ayu-ayu" girl. So that's why my voice are like that. Maybe.Who's know right. It doesn't mean I am boy even my voice is guttural like a boy. I'm still lady (wink*wink)

A lot of thanks to my teammate! Love u both!




Lama-lama aku yang STRESS!


Huarggghhh!!!!


Rasa nak menangis guling-guling pun ada sekarang ni. Pukul 11 kejap lagi aku nak kene buat forum ni. Tapi satu habuk point pun tak ready lagi. Mula-mula nak buat tajuk KPOP tapi at last SEMALAM baru tukar tajuk!! Tajuknya stress.Memang stress aku nak bercakap jap lagi ni ha. Kalau Bahasa Melayu tak pe boleh aku goreng kan aje. Tapi ni forum in English. Omaigod...omaigod...!!!

Stress!!!!

Aku kalau stress memang tak dapat nak cover la muka ni ha. Dah muka kerek ye dok? PLUS dengan stress.. tah apa la orang nak label aku lagi ni kan. Ah! Persetankan semua tu.!! Nak tutup mulut orang penat kowt!

Aku kalau stress aku akan dengar lagu KUAT-KUAT sampai tahap maksimum kalau boleh. Mmemang nak tercabut gegendang rasanya waktu tu. Tapi tu je yang boleh buat aku relase stress aku selain wudhuk, solat and lain-lain kan.

Penat membebel..Lari-lari cari point untuk forum...*berpeluh**

Berharap kelancaran dalam bercakap untuk kejap lagi... please...please...please...fuhhhh




4 Mar 2013

Result UPS 4




Alhamdulilah.. Terima Kasih Ya Allah sebab kau sudi berikan aku peluang tersenyum dengan keputusan yang aku dapat petang tadi. Alhamdulilah semua meningkat even tak secemerlang kawan-kawan yang lain. Pakar motivasi ada mengatakan, jangan bandingkan result kita dengan orang lain sebab itu bukan kita. Tapi bandingkan keputusan yang kita dapat dengan apa yang kita dapat pada masa lalu. So, based on the past, result aku alhamdulilah semuanya meningkat. Alhamdulilah. Gembira!

Sempat tau post entry kejap tadi beberapa jam sebelum result keluar. [ENTRY SEBELUM RESULT KELUAR]




Semester, kolej buat kelainan dengan umukan praktikum terbaik untuk setiap matapelajaran. Petang tadi around pukul 3 something kami dah dapat berita, kelas kami dapat anugerah. Tapi tak tahu untuk subjek mana. Kami ingatkan subjek math or chemist. So, masa pengumuman tadi untuk dua subjek tu, bukan kelas kitorang. Muka masing-masing dah redha je sebab ingatkan kitorang kene PRANK je. Last-last pengumuman dibuat....

Dan... dan... praktikum kami dapat anugerah PRAKTIKUM TERBAIK untuk subjek SAINS KOMPUTER. Alhamdulilah sekali lagi. Aku sendiri akui subjek programming C++ tu meeeeemang sangat-sangat susah, tapi alhamdulilah praktikum kami dapat anugerah ni. Dan aku sendiri dapat gred A. Alhamdulilah Thanks cikgu.Thanks kawan-kawan. (cehhh macam menang anugerah pulak kannn)

Okay so, dengan pengumuman result UPS hari ini menunjukkan bahawasanya FINAL EXAM dah nak dekat PLUS minus sebulan lebih je lagi.... ge ge ge ge... Takut woooooo!

So Iera!!!! Chill! You still have chance to change your overall result  . Hey mind, please remind this:: You have to focus only around this +/-30 days for your future, after that, holiday are waiting for you! 




Berdebar


Assalamualaikum

Hari ni result Ujian Pertegahan Semester 4 (UPS) keluar! Omaigod..omaigod!

Bohong kalau aku kata tak berdebar kan, sebabnya aku rasa hari tu punya performance memang teruk gila masa aku jawab tu. PLUS homesick semua. Okay tu semua hanya alasan. Apa pun aku sedar kesilapan aku yang tak amik serius masa nak exam. Okay aku mengaku! Damn! Rasa memang takut giler ni hari ni nak pergi tengok result yang ditampal pukul 4 kejap lagi... Haissshhh!!!!

