Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

16 Jul 2013

Degree student wanna be..


Assalamualaikum

Lama rasanya tak update blog ni semenjak habis Matrik hari tu. Pagi ni rasa payah je nak tidur. Hati rasa gundah gulana gara-gara tak lama lagi nak sambung Degree. Memanglah pada dasarnya aku happy sangat-sangat tapi mengenangkan jauhnya tempat belajar tu. Allahh.... PLUS kos yang dapat tu boleh dikatakan 90% math.. Tapi macam mana pun ALLAH DAH PILIH AKU UNTUK KOS NI. Dan Dia tahu yang terbaik untuk aku. Aku akan cuba jugak. InsyaAllah

Memandangkan ni pertama kali aku bakal berjauhan dengan keluarga, memang payah jugaklah. Dari MELAKA ke KEDAH!! 4 tahun pulak tu. Memang aku tak pernah nak pamerkan kerisauan aku dekat parents, aku cuba selindungkan. Aku tak nak lah ibu dengan ayah risau pulak nanti. Walaupun lepas je tahu result hari tu rasa nak terduduk jugak sebab jauh PLUS kos yang aku dapat. Tapi aku still senyum depan ibu ayah.


Alhamdulilah penat lelah bersama cikgu dan kawan-kawan di Matrik membuahkan hasil. Terima kasih semua


Dan kalau ada senior-senior yang nak share tentang kos yang saya dapat ni boleh la share ye.. 

Ni preparation dah mula buat sikit-sikit. Barang-barang pun tengah listkan nak beli dan nak bawa apa. Kalau sapa-sapa tahu apa yang perlu dan penting dibawa boleh lah share ye


Setelah hampir lima bulan aku tamat Matrik, aku memang tak kerja melainkan just buat bisnes online (TAUKE TOPUP). So, memang dikatakan hampir 24jam berkepit dengan family. Macam mana lah nanti. Kalau boleh aku tak nak langsung tunjukkan kerisauan aku depan ibu ayah.

Sayu pulak rasa hati time tulis entry ni..

"IBU,AYAH... doakan kakak dekat sana nanti ye. Kakak memang kalau boleh nak dekat-dekat je. Tapi dah ditakdirkan kakak belajar dekat sana. Doakan kakak berjaya ye.Kakak sayang ibu dengan ayah"



HOPE I'M GONNA BE STRONG


10 comments:

syakirah samat said...

tahniah dear :)

Cik Tanpa Nama said...

tq dear

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

selamat menuntut ilmu

mAy Lee said...

most people would say.. try and go for it.. yeah.. it's the wise thing to do.. though.. i wanna recommend something else.. before u do that.. really.. think deep of what you really wanna do.. and what you wanna be.. yeah, you can try.. try to adapt to the course that you've got.. give it a shot.. and see how well you can do.. then please decide if its really what you wanna do.. because.. yes.. everyone can study hard on anything.. but at the end of it.. what you really want.. what your heart's longing is what's matter most.. :)
p/s : be nice to people.. but don't let them used u.. there are lots of selfish person in university.. Find someone that suits you to be your friend.. and choose wise.. n.. jgn lupa bawak baldi, toothbrush, toiletries lah senang cyte.. n clothes.. :)
anyway.. good luck dear.. :)

Zahid Farhan said...

TahNIAH~ hebat wooo~

Razil Tahir said...

Congratz!
Yang penting, jangan lupa diri.
Then try to adapt as soon as possible. Jangan culture shock sampai hilang hala tuju.
Try hard n smart.
Good luck!! XD

☺MADiDEYHA☺ said...

hey awak ! sy dpt uum jugak ! :D
btw, tahniah yee ! ^_^

fatin aziz said...

tahniaah dear..dont worry awal2 je..lama2 best la..fatin pun mcm tu jugak mula2..skrg dah habis tahun 1 nak masuk tahun 2. percayalah bila dah masuk kelas nanti kita akan rasa satu sem cepat je habis..setahun tu mcm sekelip mata je.. :D

SiGadis Yuyu said...

nice info dear!

Nissa Jalaluddin said...

hai dik! tahniah..and TIPS: first semester jgn main sgt.Shoot pointer tinggi2 sebab bila first pointer dh tinggi, InsyaAllah boleh maintain glowing! =). Kalo tarik pun, susah nak jatuh teruk..
all the best ok!

kalau rajin mehler singgah
http://nissajalaluddin.blogspot.com/2013/07/baby-tisya.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...