Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

1 Feb 2013

FOUNDATION: Anyone can help me?


Weeeeeeee MID-SEM dah habis. Mata panda pun dah ada. Semalam marathon movie sampaike Subuh. 

Ramai floormate dah balik pun semalam. Tinggal beberapa orang je. Termasuklah aku yang duduk jauh gila. Padahal Melaka je. satu negeri. Tapi nak feeling-feeling macam study jauh,, Aku pun suruhlah bonda dan ayahanda aku amik hari ni (Jumaat) 

Dua tiga hari ni aku dok review foundation. Almaklumlah bila usia dah meningkat ke doploh tahun ni baru terkedek-kedek nak tahu pasal skincare. Generally, aku punya muka ni memang oily sikit. Sebelum ni aku buat tak kisah je. Lantak kome le nak berminyak ke ape ke. Ade aku kisah? Tapi bila se-group dengan membe-membe yang muka maintain okay je sampai ke petang Rasa low self-confident la pulok. 

Maka selepas research pasal foundation ni. Aku dapat kesimpulan antara dua produk ni.

  1. Naturactor
  2. Pixy

Naturactor ni aku baca review dia okay lah. Sebab dia keluaran Meiko, Jepun. Kalau nak beli pun beli secara online. So far, tak de lagi kowt booth naturactor ni dekat Malaysia. Koowttt.Tapi harga dia belum mampu milik la bagi student macam aku ni yang mana just dapat elaun RM250 je dari cik government. Harga dia rm45-50 macam tu untuk 20gm. 

Hasil dapatan kajian. Pixy punya harga kira mampu milik la. Bawah rm25 macam tu. Boleh je dapatkan dekat WATSON.Lepas tu diabole jugak jadi foundation kalauapply dengn span basah, dan bedak biasa kalau apply dengan span kering. Tu apa yang aku search la

Tapi aku still konpius lagi, maklumlah tak pernah bermekap-mekap ni.Kalau pergi kelas pun dengan naked-face je. Lepas tu aku pulak tak de kakak untuk dibual bicara tentang girl's things ni. 

Apa ek basic-basic make-up yang kene tahu? Yang simple-simple je. Lagi satu, mata panda ni memang sangat-sangat menampakkan aku ni macam lah pelajar yang doploh pat jam dengan buku. Padahal. Nan hado! Tulunnnn ce bagi sugesstion kat aku yang nothing pasal girls things ni.


Mood: Bercuti selama dua minggu:D









5 comments:

Farah Waheda Wahid said...

suggested revlon photoready foundation...

basic make-up: foundation, concealer, powder, eyeliner, mascara, blusher and lipbalm...

najihahfara said...

kalau sy,sy pakai pixy sebab dah lama pakai. mmg elok..

✿INA AINAA✿ said...

maaflah, ena tak dapat nak membantu sebab ena pun tak pro dalam dunia mekup2 ni.. sila tanya pada yang pakar... hikhik.. apapun, All the best ye larling buat asignment ni..

fifie said...

Fie pakai naturactor dulu sempat lah habis dua bekas tahan dua, tiga tahun jugak. Sebab banyak. Booth dia dah ada sekarang di ECM kuantan. Hehe. Tapi seriously cantik muka, flawless.

Syue Syada said...

try octard.x penah pkai pun. tp tgk rmai yg suke. hikks~