Tapi masa tu aku dah berusaha sehabis baik. Mungkin? :p Walau teruk mana pun harap tak GAGAL mana-mana subjek. Even markah mid-sem ni 10% je tapi bermakna kowt untuk aku bawak masa final nanti.

Tak dapat gambarkan lah betapa nervousnye aku sekarang ni. Rasa macam jap gi nak kawen pulok. Padahal result je kowt. Okay, okay breath in.....breath out.... breath in... breath out... Gotta my smile :) Go to class first after that see my result dengan penuh redha. SMILE ;_      >________<! 

NERVOUS!




25 Feb 2013

K-Pop vs keropok lekor


Assalamualaikum.

Sebelum jauh berbicara, biarlah aku buat satu pengakuan dulu kot-kot terlanjur dalam berkata dalam entry ni kan. Bahawasanya saya mengaku:-


Saya tidak pernah ambil tahu/minat KPOP sebelum dan semasa saya menyiapkan assignment ni

Untuk semester terakhir dekat Matrik ni, kami diberi tugasan untuk mengadakan satu forum in English. Forum tu dibuat dalam kelas je. Dan bak kata Sir kami, "You are allowed to choose any topic UNDER THE SUN" See. Maka hasil perbincangan dan memerah tenaga dan buah fikiran, maka datanglah idea untuk mengadakan forum yang bertajuk "KPOP VS KEROPOK LEKOR"

Tajuk macam gempak kan. Tapi....tapi ... permasalahannya sekarang ialah, kami terdiri daripada tiga orang iaitu aku, dan dua orang lagi classmate aku (from terengganu) yang memang sememangnya bukan peminat Kpop .Lainlah kalau memang minat kpop kan macam classmate aku lagi sorang tu, cakap bahasa korea je memanjang(tabik spring la kat dia.) 

Kenapa KPOP VS KEROPOK LEKOR?

Kami bercadang nak perkenalkan Kpop tu (walaupun semua dah tahu kan) then nak cerita lah tentang Kpop fever tu masa forum ni. Sebabnya, Kpop ni kan macam keropok lekor, sedap masa dimakan panas-panas sahaja lepas tu dah tak seronok. Dapat grab tak maksud aku tu? Huhu 

Asal-usul Kpop
Masa dok kaji pasal Kpop ni barulah aku tahu asal usul Kpop ni daripada Jepun rupanya masa zaman penjajahan Jepun. Diorang nyanyikan lagu untuk express diorang punya perasaan. Actually, Kpop ni berasal dari lagu Jepun yang ditranslatekan. Nak tahu lebih lagi? Google sendiri bole? Huhu nanti tak surprise pulak forum aku tu kalau semua dah ceritakan dekat sini. 

Tak ada info pasal Kpop
Bila aku google pasal kpop ni memang tak ada sangat atau bahasa specifiknya tak ada langsung dengan content apa yang aku nak cari untuk forum aku tuh. Kebanyakkannya tentang artis-artis yang diorang minat cam tu je la. Haissshhhh daripada awal sampai akhir ni aku rasa dah nak termutah dah cari info pasal Kpop ni. 


Pada sape-sape yang ada info atau content yang sesuai untuk aku bincangkan dalam forum tu nanti boleh tak share? Dah terdesak sangat dah ni. Forum tuh hari Khamis ni (28 Februari 2013). 

Tolong kami bantu kami...kami bukan peminat Kpop


Aku cuma kenal dia ni je artis Kpop.Sape tahu sape ni? Ce teka..Huhu


23 Feb 2013

UPU? Malas lah...


Assalamualaikum

Pernah tak korang rasa malassssss sangat dalam satu hari tu. Perasaan yang rasa malas nak buat apa-apa. Kalau boleh nak katil tu bergerak je ke semua destinasi kita nak pergi sambil kita still berbaring. Haha suder duper MALAS kann.

