Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

10 Dec 2012

Klon Mee Sedap

Assalamualaikum

Benda wajib 
Menjalani sebagai student's life ni memang sebati dengan instant food atau specific nya lagi ialah Maggi. Based on pengalaman aku selama berada di Kolej ni, megi adalah benda yang terakhir aku akan cari kalau dah takde makanan @ malas nak cari makanan. Tapi kalau nak diikutkan kira macam makanan ruji jugak maggi ni time study macam ni. Nak2 kalau memang dah lapar tahap gorilla, dah tak boleh fikir dah nak pergi kafe ke apa ke. Memang terus serang je maggi yang ada dok terpelosok dalam tempat simpanan.

Salah ambil
Weekend hari tu aku keluar lah dari "kotak persembuyian" aku ni beersama family.

Tempat dituju: Pasaraya terdekat
Tujuan: Menambah stok makanan 

Sampai-sampai je dekat pasaraya tu, benda pertama yang aku grab ialah maggi. Hahaha. Time masuk kat lorong maggi2 tu mata macam heaven je sebab banyak nye maggi. Hahaha macam tak pernah tengok maggi pulak sebelum ni. 

Lantas mata aku pun terpandangkan Mi Sedap ni dan tangan dengan perlahan-lahan mencapai bungkusan putih ni. Lalu ku masukkan dalam troli. 

Kaunter
Sesampai je dekat kaunter, nak bayar je, "eh, ni maggi apa pulak ni. Rasa macam amik mee sedap je tadi" Baru la aku perasan rupanya packaging Mee Baa..gus ni sama sejibik dengan mee sedap. Haishhh tak boleh jadi ni, terus pergi tukar .Nak mee sedap jugak. Yang ni tak sedap kot.Haha.


Hairan
Aku pun berfikir-fikir. Bole pulak dorang ni buat product then tiru dengan apa yang ada dekat market ea. Tak stylo la sebab kita meniru. Kita kene lah datang dengan identiti sendiri kalau ada sesuatu produk yang kita nak hasilkah. Aku rasa bukan aku sorang je yang tersalah amik tu, mesti ramai lagi. Sebab kedudukan Mee Baa..gus ni betul-betul sebelah mee sedap. Kalau sekali pandang memang tak perasan la. 
sumber: cik BB

Sekali pandang memang tak perasan

Keburukan Maggi

Even umum dah tahu keburukan maggi ni. Aku nak state jugak dekat sini sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.


Bila dah tahu ni rasa macam taubat tak nak makan lagi dah. Aku cuba katakan tidak pada maggi lepas ni. Yeah!!! InsyaAllah :p

No comments: