Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

28 Jan 2015

Booster hidup


Assalamualaikum.

Gelak sendiri aku baca blog aku. Dari zaman sekolah menengah, matrik, dan universiti. Itulah aku. Pengalaman hidup yang mungkin tak sama dengan insan lain.

Alhamdulilah. Aku nak rangkumkan hidup aku dalam semester lepas dalam blog ni. Biar jadi satu tulisan yang mampu aku baca di masa depan.

Semester tiga ni penunjuk arah tenggelam timbuknya hidup aku. Titik mula aku kenal diri sendiri. Aku kenal siapa aku. Aku  tahu rupanya aku ni kuat, aku boleh berdiri sendiri.

Awal semester

Hidup aku goyah, Aku lost. Aku tak tahu mana tuju hidup aku. Satu perasaan yang aku tak dapat ungkap, bilamana perjalanan dari airport ke universiti, tiba-tiba air mata aku mengalir dengan sendiri. Dan aku tekad, itulah kali terakhir air mata ni mengalir. dan tak akan lagi selepas ni.

Motivasi diri

Sebenarnya untuk kau bangkitkan motivasi, tak perlu kau  kehulu kehilir cari asbab kau untuk terus kedepan. Cukup kau ada impian dan matlamat yang kau ingin capai, Aku LETAKKAN IMPIAN AKU DEPAN MATA. Hari-hari aku pandang dan itulah motivasi aku setiap hari selain aim utama nak bahagiakan ibu dan ayah aku. Tiada yang lain dalam hidup ini selain menjadi HambaNya, aku hanya ingin berbakti dan terus buatkan ibu dan ayah tersenyum dengan aku.

PEMBANGKIT MOTIVASI

Berkawan tanpa bertemu dua mata dan tanpa suara dengan seseorang dan kau dapat aura serta semangat dari nilai persahabatan yang kau tak pernah fikirkan itu satu perkara yang ajaib bagi aku. Semua berlaku ada hikmah. Itu yang aku percaya sehingga kini. Tak pernah aku dapat anjakan semangat ditahap infinity, tapi sebabkan satu cabaran, mungkin bukan cabaran, tapi aku yang terasa tercabar dengan kejayaan DEKAN dia buatkan aku terus di tahap maksima.  Hampir 60% asbab aku BERDIRI SEMULA KERNA PAKCIK PEMBANGKIT MOTIVASI. Terima Kasih atas nilai persahabatan ini dan selalu hayunkan semangat motivasi dikala aku hampir jatuh dan terbuai mimpi.

Terima Kasih






1 comment:

amanina nasuha said...

hye..selamat kenalan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...