Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

26 Feb 2013

Kegunaan sebenar COLOK adalah untuk menghalau nyamuk


Selamat petang, selamat menyambut kedatangan Maghrib yang bakal tiba. Aku selalu macam ni, online punya lama, tapi bila dah nak dkat-dekat Maghrib dan dek kerana kesuntukan masa barulah mood nak menaip tu datang. Kalau tak daripada tadi dok stalk orang je. Opppssss!Huhu

Okay back to the point, hari ni aku cerita tenatang COLOK.Tapi sebelum tu aku nak mention jugak dekat sini, aku bukannya racist ataupun entry aku ni bersifat menghina atau mempertikaikan agama lain. .Sekadar berkongsi apa yang aku tahu saja.

Dulu masa kecik-kecik aku ada jugak terfikir kenapa penganut Budha ni bakar COLOK waktu diorang "beribadat". So dipendekkan cerita yang sememangnya pendek, waktu kelas English minggu lepas, benda ni telah dimention oleh Sir aku yang mana dia seorang berbangsa Cina. Dia kata "Tahu tak apa asal-usul kegunaan COLOK" Haruslah tak tahukan. Aku pun dengan perasaan yang agak serba-salah pun bagi lah jawapan "To call old spirit Sir" Huhu semangat aku jawab. Takut jugak salah jawab yelah kepercayaan orang kan. Then Sir aku tu pun terus geleng, sambil cakap yang sebenanrnya COLOK digunakan untuk menghalau nyamuk. What theee...... Rasa macam nak gelak terguling-guling aku. Yela mana tak nya, Sir aku ni dia cakap masa tu muka sikit punya serious. Okay aku nampak dia serius cepat-cepat aku mengawal hormon dalam badan dan buat-buat serious balik.


Memang betul COLOK digunakan untuk menghalau nyamuk



Sebenarnya, penggunaan COLOK ni bukan dari Buddha tapi dari Taoisme. Buddha ni agama tapi Taoisme ni sembah Langit.Taoisme ni setahu aku bukan agama tapi antara adat resam masyarakat Cina yang ada kene mengena dengan ajaran Laozi dan sikit-sikit ajaran Buddha.

Sidharta gautama buddha merupakan seorang guru yang mengajar ajaran Buddha. Dia tak minta pun untuk dipuja selepas beliau mati. Tapi pengikut-pengikut dia waktu mula ukir patung dan sembah patung tu. Walaupun masa Sidharta gautama ni hidup, dia tak pernah ajar anak murid dia cara buat dan mengukir patung.


Waktu Sidhatha gautama buddha ni mengajar, dia pasang colok dinawah pokok bodhi unutk menghalau nyamuk. Yela sebab bawah pokok kan mestilah nyamuk banyak. Tapi selepas Gautama mati, anak murid dia still lagi memasang colok untuk menyembah patung yang mereka ukir.


So, kesimpulannya asal penggunaan COLOK ni adalah untuk menghalau nyamuk.

Sekian

p/s:: suka berkawan dengan orang mixed chinese+thailand


2 comments:

Kisah Si Dairy said...

brru tau pasal colok nie

Unknown said...

thanx for the short info