Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

12 Jun 2015

TIPS agar orang bayar hutang kita


Assalamualaikum

Hari ni aku nak stori sikit bab hutang.



Kebiasaanya, orang kalau nak pinjam atau berhutang janji mulut super duper manis. Bayar tepat pada masa, dont worry , jangan risau dan segala kata manis ditujukan pada peminjam hutang. Kalau boleh nak definisi, lagi manis daripada gula segala janji.

Instead of that, aku bukan apa. Maybe some of MY WEAKNESS ialah tak mampu nak tengok orang lain ada masalah and I'm willing to help them. But at the end of story, bila aku mintak hutang balik (kes lama sangat tak bayar-bayar), then they JUST KEEP SILENT.

Masa tu rasa syahdunya Ya Allah.. macam aku pulak yang berhutang dengan dia.

dan lagi PILU, bilamana dah SEEN, but tak reply.


So, kalau ini berlaku pada korang, macam apa yang aku sedang alami.Pertama, kuncinya ialah SABAR

Dan korang tune mind set korang, kemungkinan yang berhutang dengan korang tu super duper busy sampai terlupa nak reply bila dah baca message korang tu. So, again, keep calm and just SABAR.

Kedua, ada DUA KAEDAH. but buat dua-dua pun ok aku rasa. 
Tiada yang Maha Menolong kecuali ALLAH. 


KAEDAH 1

Hendaklah dilakukan Solat Sunat Tahajud dahulu.

Selepas bacaan Surah Al-Fatihah pada raka’at Pertama dan Kedua bacalah :


1. Surah Al-Insyirah 3X ( Alam Nashrah )

2.Surah An-Nas 4X ( Qul a'u zubirabin nas )

3. Surah Al-Ikhlas 7X (Qul Huwallah hu ahad )

Selepas selesai solat hendaklah berzikir seberapa banyak yang boleh sambil berniat di dalam hati supaya dibukakan dan dilembutkan hati si anu untuk membayar hutang kita. Insyaallah jika diizinkan Allah cepatlah kita dapat menerimanya.

Zikir nya :

Allah Humma Inni, A’u zubikamin, Gholabatid daini, Wasyamatatil, Aqda’a 




KAEDAH 2

Petua supaya peminjam duit tu bayar hutang kepada kita; baca surah Yaasin. Pada setiap sebutan perkataan “mubin”, berhenti seketika dan berdoa sambil menyebut nama orang yang berhutang dengan kita tu. 

Setiap kali bacaan kita bertemu dengan perkataan “mubin”, maka kita akan berdoa sambil menyebut nama orang berkenaan.

Terdapat sebanyak 9 Kali sebutan perkataan “mubin” dalam surah Yaasin. Jadi kita akan berdoa sambil menyebut nama malaun yang liat nak bayar hutang dengan kita itu. 

Kepada rakan-rakan yang berhadapan dengan masalah kesukaran menuntut bayaran hutang, bolehlah mencuba cara ini. Jom ramai-ramai kita pakat cuba!

(Ustaz Kazim Elias)


in sha Allah. Semoga yang berhutang dengan aku dipermudahkan urusan dia untuk selesaikan hutang yang ada. Moga Allah permudahkan urusan dia
MOGA-MOGA. 
Amin 

2 comments:

Syazana Zainn said...

salam :)

kadang-kadang kite yang pemberi hutang
ni pula rasa segan nak minta hutang huhu

tapi kalau yang berhutang jenis okay bayar on time saya rasa tak ralat sangat

-xoxo-

hazz death said...

saja bagitau datang menyinggah blog ni... and tak nak bagi komen yang ada kaitan dengan post... hehhehehe... hai.. salam perkenalan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...