Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

11 Dec 2012

Resah

Assalamualaikum

Jam menunjukkan pukul 12.38pm dikala keyboard lappy ni diketuk-ketuk bagi menaip entry ni.

Aku rasa hari ni aku sangat-sangat tak senang duduk. Sebab kejap lagi or exactly less than 3 hours, final result for sem 3 akan keluar. Gerun woo.

Tahap kemengantukkan memang dah tahap minima dah. Mata merah macam gorilla. Coz malam tadi bole pulak dok mimpi-mimpi dapat result lah bagai. Haishhh. Sampai pukul 2 bangun.. kul 4 bangun.  Last-last bertahan je la mata sampai ke pagi gara-gara tak boleh tidur.

Aku seriusly tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk petang ni. Sebab aku tahu usaha aku macam mana. Bukan bermaksud aku tak usaha. Aku usaha, tapi side2 problem yang datang menjelma dikala peperiksaan menjelang tiba sedikit sebanyak aku akui menganggu-gugat konsentrasi aku.  Aku bukan nak salahkan problem-problem tu semua tapi aku salahkan diri aku. Sebab aku memang tak reti nak handle kawalan minda dan perasaan aku kalau masalah melanda. Asal ayat aku skema sangat erk? Ni mesti wayar short ni. Maklum la result nak keluar, Hati nervous. Haha

Meninggalkan suatu pengalaman pahit sem lepas bukan mudah. Tapi aku berharap tiada lagi masalah datang kunjung tiba. Coz aku pegang prinsip' " Just Let it Go"  Kadang-kadang impikan juga dapat merasakan kemanisan hidup di sini. InsyaAllah masanya akan tiba.


Harapan aku cukup sekadar aku mampu mencapai target yang aku letakkan pada diri sendiri.
 Dan mampu meraih sebuah senyuman dari ibu dan ayah. 

No comments: