Assalamualaikum
12.12.2012 Hari tu keputusan untuk semester 3 dah pun keluar. Alhamdulilah. Aku dapat mencapai target aku sendiri. Melepasi target. Bersyukur sangat-sangat.
Sesi pemberitahuan result kepada ibu
Aku: Assalamualaikum ibu (suara sedih)
Ibu: Waalaikumsalam
Aku: Ayah keje tak bu esok?
Ibu: Eh, kenapa pulak? Esokkan hari biasa mestilah keje.
Aku: Akak tak dapat sambung belajar lagi dekat sini. Pointer teruk. Nanti suruh ayah datang amik barang-barang akak.
Ibu: Yeke? (Suara dah sedih) Tak pe lah. Tak de rezeki. Nanti ibu bagitahu ayah
(Suara ibu dah sebak)
Aku:(dengan rasa bersalah) Ibu, Tak de lah, Kakak dapat naik sem lah. Pointer pun meningkat :)
Ibu: Yeke? Alhamdulilah. Buat terkejut ibu je tadi .Tahniah! Anak ibu memang boleh buat punya :)
Hehehe sorry bu! :p
Terima kasih Ya Allah, Kau beri hambaMu ini rezeki sebegini. Rezeki meneruskan perjuangan yang berbaki satu sem sahaja lagi disini. Terima kasih cikgu-cikgu yang tak jemu-jemu mengajar aku. Terima kasih ibu, ayah sebab meletakkan kepercayaan dalam diri anakmu ini. Walaupun satu ketika dulu anakmu ini pernah berputus asa. Tapi ibu dengan ayah tak jemu-jemu bagi perangsang dan kata-kata semangat. Dengan keputusan yang tak seberapa semoga dapat meraih sedikit senyuman bangga dari kamu berdua. Sayang ibu dengan ayah!
1 comment:
Alhamdulillah.. tahniah sis!! hehehe mesti dapat dekan kan??
Post a Comment