Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

21 Jun 2016

Tak semua girls suka surprise macam HAFIZ MAHAMAD


Minggu ni viral tentang Hafiz  Mahamad yang konon- konon sweet sebab sewa limosin and celebrate birthday his girlfriend.

Aku tak nak komen apa-apa based on hukum or what not.

Cumanya, from girl side (sebab aku perempuan kan) aku nak bagitahu, semua perempuan pun memang suka SURPRISE. But personally, aku lebih selesa kalau surprise tu just between you and your special one only. Tak payah the whole world tahu. Contoh macam kau dengan roomate kau nak bersweet-sweet, tak perlu upload sana sini, cukup MEMORY TU JUST BETWEEN TWO OF YOU. Tu lagi special aku rasa.

Dan surprise ni bukan nya berdasarkan nilai ringgit, means tak perlu mahal-mahal pun, when it comes to surprise, then semua orang pun sure akan happy. Yang penting masa together tu, bukan event, place, timing or else.Dan aku rasa membazir semua tu.  Ini bagi aku la. Lain orang, mungkin lain cara.



Sebabnya, if tujuan kau create that memory to expose dalam media social, aku rasa there will be not you. Kau akan jadi someone else yang lain, yang perfect, yang sempurna yang tiada cacat celanya. FAKE. Thats the word.



Entah. Aku tak berapa setuju dengan mereka-mereka yang kerap sangat upload gambar untuk tunjuk betapa mereka gembira dan teruja. Sebab aku ada risik-risik membe aku yang hardcore upload gambar setiap kali dia kemana-mana, dia kata, nampak je happy semua dalam gambar, habis capture gambar, semua main handphone masing-masing, dan upload and NO REAL CONVERSATION at all! Serious sedih.

So, rasanya sebaiknya kita bersederhana lah dalam menunjukkan kegembiraan depan orang ramai. Takut-takut ada yang doakan yang tak baik untuk kita. Takut-takut je.

But, as I said earlier, semua perempuan pun memang suka surprise, but jangan menunjuk sangat kebahagian tu. Keep it secret and special untuk kau dengan kawan baik kau.

So, agios, Salam terakhir untuk semester ini,
From bilik A116 :)





1 comment:

Mysara Ab Rahman said...

Tak tgok pn video ni n asalnya xtau pape. Tau2 dh viral

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...