Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

20 Apr 2013

Serius::Bercuti dengan hanya SERINGGIT je


Bila pengajian dah hampir ke penghujungnya, mestilah feeling-feeling nak bercuti tu datangkan. Mulalah ayat "Kalau cuti ni aku nak tidur je sebab masa study tak cukup tidur" "Masa cuti ni aku nak bangun lewat" Bla bla bal...dan macam-macam lagi ayat-ayat impian daripada seorang yang bergelar pelajar.

Then bila dah feeling-feeling nak bercuti, even sekarang masih lagi dalam mood study week, haruslah preparation dibuat dengan begitu rapi kalau nak bercuti . Nak pergi mana. Nak stay dekat hotel mana. Then dah sampai nak jalan-jalan dekat mana.

Dalam usia 20 tahun ni PLUS dah ada lesen kereta kan, aku memang dah prepare awal-awal event untuk bawak family bercuti. Tak de lah family besar tu. Just ibu, ayah dan adik aku je. Aku nak drive sendiri. Then inysaAllah kalau boleh tak nak guna duit parents sesen pun. Nak guna 100% daripada aku. Hasil titik peluh aku sendiri. Alhamdulilah sekarang ni  adalah simpanan tu sikit-sikit. Tak sabar rasanya nak bawak family bercuti dengan duit sendiri.

Ayah, kali ni pergi jalan-jalan ayah tak payah bawak wallet ye.. HIhihi. Ayah dengan ibu duduk je dekat seat belakang, kakak drive :) 


Sapa kata nak bercuti tu perlukan duit yang banyak. Tak de pun. Kalau niat dah ada insyaAllah dipermudahkan. Kalau ikutkan SERINGGIT pun dah boleh bercuti kowt. Pergi luar negara pulak tu.Actually tak de la luar negara sangat. Negara jiran je kowwt.INDONESIA. Seringgit boleh pergi Indon? Tak cayakan?  Kalau tak percaya KLIK SINI.Serius tak tipu! Korang booked lah cepat-cepat!




p/s::: Atas faktor kesihatan, tempat yang aku nak bawak family tu, dalam negara je :)



2 comments:

NinaAz said...

Bercuti itu best!! Rilex. No more tension. Btw. Tengs join GA akak yeaaaaa ♥

Sarah Mnasir said...

wah best bercutii !