Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

18 Jan 2013

Craft!


Assalamualaikum..

Aku ni seorang yang kidal. Orang kata orang kidal ni kreatif. Yeke? Mungkin kowt.  Tapi kalau nak suruh aku melukis, memang kayu lah tangan aku ni. Aku lebih prefer art yang melibatkan needle and thread :)

Antara kraf yang aku mampu buat ialah handmade keychain yang macam kat bawah ni. Aku ni pun newbies lagi dalam dunia crafting ni. Masih belajar lagi.


17 April 2011- Hari yang paling mengembirakan aku apabila request aku untuk join Hari Kantin sekolah adik aku di"approve"!  Apa yang aku jual? Dah tentulah Handmade Keychain aku tu :)

Handmade Keychain tu dikait daripada benang khas. Boleh saja request nama apa pun. Boleh jugak nak buat handphone keychain. Tapi memandangkan aku dapat site tu pun dekat sekolah, aku perkenalkan Handmade Keychain saja.





Tiada jarum yang diperlukan untuk buat Handmade Keychain ni. So tak berbahaya untuk adik-adik. Hehe



Tu dikire first customer :) Yang sebelah tu satu-satunya adik aku dunia akhirat. 




"Adik tulis nama dekat sini... nanti akak kaitkan"
"Boleh tulis nama apa-apa je ke kak?"
"Boleh" (Tersenyum)





Masa ni memang nervous sebab selama ni aku duk jual online je. Tak pernah pulak buat Handmade Keychain ni secara live depan tontonan orang ramai. Shaking!


Makin lama makin ramai yang singgah dekat site aku. Alhamdulilah

Apa yang buat aku nak gelak guling-guling masa nak kait nama tu, ada jugak yang minta kaitkan nama "JUSTIN BIEBER" warna purple. Lepas pada tu baru aku tahu Justin Bieber tu suka warna purple. Patotlah adik tu beriya-iya minta warna purple. Peminat setia agaknya. 



Yang baju merah tu salah seorang cikgu sekolah tu. Dia pun nak beli jugak. Segan lah aku. Aku bagi je. FREE OF CHARGE :D



Hah! Sampai ke belakang pun ada adik-adik. Berpusing-pusing kepala aku nak layan sorang-sorang.  Tapi seronok!



Yang berbaju purple tu adalah ibuku yang terchenta. Dari mula sampai tutup kedai setia menemani aku. Ibu adalah orang yang paling kuat sekali support dalamapa yang aku buat selain ayah. 

Aku ni memang minat gila dalam bisnes ni. Walaupun bisnes tu kecik je untung seposen doposen tapi aku rasa puas sebab tu hasil usaha aku sendiri.Even sekarang ni aku belajar course Science Technology, yang mana takde kaitan dengan bisnes, tapi aku still mengimpikan yang satu hari nanti aku akan ada kedai sendiri dengan jenamaaku sendiri. Specific nya biznes dalam bidang crafting. InsyaAllah



Sampai duduk adik ni. Maaf dik. List nama yang nak kait masa tu memang dah banyak sangat. Kene tunggu turn ye dik


Masa ni dah nak tutup kedai dah sebab benang untuk dikait dah habis. Menyesal jugak tak bawak banyak-banyak. Yela. First experienced kan. Mana tahu boleh laku macam ni. Macam goreng pisang panas pun ada.  

Aku  bangga jugak sebab site aku walaupun bermodalkan kerusi dan meja sekolah je, tapi site aku antara yang paling ramai dan paling laku. Tu pun aku tahu bila DJ announce kan dekat pentas. Dan aku kedai aku tutup paling awal, lebih kurang 2 jam lebih saja macam tu. Dan alhamdulilah rezeki Allah. 

Masa ni aku baru je lepas SPM, dan untung yang dapat masa tu alhamdulilah sama macam gaji kawan-kawan yang kerja part-time 8pg-8mlm selama sebulan. SYUKUR.


-Next target:::: Nak buat tudung anual dinner sendiri- Manik-


6 comments:

fatin aziz said...

dulu zaman2 sek rendah pandai la wat. byk la tempahan dari kengkawan. skrg ni je dah lupa teknik.hehe

✿A I N A A✿ said...

wow!! dapat sambutan hangat tu.. ena nak sangat tahu buat benda ni, tapi tak de siapa nak ajar.. guna btg aiskrim kan kalau tak silap...

Cik Tanpa Nama said...

Alhamdulilah... yup guna batang aiskrim...kalau jumpa iera bole ajar :)

Hanie Dew said...

Hai iera.talent yg menguntungkan.teruskan impian.dr impian ada cita2.ada cita2 baru ada matlamat.kan.

Ps: jatuh chenta kat blog? Maceh.we love u too..=p.

Anonymous said...

bagus sekali. keren :)
ingin mencoba. bagaimana tutorialnya?

Cik Tanpa Nama said...

@Anonymous, nanti saya update yang latest post ya :)