Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

21 Sep 2014

Putus Tunang.

   
Allah sebaik-baik perancang. Aku syukur


Sekarang aku cuba tersenyum. Aku cuba mencari asbab untuk aku sentiasa tersenyum. Aku cuba memBusykan diri. Aku cuba segala macam perkara.. aku tahu aku kuat. Ye! Aku memang kuat.

Kalau dulu aku cuma sepintas lalu memandang kata-kata, "MENANGIS DALAM HATI TIADA SIAPA YANG TAHU" tapi sekarang aku yang rasai. Aku faham kata-kata tersebut bukan mudah untuk ditempuhi.

Aku gelak, Aku gembira. Aku happy diluar. Dalam hati tiada siapa tahu. Tiada henti tangisan ini.
Bukanlah aku orang yang menunjukkan kesedihan kepada orang lain.


5 Tahun. Dari kami nobody, sehingga kini kami kini masing-masing Somebody, Tiada hujan, tiada ribut, tiba-tiba pop! Nothing between us.

SAYANG

Siapa yang tak sayang dengan satu hubungan yang  dibina sekian lama. Keluarga masing-masing sudah kenal. Persediaan ke arah yang lebih serius memang ada. Akaun bank bersama yang didaftarkan atas nama aku, duit untuk majlis hampir 50% sudah ada, Dia menyimpan sejak kami tamat SPM sehingga Degree,  Kami hanya menanti waktu yang sesuai memandangkan masing-masing masih dimenara gading.  Mana mungkin aku persia kan sebuah hubungan bagi aku terbaik. Tapi aku tahu Allah sebaik-baik perancang. DIA BUKAN JODOH

SALAH SIAPA

Kami berkawan dengan baik. Pergi pun dengan baik. Aku percaya, kami memang tiada jodoh. Allah sebaik-baik perancang. Tiada yang digaduhkan, tiada yang dicemburukan. Tiada apa-apa. Hanya tiada jodoh.

Bila aku ceritakan pada beberapa rakan baik, rata-rata cuba menacari punca antara kami. Orang ketiga ke? Perampas ke? Curang ke?

Aku berani katakan tiada apa. Cuma tiada jodoh. Allah yang hadirkan rasa sayang, Allah juga boleh tarik semula perasaan itu antara manusia.


PENAT

Allah sebaik-baik perancang.  Aku penat dengan semua ini. Aku terlalu penat untuk sayang seseorang yang akhirnya bukan "dipinjamkan" untuk aku kerana bukan jodohku. Aku penat . Aku terlalu penat untuk mengukir senyuman sedangkan hati memangis.

Aku terlalu berharap agar JODOH AKU DIPERCEPATKAN DAN DIPERMUDAHKAN in sha Allah.

Mengharapkan insan yang hadir dalam hidup ini selepas ini, adalah yang tak mempermainkan hati dan perasaan. Dan biarlah dia Jodohku jika bukan. jangan singgaj di hati ini.

Biarlah cinta ini hanya untuk insan yang bergelar suami.


INFO :Konsep tunang dalam islam, Andai lelaki telah menyatakan hasrat untuk memperisterikan seseorang, dan wanita tersebut menerima TAMBAHAN lelaki tersebut telah berjumpa ibu bapa memberitahu hasratnya . Itu sudah dianggap bertunang dalam Islam. Mengikut adat, perlu majlis, cincin dan sebagainya








4 comments:

fatin aziz said...

moga2 kita semua mendapatkan jodoh yang baik2 dah pasangan yang tepat hingga ke syurga..amin..

fatin aziz said...

moga2 kita semua mendapatkan jodoh yang baik2 dah pasangan yang tepat hingga ke syurga..amin..

Anonymous said...

Ya Allah jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu..
manusia merancang, Allah merancang tetapi Allah sebaik2 perancang..
just go with the flow sayang. ada permulaan dan akan ada pengakhiran nya..
be strong ..

Busyra Bt Takiyudin said...

sabar ye. ada jodoh lain yang menanti