Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

6 Feb 2015

Mata kelip-kelip sendiri

Assalamualaikum.

Lately ni mata aku ni asyik kelip-kelip sendiri je, Tak tahu kenapa. Kelip-kelip dengan sendiri nya tanpa dipinta. cewah. Aku pelik jugak. Kalau sekali dua tu boleh dimaafkan lagi, Kalau dah dalam seminggu tu, macam 2hari sekali, itu pelik.

Scientific Explaination

Mata kelip-kelip sendiri (macam princess) ni, bukan lah satu perkara yang pelik. Dalam kajian sains pun dah ada kajian tentang pergerakkan otot bahagian mata atas dan kadang-kadang bahagian mata bawah yang di panggil EYELID MYOKYMIA.



Punca Mata Berkedip

Antara yang menjadi punca mata berkelip-kelip ni antaranya ialah:-

*Stress (Aku rasa aku tak de stress sangat, Sebab tengah cuti sem)
*Pengambilan kaffein berlebihan ( ini lagilah, sebab aku memang tak ambil kaffein langsung)
*Fatique (pun rasanya tidak)
*Kurang tidur (Tidur rasa cukup je, maklumlah cuti. kah!)
*Dipression ( Tak de. as mention, tengah cuti dan tak de apa yang nak difikirkan)
*Kerisauan yang terlalu tinggi (ye? Tak kot)
*Personaliti seseorang (Yang ni aku tak faham macam mana)

Jadi kesimpulan nya, aku masih tak tahu lagi kenapa dok berkedip-kedip je minggu ni. Ada orang kata, sebab someone rindu. Hoi, siapa nak rindu aku? sebab aku sekarang tengah bercuti, dan family semua kat sini. Haha. *kelipkelipmata

ok bye-bye. :)

04.02.2015 Kawan yang first day intern, aku yang teruja tak habis-habis. Nak cepat-cepat habis belajar, kerja dan build my own family till jannah in sha Allah :)

1 comment:

Nooriah Abdullah said...

singgah follow CTN disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...