Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

15 Sep 2013

Aku sebagai mahasiswi :)


Assalamualaikum

Ini first entry aku setelah bergelar Mahasiswi Universiti Utara Malaysia . Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Kami sekeluarga bertolak dari Melaka ke Kedah seawal 31 OGOS 2013. Hari Merdeka okey! Seriously masa nak pergi tu baru aku nak packing2 baju then malam dah gerak. Then, transit ke Selangor, then Perlis, baru ke Kedah

First2 masa nampak pintu gerbang UUM tu aku rasa bangga jugak sebab mampu capai salah satu azam aku untuk Ibu dan Ayah nak jejakkan kaki ke menara gading. Alahamdulillah Allah permudahkan segalanya. Selesai pendaftaran, ibu ayah balik. But, Imma kinda strong gurl okey. Tak de nangis2 lagi macam zaman matrik dulu. Hhuhu. Sebab apa tau. Sebab aku rasa, "Ya Allah, Allah dah pilih aku untuk berada sampai tahap ni tak kan aku nak merungut, menyesal dengan apa takdir aku. Thank Allah!"

Minggu Orientasi

Serious talk, minggu ni teramat-amat letih dan memenatkan. Tapi BEST la sebab senior-senior semua okey. Sangat baik. Kene tidur pukul 2-3pagi tu biasa la masa orientasi. Then yang paling tak boleh lupa tu, first time aku rasa aku tidur sambil berjalan. Malam tu kitorang balik agak lewat la jugak sebab habis program lambat, then pukul 4.30-5.00pagi macam tu dah kene bangun untuk ke Masjid. Memang macam orang mabuk serious aku cakap. Kekiri, kekanan aku jalan. Nak bukak mata tu memang tak boleh. Sedar2 dah sampai masjid. See, nampak tak kemengantukkan tahap maksima tu macam mana.

       
   Tarian Melayu

Masih lagi dalam minggu orientasi, aku entah macam mana aku berminat pulak 'masuk"  wakil DPP MAS (dewan penginapan pelajar-kalau U lain panggil kolej). DPP kami perlu buat persembahan Tarian Melayu Asli (tajuk lagu tu aku tak sure.."Dia datang~dengan lenggang-lengguknya)  Walaupun aku ni memang sememangnya kayu, tapi jalaaannnn :)



Sesi bergambar bersama sifu (tongga3) 
Sesi latihan terakhir 




Geng-geng menari

Gambar malam tu, tak sempat nak bluetooth :( 


Banyak lagi yang untuk dibebelkan, tapi masa dah time, need to logout dulu! Apa-apa pun just nak pesan kat kawan-kawan dan diri sendiri, Bersyukur dan berbanggalah kita sebab Allah dah pilih kita untuk berada di sini (Universiti) dan InsyaALLAH cuba buktikan yang terbaik untuk Ibu dan ayah,

IBU,AYAH, kakak sayang ibu ayah!! :) Love you!



3 comments:

Najiha Sabri said...

Tahniah dapat masuk UUM. Hehe. Kat USM kitorang panggil desasiswa instead of kolej. Hihi.

No more homesick tau sbb dah besa. Muehehe ^^

Cik Tanpa Nama said...

THANKS dear :) heeee memang tak nanges2 dah :) yeke,,, baru tahu USM panggil deasiswa :) new info

ummu umar said...

dah sbulan kat UUM, hope smua baik belaka, jom singgah blog akak :)

http://www.rashidahjuhari.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...