Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

14 May 2013

Pengalaman Jual Topup di Matrik


Assalamualaikum!



Hari ni genap 15 Hari aku bergelar ex-matric student. Sedihh ooo!!

Okay hari ni aku nak share pengalaman  aku jual topup dekat Matrik sampaikan ada certain2 kawan-kawan panggil aku "CIK IERA TOPUP". Okay tak pe. tu pengalaman yang sweet2 bagi aku

Aku mula terjebak dengan bisnes topup ni kiranya dalam masa form five gitu. Awal-awal tu guna sendiri je. Tak de niat pun nak jual ni.Makan sendiri lah orang katakan.

Then dapat rezeki sambung belajar dekat Matrik. Lepas tu datang lah idea nak test market tok jual topup ni,.. sekali hambikkk kate kauuu SATU BLOK cari aku nak topup. Sampai tak menang tangan la sebab aku jual topup  secara EASYRELOAD. Kalau aku tak de kat bilik, (mungkin pergi kelas or library), diorang akan letak no.tel yang nak topup tu PLUS dengan duit sekali. Bila balik-balik bilik je memang BANYAK gila duit atas meja aku kowt... Tapi aku tabik dekat roomate dan customer-customer aku yang letak duit dekat situ, memang diorang jujur. Tak amik duit yang memang dah ada dekat situ. Tabik springgg!!

Aku jual topup ni tak de limit masa. Sampaikan dah nak tutup mata pun ada yang kejut nak topup.Bak kata orang, rezeki jangan ditolak kann.

Dalam 3 hari tu, total TOPUP yang TERJUAL lebih kurang dalam RM300-RM500 jugak lah. Ini serius! Kalau waktu elaun masuk, JUALAN TOPUP yang terjual tu mahunya jadi hampir dua kali ganda!Maklumlah topup ni bagi aku satu keperluan kowt untuk student-student macam kita-kita ni. Untung? Memanglah untung..alhamdulilah..

Sampailah aku ke sem 4, waktu dah nak final exam tu.. aku amik keputusan untuk STOP JUAL TOPUP,sebab sangat ramai nak topup.Perkataan SANGAT RAMAI tu bagi aku cukup kowt untuk mengambarkan betapa aku sangat diperlukan dan FOFULAR nya waktu mereka nak topup kan(okay perasan!)

Then bila aku stop tu, ramai jugak lah yang rasa "susah" sebab nak KENE KE KAFE lagi, lepas tu kafe CAS TIGE POSEN kowt untuk setiap kad topup tu, BAZIR MASA lagi. Kalau hujan, dah tak dapat nak topup. Tapi apakan daya, sebab terlalu ramai yang nak topup. sampai aku tak de masa nak dengan diri sendiri bukan bermakna aku tolak rezeki. Tapi aku rasa cukuplah dengan PROFIT yang aku dah terima untuk sem-sem sebelum tu kan. Nak "pencen" sekejap.



Kalau tanya aku, untung ke tak untung jual topup ni..Haruslah aku jawab untung! Sebab:-

1. Kita dapat ramai kawan waktu berurusan jual beli topup tu

2.Dapat jimat masa, tak payah jalan/naik kete nak pergi kedai untuk topup

3.Dapat topup waktu-waktu emergency


4.Dapat beli topup dengan harga murah!!

4.dan yang penting DAPAT TAMBAH DUIT POKET!!

5. Dapat topup FREE je. Tak perlu nak beli topup

Apa yang paling mengembirakan aku ialah aku dapat beli apa-apa je barang yang aku nak. Tak de lah sampai ke iPhone 5 KAN... tapi kalau setakat Blackberry, baju, beg.. boleh la :)  Dari hasil jual topup je 




So, pada yang berminat nak JADI TAUKE TOPUP (macam aku) BOLEH! Korang tak wajib pown nak KENE jual topup, guna sendiri pown untung kowt..

Pada yang berminat tu, boleh PM aku dekat FB..(KLIK SINI)

 Sekarang ni tengah buat PROMOSI UNTUK 50 ORANG YANG TERAWAL


Dan korang jangan risau tentang cara nak topup, tambah modal dll.. 
CIK IERA TOPUP akan guide sampai korang faham PLUS full tutorial akan diberikan lepas mendaftar okay!




11 comments:

ezyra taharin said...

murah rezeki awk..hehe..btw sye de dgr cte yg jual topup nie tak untung sbb kte bli topup uwh rm5,jual kat org len pon rm5 jugak.tak balik modal kata nye,,tah la sye tak minat berniaga hehe :)

Cik Tanpa Nama said...

@ezyra daniel>>> tak la..kalau macam tu tak untung lah dear... kalau yang saya join ni...even jual topup RM3 pun untung jugak sebab kita BELI dgn harga RM2 something saje :)

mungkin yang awak cakap tu company lain kowt:)

syhrh said...

wahhh. kemain lagiii berbisnes ea. banyak juga kat fb cari ejen topap. interested juga tapi busy lha. diri sendiri pun susah nak hadle. tak tahu nak divide masa macam mana kan (: but good entry macam mana pun. >_<

syhrh said...

wak. nak pm fb tapi tak bolehhh. pm saya kat blogg..

Cik Tanpa Nama said...

@syahira adisa>>> saya dah add awak dekat fb :)

fatin aziz said...

wow jutawan top up ni..hehe..bussines top up mmg untung tapi tu la x larat nak handle bila ramai sangat sbb tu sya kurang minat sikit bab top up tambah2 bila dkat final busy dgn assignment waktu tu jugaklah customer pun busy cari top up.. :P

ChentaAmoiChantek said...

Pblh whtspp saya x psl bianes topup ni. 0138709980

Anonymous said...

Salam. semua keuntungan tu boleh dapat balik ke?
Cth: orang beli kita rm10 then harga diskaun rm9.50 je. then ada balance rm0.50. so, kalau sebulan misalnya dapat keuntungan rm250. so, keuntungan rm250 tu kita dapat balik tak? macam dalam bentuk wang or dorang bank in kita ? ke pihak dorang yg dapat?

Unknown said...

berminat nak jadi master topup. utk semua talian. bantuan modal hingga Rm10,500 di beri secara berperingkat tanpa byaran balik.
🔹jika taknak jual topup Rm10,500 bole cash kan
🔹keuntungan lumayan
topup
Rm10 untung Rm1
Rm30 untung Rm3
Rm50 untung Rm5
Rm100 untung Rm10
Watsapp nm 0163527036

Calrase Patrick said...

Terbaik murah rezeki tu

Boleh baca juga artikel saya 4 Sebab Bisnes Jual Topup Itu Menguntungkan

Amir Azman said...

Perkongsian yang menarik. Saya juga ada pengalaman dalam menjalankan perniagaaan topup.

Ada juga disediakan aplikasi Topup Niaga, boleh download secara percuma di Google Playstore.