Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

15 Feb 2013

[Minta Pendapat] Kos ke Degree



Pejam celik pejam celik dah hampir 20bulan aku belajar dekat Matriculation College ni. So lebih kurang 70hari++ je lagi untuk aku tamatkan proses pembelajaran dekat sini. Rasa tak sabar pun ada jugak Tapi rasa takut lagi banyak daripada rasa tak sabar. Takut tak layak bergelar siswi je untuk tahun depan. Sebabnya pointer aku dekat sini tak lah sehebat dan sebaik mana. Dah tiga sem aku kat sini,, PNGK yang aku mampu capai +/-2.6 something macam tu je. Untuk semester akhir ni je yang mampu nak ubah pointer aku. 


Apa yang merunsingkan aku sangat-sangat ialah bila aku tengok kelayakan untuk  hampir semua kos sains ialah minima PNGK 3.0 sedangkan aku cuma 2.6(setakat 3 sem ni la) Ya Allah, layakkan ke aku nak amik degree ni. Takkan aku nak patah balik ke diploma. Penat la. :( 

Aku memang tak bercita-cita untuk amik kos yang berkaitan dengan sains mahupun math lagi lepas ni. Sebenarnya dari zaman lepas SPM lagi aku memang dah target TIADA LAGI SAINS dalam hidup aku. Tapi takdir dan jodoh dengan sains ni kuat agaknya. Maka amik lah aku kos sains untuk lagi dua tahun dekat matrik ni. 

Masa SPM dulu aku amik jugak sujek Bahasa Arab Tinggi, Syariah Islamiah, Al-quran dan As-sunnah. Result untuk subjek-subjek ni semua lebih baik sebenarnya daripada subjek sains aku sendiri. 

Kalau ada rezeki ke degree aku tak nak dah kos yang ada kaitan dengan sains dan math. Sebab aku tahu kemampuan aku. Aku tak minat belajar sesuatu yang aku tak nampak atau teori semata-mata. Aku lebih suka menghafal. Membaca dan yang sewaktu dengannya. 

Target aku nak amik kos syariah. Okay tak ye? Minat pendidikan, tapi memang tahu tak mampu. Sapa2tahu pointer syariah berapa atau pown kos2 yag sesuai untuk aku tak?

Tapi sekarang ni aku betul-betul lost. Aku tak tahu mana arah tujuan aku lepas ni.No pin upu dah lama beli dari bulan satu hari tu. Tapi still lagi tak berisi sebabnya aku tak tahu nak amik kos apa. Sapa2 yang ada pandangan atau pendapat boleh tak tolong aku ? Aku buntu dah ni. Rasa macam tak de mood je minggu ni:( 

Menunggu pendapat dan pandangan kawan-kawan semua. 

5 comments:

Meeniey Sykes said...

hye ! jalan sini :) i think , better jd lawyer . pguam syariah . heee ,

Unknown said...

pilih yg benar2 adik Cik minat dan subjek yang Cik betul2 dapat angkat..

jangan buntu..minta pertolongan dariNYA k..:)

Liza Razak said...

nanti awak pilih course mana yang awak mampu dan boleh score..yang penting minat dan kesungguhan :)

fifie said...

Hurmm fie nak nasihat pun tak tahu sangat tapi bagi fie lebih baik awak pilih course yang mampu dengan awak dan awak rasa senang. Jangan ikut kata orang nanti diri sendiri yang merana, selebihnya minta lah petunjuk dengan Allah

Unknown said...

Matriculation student ^_^ course 2 tahun, my self matriculation student jgk, but in accountancy la not in science, SPM science student, sbb xboleh bwk lari bwa dri msok accountancy plak.. ummm bout course yg sesuai. You know your self better than others kn sis, so try teliti ape yg sis minat.Don't force your self doing something yg your self x minat. Nanti hasilnye like myself, hancur result SPM sy gara2 amik jugak course yg sy da tau xbole bwk (subjek teori) Kalau buntu jgk hummm buat solat istiharah. That might help you. Ngn sape lg kte nk mnx pndpt n mngadu kalo bkn pda pncipta kita ^_^ anyway kalau rezeki sy this year smbung degree and kebetulan satu Universiti ngn sis, hope kte bole jd kwn.. Good Luck sis!