Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

18 Mar 2013

Cara terbaru HIV tersebar!



Assalamualaikum

             Dalam meniti minggu-minggu terakhir di Kolej Matrikulasi ni, syllabus untuk setiap subjek haruslah dihabiskan. Maka berlumba-lumba lah setiap subjek untuk dihabiskan dalam masa yang ditetapkan. Dan yang jadi mangsanya bagi mereka yang bukannya Fast Learner. Yang dapat faham sesuatu perkara dalam tempoh masa yang agak lama tu macam aku ni, memang STRESS plus TENSION lah dalam minggu-minggu terakhir macam ni. Mana tak nya, kemain laju bebeno la  aku rasa semua subjek tu diajar sekarang ni.

            Untuk subjek Biology, dua topic terakhir ialah bab Immunity. Belajar tentang immune system dalam badan kita. Dan antara sub topic nya ialah Acquired Immune Deficiency Syndrome ataupun AIDS. Dan dipendekkan cerita, kalau ada AIDS pastinya akan dikaitkan dengan Human Immunodeficiency Virus (HIV) tapi apa yang kita perlu tahu, HIV dan AIDS adalah dua perkara yang berbeza. Kalau nak diceritakan perbezaannya panjang lah pulak nanti



           Apa yang aku nak ceritakan dekat sini ialah, HIV ni kadang-kadang orang yang tidak berdosa pun boleh dapat. Sebagai contoh, ibu-ibu yang dalam proses melahirkan anak, bila masalah kekurangan darah berlaku, pastinya perpindahan darah akan dilakukan oleh pihak hospital untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi tersebut. Tapi apa yang kita tak tahu ialah tempoh pengeraman virus HIV dalam darah mengambil masa lebih kurang 7 tahun untuk "memunculkan" dirinya sekiranya blood donor tersebut secara sedar atau tidak sedar menghidap penyakit HIV.So, bila blood transfussion tu dah berlaku, wanita yang menerima darah tersebut  secara automatiknya akan menjadi pesakit HIV. Nauzubillah..

Cara terbaru virus HIV tersebar


  • Di panggung wayang
Bagi mereka yang gemar menonton wayang pada hujung minggu hati-hati! Sebelum korang duduk dekat kerusi wayang tu dengan gembira PLUS excitednya, sila pastikan atas kerusi tak de sebarang jarum atau bahan suntikan. Sebabnya, satu kes di Hawaii, seorang perempuan duduk di kerusi dan dia terasa ada sesuatu benda mencucuk dari kerusi tersebut sebaik sahaja dia duduk. Dan dia tengok ada penyuntik dan nota, "Welcome to the real world, you are now HIV positive" Dan doktor pun dah sahkan penyuntik yang perempuan tu terduduk tu ada virus HIV.


  • Di kawasan pantai
Attention to Nature Lover, yang suka menghabiskan masa dekat pantai atau laut pun berhati-hati! Sila pakai selipar atau kasut masa berjalan-jalan di pantai/laut. Sebabnya, penagih dadah yang melakukan "aktiviti" di tepi pantai kebiasaannya akan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Bayangkanlah kalau kita terpijak jarum yang ada virus HIV tu, nauzubillah.So, berhati-hati!


  • Di mesin air minuman
Di Georgia & Florida, ada satu kes ni menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat untuk kita amik balance duit syiling mesin air minuman. So, sebelum menghulurkan tangan untuk amik balance coin tu, hati-hati ye! 


Kenapa pesakit HIV seolah-olah "berusaha" untuk menyebarkan HIV kepada orang ramai? Sebabnya mereka seolah-olah telah "mati" dan tak de harapan dalam dunia ini dan nak ajak orang lain bersama-sama dengan mereka. 

Wallahualam.

          Wish to get highest marks quiz for this topic.Insha Allah






1 comment:

✿INA AINAA✿ said...

takutnyaaa.. ena belajar perubatan ni ada juga belajar bnde ni... memang HIV ni disebarkan melalui kelmbapan dan suntikan..