Followers
AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.
Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO
Showing posts with label DEGREE STUDENT'S LIFE. Show all posts
Showing posts with label DEGREE STUDENT'S LIFE. Show all posts
28 Jan 2015
Booster hidup
Assalamualaikum.
Gelak sendiri aku baca blog aku. Dari zaman sekolah menengah, matrik, dan universiti. Itulah aku. Pengalaman hidup yang mungkin tak sama dengan insan lain.
Alhamdulilah. Aku nak rangkumkan hidup aku dalam semester lepas dalam blog ni. Biar jadi satu tulisan yang mampu aku baca di masa depan.
Semester tiga ni penunjuk arah tenggelam timbuknya hidup aku. Titik mula aku kenal diri sendiri. Aku kenal siapa aku. Aku tahu rupanya aku ni kuat, aku boleh berdiri sendiri.
Awal semester
Hidup aku goyah, Aku lost. Aku tak tahu mana tuju hidup aku. Satu perasaan yang aku tak dapat ungkap, bilamana perjalanan dari airport ke universiti, tiba-tiba air mata aku mengalir dengan sendiri. Dan aku tekad, itulah kali terakhir air mata ni mengalir. dan tak akan lagi selepas ni.
Motivasi diri
Sebenarnya untuk kau bangkitkan motivasi, tak perlu kau kehulu kehilir cari asbab kau untuk terus kedepan. Cukup kau ada impian dan matlamat yang kau ingin capai, Aku LETAKKAN IMPIAN AKU DEPAN MATA. Hari-hari aku pandang dan itulah motivasi aku setiap hari selain aim utama nak bahagiakan ibu dan ayah aku. Tiada yang lain dalam hidup ini selain menjadi HambaNya, aku hanya ingin berbakti dan terus buatkan ibu dan ayah tersenyum dengan aku.
PEMBANGKIT MOTIVASI
Berkawan tanpa bertemu dua mata dan tanpa suara dengan seseorang dan kau dapat aura serta semangat dari nilai persahabatan yang kau tak pernah fikirkan itu satu perkara yang ajaib bagi aku. Semua berlaku ada hikmah. Itu yang aku percaya sehingga kini. Tak pernah aku dapat anjakan semangat ditahap infinity, tapi sebabkan satu cabaran, mungkin bukan cabaran, tapi aku yang terasa tercabar dengan kejayaan DEKAN dia buatkan aku terus di tahap maksima. Hampir 60% asbab aku BERDIRI SEMULA KERNA PAKCIK PEMBANGKIT MOTIVASI. Terima Kasih atas nilai persahabatan ini dan selalu hayunkan semangat motivasi dikala aku hampir jatuh dan terbuai mimpi.
Terima Kasih
15 Sept 2013
Aku sebagai mahasiswi :)
Assalamualaikum
Ini first entry aku setelah bergelar Mahasiswi Universiti Utara Malaysia . Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Kami sekeluarga bertolak dari Melaka ke Kedah seawal 31 OGOS 2013. Hari Merdeka okey! Seriously masa nak pergi tu baru aku nak packing2 baju then malam dah gerak. Then, transit ke Selangor, then Perlis, baru ke Kedah
First2 masa nampak pintu gerbang UUM tu aku rasa bangga jugak sebab mampu capai salah satu azam aku untuk Ibu dan Ayah nak jejakkan kaki ke menara gading. Alahamdulillah Allah permudahkan segalanya. Selesai pendaftaran, ibu ayah balik. But, Imma kinda strong gurl okey. Tak de nangis2 lagi macam zaman matrik dulu. Hhuhu. Sebab apa tau. Sebab aku rasa, "Ya Allah, Allah dah pilih aku untuk berada sampai tahap ni tak kan aku nak merungut, menyesal dengan apa takdir aku. Thank Allah!"
Minggu Orientasi
Serious talk, minggu ni teramat-amat letih dan memenatkan. Tapi BEST la sebab senior-senior semua okey. Sangat baik. Kene tidur pukul 2-3pagi tu biasa la masa orientasi. Then yang paling tak boleh lupa tu, first time aku rasa aku tidur sambil berjalan. Malam tu kitorang balik agak lewat la jugak sebab habis program lambat, then pukul 4.30-5.00pagi macam tu dah kene bangun untuk ke Masjid. Memang macam orang mabuk serious aku cakap. Kekiri, kekanan aku jalan. Nak bukak mata tu memang tak boleh. Sedar2 dah sampai masjid. See, nampak tak kemengantukkan tahap maksima tu macam mana.
Tarian Melayu
Masih lagi dalam minggu orientasi, aku entah macam mana aku berminat pulak 'masuk" wakil DPP MAS (dewan penginapan pelajar-kalau U lain panggil kolej). DPP kami perlu buat persembahan Tarian Melayu Asli (tajuk lagu tu aku tak sure.."Dia datang~dengan lenggang-lengguknya) Walaupun aku ni memang sememangnya kayu, tapi jalaaannnn :)
Sesi bergambar bersama sifu (tongga3)
Sesi latihan terakhir
Geng-geng menari
Gambar malam tu, tak sempat nak bluetooth :(
Banyak lagi yang untuk dibebelkan, tapi masa dah time, need to logout dulu! Apa-apa pun just nak pesan kat kawan-kawan dan diri sendiri, Bersyukur dan berbanggalah kita sebab Allah dah pilih kita untuk berada di sini (Universiti) dan InsyaALLAH cuba buktikan yang terbaik untuk Ibu dan ayah,
IBU,AYAH, kakak sayang ibu ayah!! :) Love you!

Subscribe to:
Posts (Atom)