Hari aku rasa malas sangat. Dengan berbekalkan lappy atas katil, sedikit bekalan makanan tepi katil dan buku-buku atas meja sebelah katil membuatkan aku rasa tak payah bergerak. Tapi aku ni ada satu masalah yang mana kalau aku tengok membe sebelah dok selak-selak buku, mulalah perasaan bersalah serta berdosa tu datang dalam diri. 

Kadang-kadang aku rasa kesian jugak kat lappy aku ni kene bekerja lebih masa kalau mood malas aku ni datang. Dari game, movie, blogging dan lain-lain. Agaknya kalau lappy ni boleh bercakap mesti dia dah menjerit-jerit kepenatan kan. Tapi kalau tetibe lappy aku ni boleh bercakap memang nak kene hempok! Terkejut!Haha



Di saat kemalasan membelengu diri, tiba-tiba energy datang tah ATP dari cell mana tah yang berlbih-lebihan membuatkan segala neuron aku ni bertindak balas untuk menghasilkan impulse bagi membenarkan muscle DI jari-jemari aku contract dan relax berulang kali untuk menaip dan mengisi borang UPU. Aku pun apply UPU.

Pengajaran daripada UPU lepasan SPM

Dulu masa apply UPU LEPAS spm aku memang tak tahu atau bahasa sopannya jahil dalam syarat kemasukan untuk certain-certain kos yang aku apply tu. Jadinya, aku tak dapat sebarang panggilan dari UPU untuk FASA1. Tapi lepas je aku ditawarkan ke MATRIKULASI barulah aku dapat tawaran daripada UITM KOS MASS COMM panggilan kedua. Yang mana aku tak pernah apply pun untuk kos tu. Disitu memberi kesimpulan bahawa kos itu adalah kos lelong untuk aku.


PENGAJARAN:::: Cari maklumat syarat kemasukan kos sebelum apply bagi mengelakkan diri anda dilelong.


Ukur baju di badan sendiri

Hari ni aku baru selesai apply UPU untuk Fasa pertama. Punyalah lama aku buat keputusan nak apply tu. Around satu jam jugak masa yang aku amik untuk isi 8+4 pilihan kos tu. Macam sebelum ni, parents aku memang meletakkan 101% kepercayaan untuk aku buat keputusan sendiri kos apa yang aku nak amik. Then diorang akan support. Dengan berbekalkan pointer yang tak secantik dan sehandsome mana, aku pun apply kos yang aku minat. Alhamdulilah berdasarkan syarat minima yang Universiti tu nak aku lepas. Tak lagi jadi macam lepas SPM dulu.



Sekarang ni cuma berusaha dan tawakal agar dipermudahkan jalan aku untuk kesana.  

Selangkah menuju ke cita-cita yang dari dulu lagi :D

29 Jan 2013

Fenomena Listen sampai ke dalam exam



Alhamdulilah Hari selesai dah exam untuk paper English. 

Apa yang aku nak ceritakan kat sini ialah tentang fenomena Listen. Tapi aku tak nak ulas tentang fenomena Listen yang tengah hot sekarang ni. "Listen...Listen...Listen.." Kadang-kadang aku rasa nak sepok je orang yang dok cakap listen ni masa kita tengah bercakap. Kononnya nak ikut trend, tapi rasa macam dah tak respect pulak aku aku rasa. Even kalau ber-BBM tu pun, masa text je pown, tapi asik la,,, 'Listen...listen...listen"  sampaikan aku dah naik nak termuntah dah dengan perkataan Listen ni. Rasa fed-up pown ada jugak.

Pagi tadi tepat jam 9.00 pagi, di hari yang ceria dan indah, aku pun mulakanlah dengan Bismillah untuk jawab English paper. Bukak-bukak je paper tu, instruction dia " Write summary for the title ''How to e a good Listener" Haissshhhh serious rasa nak muntah masa tu. Sampai dalam exam pon fenomena tu wujud? Mungkin secara kebetulan, tapi entahlah. Huhu.

Dengan keakuran dan muka penuh redha aku pun jawab lah soalan Listen tu dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Alhamdullilah dapat jawab. 

