Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

28 Nov 2012

Andai itu takdirnya

Assalamualaikum

This story related to this post::
**story 1**
**story 2**

Tajuk pun dah macam sedihkan. Tajuk ni aku amik dari novel yang roommate aku dok baca siang malam..Feeling habis roommate aku.. hahaha



Okay, macam dalam entry yang lepas, aku still mengharap SIR still ajar kelas kitorang. Tapi apakan daya (cewah) semua tu tinggal harapan. Nak dijadikan cerita, dari hari Isnin sampailah hari Rabu (hari ni) aku tertanya-tanya cikgu apa yang akan mengajar kelas English. 

Mood pengharapan

Habis je lecture Science Computer tadi aku pun dengan bersemangatnya melangkah keluar dari lecture hall menuju ke lybrary (kelas BI kat sana). Dalam hati still mengharap. Kot-kot SIR ajar kelas kitorang lagi walaupun aku tahu memang semua kelas Mr. Y SIR amik. Kira macam exchange kelas la sem ni. Dengan berbekalkan mood mengharap yang agak tinggi, aku pun mendaki tangga lybrary tu menuju ke kelas.(ayat nak hiperbola je) . Langkah pun macam malas je sebab percent dapat chekgu baru tu memang sangat-sangat tinggi. Disaat tengah mendaki tangga yang tak berapa nak tinggi tu, ternampak la SIR pun tengah menuju ke kelas yang around2 situ jugak. Habis je anak tangga didaki, kat situ ada two ways means kiri dengan kanan. Kelas aku dekat left side. Hati still mengharap sambil berkata.. " kiri...kiri" Masa ni aku still lagi mendaki tangga means tak berapa jauh dari SIR. Lepas tu SIR pun macam agak confuse kelas dia kat mana agaknya. Berhentii seketika. Then, dia menuju ke arah kanan!!!! Oooohhhh tiada harapan. Aku pun melangkah malas je menuju kelas aku sambil duk tinjau-tinjau mana tau SIR salah kelas ke. Kui3.. Tapi .....Tiada...Mood pengharapan:::: Hancus!

Kemudian, Mr Y pun datang sambil arahkan kitorang masuk ke kelas. Dalam hati, aku pasrah je dengan semua ni mungkin ini lebih baik untuk aku. Wahhh ayat!

Proses mempositivekan diri sendiri

Kelas kitorang still dekat tempat yang sama macam SIR dulu masa sem 3. Aku pun still maintain dekat meja dan kerusi yang sama. Duduk depan okay. Maklumlah kalau subjek bahasa ni memang favourite. Tak kire lah bahasa melayu ke English ke Arabic ke. I've basic Arabic  Language :p  Dalam kelas tadi aku cube positifkan diri. Yela, takkan kita nak mengaharap pada benda yang tak de. Wahhhh!!! Ayat macam lah clash dengan bf ke hape kan. Tapi dah minat kan. Cam gini le jadinya. Minat dari segi attitude je okay.  Aku pun cakap la sorang-sorang, " Hey minds, he's good but maybe Mr Y much better than him. Keep positive okay" ( cakap dalam hati je la..kang orang ingat aku gila ke apa cakap sorang2)  Walaupun rasa macam sangat-sangat fake je masa proses mempositivekan diri ni tadi. Habis tu takkan la sebab SIR tak ajar aku tak nak attend kelas English kot. Language subject memang favourite aku kan.

Lain orang lain caranya.

Kalau dulu SIR punya cara macam agak energetic, bersemangat tapi lain pulak caranya dengan Mr. Y. Bukan maksud aku Mr. Y tak bersemangat ke hape tapi flow P&P tu aku rasa macam agak slow. Tapi mungkin bagus kot sebab senang nak faham. Tapi kekadang rindu pulak nak dengar SIR cakap laju macam LRT. SIR dulu cakap memang agak laju la. Sampaikan kadang-kadang dia buat joke. Tak ramai yang gelak. Mungkin dalam proses translate lagi apa yang dia cakap termasuk lah aku. Bila nak gelak je SIR dah sambung mengajar balikSIR dulu memang sangat suke buat jokes. SIR memang sempoi la. Rindu kowt semua tu! Rindu jugak nak tengok SIR buat signal Peaceeee sambil melangkah keluar dari kelas waktu kelas dah habis. Chekgu korang ade? Tak de kan.. Hahaha

Geram baca BBM

Mungkin based on status aku dekat BB dan FB menyebabkan ramai pulak yang rajin hantar bbm dekat aku pagi tadi. Time pukul 12.15 je aku pun tinjau-tinjau lah BB aku dalam beg. Makkk aiiiii kemain banyak lagi bbm. Pelik gak asal ramai sangat bbm aku ni. Aku pun dengan tersorok-soroknya bukak lah satu-satu bbm tu bawah meja. Waktu tuMr. Y tengah semak attendance. Yang paling tragis lagi menyayat hati, semua bbm yang aku terima tu semua tanya ayat yang lebih kurang sama. "Iera, dapat cikgu BI sape? :)" Amboiiiii.. Aku yang dari mood positif menerima keadaan baru seadanya rasa geram pulak dekat kawan-kawan aku ni. Rasa macam nak cubit-cubit pipi sorang-sorang. Maklumlah yang tanya tu semua dapat SIR as English teacher diorang. Aku pun reply la nama Mr. Y dekat sorang-sorang. Redha je la. Huhu

   Pantun sengal di petang hari 

 Dari kete ke Superbike
Mr. Y ade mungkin tu terbaik


Motif? 
Mungkinkah mungkin SIR akan mengajar kelas kitorang lagi. Oh, itu pasti takkan berlaku kowt. Biarkan terjadi je semua ni.Wahhh ayat! Jatuh duduk kitorang still bersama as classmate. Cikgu menyampaikan ilmu. Kitalah yang kena berusaha supaya Pulang dengan kejayaan nanti.Kerna Kamulah yang menentukan masa depan kamu. Kepada readers, tolong jangan Misunderstood pulak dengan entry kali ni. Sebab apa aku tulis entry macam ni? Gelora jiwakah aku  or Maybe Love? Hahahaha Should I tell the truth? Jika Kau fikir ini semua adalah Padah Gelora, korang silap oke!SIR  tu chekgu aku je. Aku respect dia as chekgu je.Itukah bahagia? (tetiba kann) Sebenarnya takde motif pown tulis entry cam gini. Saja meluahkan perasaan kepada perkara pengharapan yang dah Over oke! 

Tak habis lagi
Sekarang ni dah tiga hari aku berada di kolej bagi menghabiskan sem akhir aku dekat sini. Walaupun rezeki untuk belajar dengan SIR tu memang dah 100% takde. Tapi aku still mengharap bila aku keluar nanti dari kolej ni aku akan bertemu dengan orang-orang yang memang menjadi diri sendiri dan yang penting tak fake dan SEMPOI!!!. Yang penting, Be yourself!


p/s:::: Ringtone alarm aku still tak tukar lagi. So bersabarlah wahai roommate. Mungkin takkan tukar kot.  Hahaha

Sekian.

1 comment:

Masmira Masri said...

hak2 kelakar jer...sabar yer
http://myaleo.blogspot.com/2012/11/post-wedding-session.html