Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

21 Jan 2013

Bagus ke belajar dalam tekanan?


Mid-sem yang semakin menghampiri ni buat kan aku tidur pun tak boleh nak lena. Bangun-bangun teringat formula yang entah untuk equation mana. Terinagatkan coding yang entah untuk topic mana. Teringatkan enzyme yang entah untuk cell apa. Ni semua gara-gara tiada persediaan awal.

Aku akui aku bukanlah manusia yang boleh belajar setiap masa macam orang lain. Kadang-kadang aku ni duduk je dekat meja study tu tapi kepala melayang entah ke mana. Tu yang design untuk fashion baju tuk annual dinner bulan 3 ni pun dah siap. Tapi duduk dekat meja study, fikiran melayang tah kemana.



Aku ni akan study kalau ada tekanan. Means kalau tetibe lecturer soh buat pembentangan esok. Barulah malam ni aku akan paksa otak aku berputar ligat memahami setiap facts yang ada. Memang aku tahu ni adalah jalan yang salah dalam proses pembelajaran. Aku kene ubah semua ni.

Dan yang dapaat padahnya DIRI SENDIRI!Bila exam dah dekat baru terkocoh-kacah mencungap-cungap menghafal serta memahami segala facts yang ada.Tapi entahlah payah je rasa nak study waktu sempoi-sempoi. Mungkin aku ni jenis study kalau ada tekanan. Dan ianya berhasil! Compare kalau aku study goyang-goyang kaki tak de exam mahupun quiz. Mungkin cara ni tak semua orang boleh ikut dan kalau boleh jangan ikut kowt. Kat bawah antara apa yang aku selalu buat lah kalau dah saat akhir ni:-


*Yakin terhadap diri sendiri
Ni adalah benda yang paling penting sekali. Kene percaya diri. Even kadang-kadang aku rasa "eh kenapa aku ni b*d*h sangat topik ni" Tapi kita kene yakin. Kalau orang lain boleh kenapa kita tak boleh. 

*Masa rehat sepenuhnya
Ini lagi lah penting. Waktu tidur ni penting untuk bagi otak dan cell-cell badan kita berehat. Ye la kita ni bukannya robot mahupun mesin yang mampu berkerja 24jam sehari. At least kalau kita tidur, otak kita tak terlalu tertekan dengan desakkan waktu yang semakin sikit tu.


*Hapuskan tabiat suka tidur
Hal ni pada aku kene kuatlah. Diri sendiri kene tanamkan azam .Macam smoker, kalau orang lain suruh berhenti mahunye dia nak berhenti? Memang tak lah lainlah kalau smoker tu yang ada azam nak ubah diri sendiri. Macam hadis ada berbunyi "Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum itu selagi mereka tidak mengubahnya"  Disini membawa maksud, kita kene berusaha memendekkan waktu tidur siang kita, untuk masa hadapan .(cewah)

*Jangan ambil sebarang ubat yang meragukan
Kalau selsema dah menjejes2 tu. Makan lah ubat jangan sampai polos ssangat tak nak makan ubat. Maknaya kat sini. Dadah. Yang boleh buaat kita berjaga sampai lebih dari 24jam tu. Tapi last-last dalam dewan chioookkkk TIDUR!


Mid-sem yang semakin menjelang tiba kurang dari seminggu ni buatkan aku rasa tak sempat nak bernafas.Serius!



                                                                                                    

4 comments:

najihahfara said...

study dlm tekanan mmg x kan masuk apa2. better tidur dulu then sambung study :)

✿A I N A A✿ said...

setuju... sebab tu jgn baca last minute... nanti otak tak leh terima....

fatin aziz said...

sia2 je study klau dlm tekanan sbb xkan masuk apa2 pun.so better relax dlu. lepas dah tenang baru smabung balik..hehe

Cik Tanpa Nama said...

@najihahfara
Yup2..kene tidur dulu dalam 5-10minit then bangun...dah fresh:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...