Kadang-kadang rasa nak buat muka macam ni je pada yang dok sebut Listen...Listen ni. Hahaha

Esok paper MATH dan CHEMIST! Takut!


28 Jan 2013

Mid-sem Mood!!!!


Assalamualaikum

Short entry.

Esok bermulanya Ujian Pertengahan Semester 4 (UPS4). Means dah empat kali la aku amik UPS ni. Ni adalah UPS aku yang terakhir kat Matrik ni. Macam biasa, "percutian dua minggu" yang dijanjikan selepas tamatnya UPS adalah mimpi indah bagi student-student matrik ni. Haha Aku pun sekarang ni tengah homesick tahap maksima ni. Serious! Tengah study ni, tapi kepala dok menerawang ke alam persekitaran rumah. Dah nampak da bilik aku, kucing aku, semua-semua lah!.Haissshhh!! Sabar-sabar. 4 Hari lagi nak balik! Yea!!! 




Serious perasaan takut + excited(nak balik) + gementar semua dok bersatu padu dalam hati ni ha. Harap-harap aku dan kawan-kawan yang lain dapat jawab dengan tenang. Doakan aku ye kawan-kawan:D
For those yang sama-sama UPS esok, Good Luck dear. 













Antara aktiviti aku nak buat masa cuti dua minggu nanti:-
  • Siapkan Assignment Bio (Bio-kit)
  • Baju annual dinner ( Design-  -Beli kain-  -Tempah-)
  • Tudung annual Dinner
  • Cari beads untuk baju raya :p





22 Jan 2013

Agaknya syaiton dah "cop" aku


Selesai sudah pre-test chemist yang digeruni. 

Waktu nak mula study je aku ni selalu je mengantuk tahap gorilla. Tapi bila tak study rtak de pulak mengantuknya. Rasa macam syaitonnir rajim tu bergayut-gayut je dekat mata aku ni. Serius! Semalam study rasanya tak beberapa puluh kali aku tersengguk-sengguk dan akhirnya menyerah kepada incik syaiton. Mesti syaitonnir rajim tu berjoget-joget sebab berjaya membuatkan aku lupakan segala equation-equation dan mechanism2 yang ada. 

Yang peliknya, aku ni jarang@susah sikit nak tidur waktu tengahhari mahupun petang. Waktu-waktu cam gitu sikit pun tak mengantuk. Tapi kalau dalam lecturer hall ataupun kelas.. mulalah dia. Syaiton bergayut-gayut je aku rasa. Kadang-kadang rasa nak tampar diri sendiri pun ada jugaok. Hahaha.Kekadang tuh aku ni pelik bin ajaib, asal membe sebelah tak ngantok ni? Aku sorang je dok tersengguh-sengguk. Tapi lepas je cikgu tuh keluar dari lecturer hall, seriusly beb! Mengantok tu hilang serta-merta. Agaknya syaiton ni dah cop aku ke apa? Haissshhhhh

15 Jan 2013

[Wordless] - Pembedahan Cik Tikus



Assalamualaikum

Semalam lebih kurang jam 2.45petang seekor tikus telah selamat di"korbankan" dalam tangan aku. 

Tikus jantan yang terpilih :D
Memang comel sangat-sangat Cik Tikus ni.Gemok!


Paku kan tangan dengan kaki dia
Waktu cucuk tangan dia dengan needle tu memang gigil tangan ni ha. Tak sanggup!



Gunting "baju" dia
Serious shaking kowt tangan masa nak mula tu.. Tuhan je tau. Shaking sangat-sangat! 



Ni la hasil nya selepas bukak baju dia





Fokus




Akhirnya!




Selepas buang perut+usus
.
.
.
.
.
.
.

Ada mcm Dr Iera tak? Haha

Seronok sangat-sangat pengalaman cam ni. Sebab dulu masa form five tak berkesempatan nak operate katak sorang-sorang. Kat sini dapat sekor tikus, operate sorang-sorang memang excited gila! Rasa macam nak operate je tikus-tikus  kalau yang berkeliaran . Wahahhahaa