Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

26 Dec 2012

Kantoi-Zaman Sekolah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menjelang beberapa hari lagi pelajar sekolah akan masuk ke alam persekolahan semula. Mesti rasa tak sabar kan..kan kan?  Ingat lagi kalau dulu waktu ''zaman muda remaja'' seminggu dua lagi nak naik sekolah rasa excited gile. Siap dah letak beg kat tepi meja dah malam tu.Pencil, pemadam pembaris semua dah masuk dalam pencil case dah. Dua tiga hari dok sibuk check. Punya excited nak naik sekolah.



Hari pertama naik sekolah je. Semua muka ceria. Ye la.. baju baru, beg power rangers baru. Aku dulu pakai beg Hello Kitty okay masa darjah satu sampai darjah dua. Beg sekolah hello kitty, bekal makanan, botol air. Semua warna pink.Dah tu melekat sampai sekarang menjadi peminat pink tegar! Haha. 


Tu hari pertama. Masuk minggu kedua, keempat, keenam? Huh! Lemau dah. Hahaha. 

Dulu ibu aku selalu lah cakap " Nanti zaman yang paling kita rindu ialah zaman persekolahan" Aku iya kan je lah.Tapi dalam hati siap cakap. Yeke ibu  ni? Zaman Universiti lah best sebab dah besar semua. Tapi sekarang aku akui  aku memang rindu gila zaman sekolah dulu. Even sekarang aku dah pun selangkah lagi nak bergelar siswi, aku still berharap dapat pergi balik kezaman sekolah dulu.Rindu kowt!

Bila dah masuk zaman Universiti ni baru lah rasa.. Ya Allah payahnya jadi dewasa ni. Semua problem nak kene fikir. Kalau dulu, tak pernah fikir pun. Balik sekolah, pergi ngaji, balik, buat homework. Tidur. Thats all. Tak payah nak fikir. Alamak elaun tak masuk lagi ni. Alamak nak bayar duit fotostate nota ni.Alamak ...alamak...macam-macam kowt masalah yang datang. 

Bila dah macam-macam masalah yang melanda, mulalah tidur tak cukup, tidur tak berkualiti. Dah tu mengantuk .Bila mengantuk, tidur kat dewan kuliah! Hahaha ni tak boleh bla ni. Hari ni aku rasa mengantok sangat. Pastu tengahari tadi pulak kuliah Bio, Huh! Memang "best" lah nak belajar bio tengahari kan. Aku pulak duduk agak depan tadi. Dengan muka selambe dan steady. Badan tegak. Aku tidur! Wahaha. 

Macam ni lah aku tidur tadi. Badan tegak steady je.Haha


Siap boleh mimpi-mimpi lagi join family trip ke Bukit Cherakah. Padahal tak  pernah sampai sana pown. Tengah-tengah mimpi main snow tu, tetiba lecturer tu boleh pulak mention kat depan! Damn! Malu gila. "Kadang-kadang saya rasa kelakar tengok student tidur dari depan ni" Seriously!!! Malu kowt naseb baik dia tak sebut nama aku. Lepas dia mention macam tu, terus rasa segar-bugar. 

Jadi moral of the story untuk hari ini, marilah kita tidur awal untuk mengelakkan tidur di dalam dewan kuliah. Sekian.


p/s:: Tahniah buat adikku yang dapat masuk sekolah sains yang diidam-idamkan tu. Good Luck!

6 comments:

✿A I N A A✿ said...

betul tu, bila dah masuk zaman uni ni.. baru tau susah senang masa zaman uni berbanding sekolah dlu... huuuuuu

ammelia yusoff said...

saya pon selalu jugak tertido dlm class. malu je. haha

huda jamil said...

student dgn tersengguk dlm kuliah mmg tak dpt dipisahkan. alaa rindu suasanan belajarrrr

Farah Waheda Wahid said...

masa jadi student memang the best... kakak sendiri kalau boleh nak putar masa balik jadi student balik... kalau belajar kat Uni tu, cabaran baru cket dear...kalau kerja besok lagi besar cabaran tu...lagi macam2...

btw...salam kenal, singgah sini balas kunjungan, jenguk2 kawasan dan follow awak... ^_^

fifie said...

Betul kalau sekolah dulu best sekarag pun masih rindukan waktu sekolah, kalau mampu diulang nak belajar betul betul boleh jadi doktor. Hik hik

kak nora said...

bunda datang nak berkenalan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...