Assalamualaikum, salam Sabtu!
Alhamdulilah.. alhamdulilah.. alhamdulilah.. Rezeki yang Allah bagi tak pernah tersilap alamat atau tercepat mahupun terlambat pada merekayang berusaha.
Well, aku mula start berniaga ni since tadika lagi seingat aku. Beli sticker yang besar A4 yang ada macam-macam saiz, then aku jual by pcs. Harga standard dak-dak tadika la masa tu seposen, doploh sen, untuk yang besar gedabak dalam patploh sen. Kawan-kawan berebut beli masa tu. hehe. Diorang beli, tampal dekat beg la, meja la. HAHAHA dan esok, diorang beli lagi dan lagi.
Okay, back to topic, bila masuk sekolah menengah, Aku mula aktif balik berniaga. Semuanya secara tak sengaja, ni disebabkan kantin sekolah masa tu tender dia macam so-so je dia masak. So, kebanyakkan kawan-kawan aku memang tak makan sebab diorang nak tunggu masa balik, dan makan dekat Dewan Makan. Tapi, untuk aku yang bukan tinggal dekat asrama ni, mahu mereput aku kalau nak tunggu waktu balik baru nak makan, so, ibu hari-harilah bekalkan aku makanan.
Disebabkan kawan aku kebanyakkannya budak asrama, kesian pulak diorang tak makan, makanya aku share la. Dari share tu, mungkin diorang segan agakknya. Diorang pun tempah la. Mintak ibu masakkan sekali untuk diorang. Ibu ok je. tak de masalah. Tapi diorang yang bayar, aku innocent, tolak duit tu, tapi lama-lama diorang paksa terima, so aku terima la.
Hari demi hari makin ramai pulak yang tempah, dalam kelasaku tu tak silap aku ada dalam 20 orang lebih student, around belas-belas orang jugak yang tempah, sampaikan aku pun pergi sekolah, ada satu beg khas untuk letak makanan diorang je.
Dari situ, bila kelas sebelah pun dah tahu, dan seluruh form dah tahu, aku decide tak amik order dah. Ibu masak, aku bawak, siapa cepat, dia dapat.Dari tolong masakkan nasi goreng je, sampai la bisnes makanan ni jadi macam makin serious sampaikan ada mee hoon, kue teow, roti john, kacang sambal dan lain-lain.Semua ni aku jual sehinggit je satu.
Aku akan bawak satu beg jinjit tu, full of makanan, dan waktu rehat, diorang akan kerumun la beg aku tu nak beli makanan. Bila habis waktu rehat, aku balik, beg tu tadi dah penuh dengan duit je. Pandai la diorang bayar dan amik baki sendiri. Dan amazingnnya tak pernah berkurang pulak tu. Kalau satu hari tu aku bawak dalam 30 ke 45 bungkus, memang cukup semua duit tu. Alhamdulilah.
But, sampai la ke hari ni, aku dah umur 23tahun, ayah TAK PERNAH tahu yang aku berniaga masa sekolah. sebab if ayah tahu, ayah tak berapa suka, sebab ayah kata, "pergi sekolah untuk belajar SAHAJA bukan buat benda-benda lain" And I keep this secret lama dah, sampai la ke hari ini. But alhamdulilah, bagi aku berniaga ni kalau minat, tak kan ganggu sikit pun masa kau.
Nanti aku sambung bebel bisnes yang aku buat lepas habis sekolah menengah. And, yes, lepas habis sekolah menengah aku TOTALLY focus pada bisnes dan tak ada masa pada diri sendiri.
Till then,
see ya!
No comments:
Post a Comment