Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

9 Mar 2013

Tak semua orang suka apa yang kita buat





Kadang-kadang nak salahkan kemajuan teknologi pun tak boleh jugak. Sebabnya teknologi ni sebenarnya banyak membantu kita.Contohnya, Social Networking kan macam Facebook, Twitter, Blog, Hi-5, macam-macam lagi. Kalau kita dapat INFORMATION daripada lecturer for example, then sebagai ketua atau orang yang bertanggungjawab untuk sebarkan perkara tu MALAS nak pergi bagitahu sorang-sorang ataupun NAK JIMAT KREDIT kita boleh lah taip status je dekat FB ke twitter ke. So dekat situ dah jimat, tak buang masa kan.. betul tak? Haha tapi bagi aku cara ni SANGAT TAK RELEVEN sebabnya, buatnya membe tu tak online hari / minggu tu, macam mana dia nak tahu information tu. Ye dok? So, sebagai ketua/ orang yang bertanggungjawab atas information tu kene betul-betul pastikan anak buah SEMUANYA dapat information tu. Apalah sangat mesej seposen doposen tu kan.Sebagai ketua kita kene berkorban lah sikit.




Then tak semua orang suka apa yang kita suka. Waktu pagi adalah waktu untuk seseorang tu mengumpul mood untuk sepanjang hari. Kalau pagi-pagi seseorang tu dah bad mood, memang sampai ke malam lah jawabnya bad mood. So, waktu pagi tu memang semua orang sukakan suasana yang tenang, aman, damai.. bukannya dah disumbat dengan lagu OMPUTIH yang tah apa-apa. Aku bukan nak kutuk lagu omputih ke apa. Tapi aku admit aku bukanlah seorang peminat tegar lagu western ni. Sikit-sikit boleh la. Tapi bukan itu pointnya. Pointnya disini, awak boleh je nak dengar lagu kesukaan awak tu. Tapi harapnya lagu tu sampai ke pendegaran awak je la. Tak payah nak sampai MAXIMUM volume. Sehari dua saya boleh tahan lagi wak. Kalau lagu awak tu dah kuat sangat. Kadang SAKIT HATI JUGAK.


Hidup "berjiran" ni adatlah kunjung-mengunjung. Tapi kita kadang-kadang kene hormat jugak waktu privacy seseorang. Okay, even kita tak datang bilik tu untuk jumpa si A, kita nak jumpa si B. Tapi awak kene ingat, si A tu pun nak berehat jugak lepas seharian penat dengan kuliah semua tu. Takkan lah si A ni halau awak pulakkan sebab awak tu kawan si B. Tapi wak, limit kan sikit sesi kunjung-mengunjung awak tu boleh tak? Sebab ketawa dan perbualan awak tu kadang-kadang menggangu saya wak. Kadang-kadang bila nak masuk bilik sendiri macam nak MIGRAIN rasa bila nampak sandal awak dekat pintu.



Kenapa saya cakap dekat blog je?

Tak berani cakap face to face ke? 
Bukan..
Sebabnya saya terpaksa
Jadi BISU, BUTA, dan PEKAK dalam zone saya sendiri.







1 comment:

~Hanie Ladyhlomanie~ said...

Sabar la dik... lau tak tahan tegur secara berhikmah sebab kita ade hak utk menegur jika itu menganggu ketenteraman hidup kita :)