Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

27 Dec 2012

Jangan bangga diri sangatlah!


Assalamualaikum

Bila kita dah berada di atas, jangan sesekali kita menghina orang yang berada di bawah.

Hari ni aku dan groupmate aku bertungkus-lumus nak cari responden untuk complete kan assignment yang kitorng tengah buat ni. Sebabnya nak submit esok! Satu apa data pun takde lagi. Memang rasa nak meninggal je hari ni nak siapkan semua benda. DAMN!

Sedang kitorang terkocoh-kacah mencari responden (okay tipu je) Datang pulok sorang akak ni. Nampak gaya macam cleaner kat kolej ni. Based on dia punya uniform la aku tengok. Aku ingatkan lepas greet dia, nak angkat kaki, Maklumlah kerja sedia ada berlambak-lambak. Tapi akak tu dah mula bercerita takkan nak angkat kaki pulok. Duduk lah. 5 min,, 10min,,,15 min... +++

Menurut dari cerita akak ni, kesian jugak kalau aku berada kat tempat dia. Ye la, Tahu lah dia tu cleaner je. Tapi as student yang ''mungkin'' dah rasa diri tu educated, can u being respect to others?  Tak bermakna kita dah berada di kolej mahupun Universiti kita boleh hina pekerjaan orang lain okay. Diorang pown cari rezeki. Yang penting halal kan. 


Janganlah kalau nampak akak @ makcik cleaner tu tengah sapu.. ehh dan dan lah korang baling sampah depan dia. Dan dan lah korang sepak tong sampah tu. Tu ke cara orang yang terpelajar (kononnya)  

Menurut akak tu jugak, some of students ni memang hilang respect lah kat cleaner-cleaner macam dia. 
Sampai ada yang boleh cakap "Alaaa akak tu cleaner je kan. Kitorang ni belajar kat Kolej okay" Hey, hello! Kita ni tengah study  lagi je pun, belum tentu lagi masa depan macam mana.Tak guna Degree setebal kamus kalau hidup tak boleh respect orang. Kadang kesian jugak tengok cleaner ni. Diorang terpaksa sapu sampah.. bersihkan segala kekotoran yang ada untuk dapatkan rezeki. Cuba bayangkan kalau semua celaner-cleaner kat dunia ni mogok tak buat keje. Nak ke kita ambil alih tugas diorang tu? 

Aku nak mengingatkan diri aku jugak. Tak selamanya kita akan berada di atas. Cleaner ke, nelayan ke, penoreh getah ke.. mereka tu semua manusia yang ada hati dan perasaan. So, menghormati orang lain adalah menjadi tanggungjawab diri kita sendiri. Kalau kita tak respect orang, tak mustahil orang lain pown akan sama tak respect kita. 

Maaf lah agak emo dalam post ni. Akak tu cite kat aku tadi nangis-nangis masa cerita. Aku pun turut ter emo.Mahap!

7 comments:

fifie said...

Memang ramai budak budak kolej yang kurang ajar, biasalah besar diri bila dah rasa diri tu educated. Huhu. eh eh macam banyak lagi kerja nak disiapkan tu. Nak kena run data pulak kan. heee. Goodluck :)

Nadnod Azizan said...

tulah. memang majoritinya macam tu. makin educated, makin hilang sifat moral diri. ish ish

Effa Madi said...

ishhh perangai yg xpatut dicontohi

✿INA AINAA✿ said...

eee teruknyaa manusia tu.. kita pun tak tahu lagi dapat kerja, nak hina2 cleaner pula.. kalau tak ada cleaner, siapa lah nak basuh toilet2 korang tu... cleaner pun kerja yang halal

fatin aziz said...

teruknya..selama blajar kat u ni mmg x jmpa la lgi. tpi agak2 la. diorang pun cari mkn. even kita yg blajar kat u ni blom tentu lagi kerja hebat. :)

haz said...

yup. kdg2 manusia ni manners x elok. even me sumtimes. bila dh rse besr sgt, yg bwh dipndg rendh n dipijak2. subhanAllah.. ingatn untk semua..

Unknown said...

kalau nk org respect kita.kita kena respect org :)