Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

2 Dec 2012

BIOTECH@SCHOOL 2012



Assalamualaikum

Hari ni berakhir sudah program promosi  BIOTECH@SCHOOL 2012. Program yang telah berlangsung selama dua hari. Seronok jugak sebab baru tahu apa tu biotech. Selama ni dok dengar je  Biotech ni kos baru, bidang baru, tapi nak research pasal biotech ni memang jauh sekali. Maklumlah incik malas menguasai diri kalau bab-bab cam gini.

Sabtu 1 Disember 2012

Pukul 8 pagi dah bergegas lari-lari anak ke dewan utama. Sampai-sampai je.. makk oiiii kemain panjang lagi line nak beratur. Aduhai nyesal tak datang awal. Beratur la dengan muka yang suci. Kalau ikutkan line yang macam tu panjang macam tak yakin je dapat masuk dalam masa lagi setengah jam. Total semua peserta 500 orang. Tak lama lepas tu, salah sorang membe datang bawa berita gembira. "Student PDT, terus pergi kaunter depan ea" Wallaahhh! Terbaik lah! Kami yang merangkap seniorita untuk sem ni dengan gembiranya potong terus line yang berjela-jela tu. Heaven!

Lepas tu speech diberi oleh otai-otai dalam bidang biotech ni. Nama Prof tu pun tak ingat sebab kemain panjang lagi jawatan-jawatan dia. Lepas tu mereka tak guna pun jawatan atau gelaran yang diorang sandang. Diorang just gelarkan diri  PAKCIK je. Fuyooo! Merendah diri gila la. Yela padahal pangkat memasing semua Prof, Dr, Prof Madya dsb.

Konklusi speech yang diberi

Berdasarkan pemahaman aku , Biotech ni adalah satu bidang terbaru yang diperkenalkan di Malaysia.Biotech ni juga antara kunci transformasi negara. Malaysia mensasarkan 20 000 pekerja profesional dari cabang biotech ni menjelang 2025.Kalau sebut bab gaji memang rasa heaven la. Tinggi-tinggi wooo gaji kalau belajar dalam bidang ni. Banyak juga la info yang baru tahu masa tu. Tapi Aku rasa tak berapa minit je aku tumpukan perhatian gara-gara mic dekat dewan tu macam malu-malu je nak keluarkan bunyi. So, memang sekejap je lah tumpuan diberi. Lepas tu kelaut.
Tamat : 11.00pagi


Ahad, 2 Disember 2012
Hari ni sekali lagi melangkah ke Dewan Utama untuk program  Biotech ni. Hari ni ada tiga program yang dijalankan :-

1.Dolly's Game

Dalam game ni, kitorang ada 5 orang dalam satu group.Facilitator untuk group kitorang menang best lah. Kak Syam dari UKM. Dia bertugas sebagai Pegawai Penyelidikan bla...bla... tak ingat. haha Mahap! Kak Syam ni dalam kos Bioinformatik. 
Dolly's board

Seronok main game ni sebab sepanjang perjalanan cik ''Dolly'' tu kak Syam akan terangkan pasal cik Dolly ni. 

Dolly merupakan antara kejayaan terbesar dunia Science yang mana berjaya melakukan proses pengklonan. Apa yang menarik tentang  cik Dolly ni, dia ada 3 ibu. Ibu pertama yang derma empty ovum, next yang derma nucleus dan terakhir sekali ibu tumpang.(Benda ni dah belajar masa form 5) Menarik tentang cik Dolly ni. Kalau nak tahu, sila Google. :)

ni dia cik Dolly
2. Onion's DNA

Masa session ni pulak kitorang kene buat simple experiment untuk prove kan yang DNA tu memang double helix. Guna bawang, dan beberapa solution. Semua dah prepared dah, tak yah dok kalut nak measure2 bagai. Seronok! Experiment tu pun tak sampai 10min macam tu. Sekali lagi dapat facilitator yang sempoi. Faccy aku kali ni dah terlibat dalam dunia DNA ni dalam 26 tahun. Perghh lama wo! Mesti gaji riban-riban.Wahaha. Lepas pada tu dia dok explain pasal DNA macam ala-ala dalam CSI tu. Best!

3.Computer Session

Masa session ni aku agak kureeng sikit lah. Bukan sebab komputer , yela sebab aku pun IT student kan. Sebabnya software yang diorang provide untuk session tu ialah dalam BAHASA MELAYU. Haisshhh. Bukan nak berlagak ke apa tapi ye la dah biasa dengan terms dalam english tetiba kene reverse. Berpusing-pusing otak mencari makna bagi mencapai maksud. Fuhhhh.


Ni secara ringkasan tentang program Biotech  ni. Kalau nak diceritakan secara detail memang berjela-jela.

Bidang kerjaya Biotech 


Disebabkan aku menyimpan cita-cita nan tinggi dalam bidang pendidikan, so aku just tumpukan perhatian kat bidang ni je masa taklimat. Untuk Academician, dekat bawah ni antara step-step kerjaya dia + total gaji setahun.



Tutor - Rm 35000 (First class Degree @ at least second class Degree)

Lecturer - RM60 000-70 000

Senior Lecturer- RM70 000- 90 000

Associate Professor

Professor


Sekian.

No comments: