Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

7 Nov 2016

Kenangan dalam bilik


Heyyo!

Hari ni tak tahu kenapa tapi aku rasa sepanjang hari ni aku rasa macam sayu je. And aku rasa macam ya Allah, nak habis dah aku belajar (in sha Allah) 

Dan tempat yang paling aku akan rindu ialah bilik aku sendiri. Hahaha. 
Dalam bilik ni la aku banyak spend masa, merenung masa depan, plan itu ini, nangis, gelak, stress. 

So far, sepanjang masa belajar dekat sini, aku dah pindah-pindah bilik almost 5-6kali dah. Which is setiap sem bilik lain.



Dannnn mempersembahkannn KATIL BUJANG..... 

Hahaha nampak kosong, tapi benda wajib yang ada sebelah aku kalau tidur :-

  • Air sebotol penuh.
    Dan kalau tak penuh, aku akan penuhkan jugak, padahal bukan nya nakminum sebotol pun masa tidur. Entah, memang suka minum air, dan kadang bangun, minum air, sambung tidur.haha
  • Minyak cap kapak / Freshcare /minyak yang berangin
    Kedengaran macam orang tua kan aku ni. Tapi tak tahulah. Dah macam habit. Aku kene ada minyak kapak/ freshcare dekat tempat tidur, wajib, Bukan apa, kalau macam nyamuk, aku sambil tutup mata, sapu minyak, sambung tidur. tak payah aku nak garu-garu, dan menganggu konsentrasi aku waktu lena.Hahaha

    Tapi serious, kalau minyak kapak/ freshcare aku ni hilang, aku sanggup p beli lain, aku tak suka kalau benda ni tak ada. Dan akan bawak kemana-mana pun, even tak guna.

    Oh, lagi satu, aku ni alah pada benda-benda busukkk dan akan cepat rasa nak muntah. So, daripada orang terasa (kalau yang busuk tu orang la kan) aku akan cepat-cepat sapu dekat hidung minyak ni dan bau ni je. haha

  • Earphone

    Ini pun kategori wajib ada disisi sebelum tidoq.
  • KIPASSSSSS
    Ini memang wajibbbb ada kalau tak ada, aku sanggup tidur dekat lantai. sebab aku memang dari kecik ayah ajar kot, tak berpanas, which mean, masa kecik-kecik, kalau pergi mana-mana memang ayah akan carry kipas khas untuk aku. So kalau balik kampung ke, aku tak dela panas-panas. hehe bukan manja, Anak ayah kot. hehe






Dan perkara yang aku paling suka buat kalau ada masa lapang, and actually, kadang-kadang tu tak lapang mana pun masa, tapi aku rasa therapy aku untuk release stress ialah dengan MENGEMAS.

Yes, aku suka mengemas, tapi aku bukanlah neat person sangat, but aku paling takde mood kalau tempat aku, bersepah sana sini dengan barang-barang. Tapi, kalau minggu tu, minggu serabut plus banyak kerja, maka akan nampak la ke-ber-sepah-an bilik aku. 

Semakin bersepah bilik, semakin banyak la kerja yang sedang cuba disiapkan 
hypothesis accepeted!

Dannn.. tadaaaa... ini live, aku amik gambar almari aku sekarang ni ha. Hahaha. 


Kan aku dah kata, aku tak la kemas sangat. Biasa-biasa je. 

Dan ini gambar barang-barang aku masa last semseter ni. Ini pun dah half baju aku bawak balik. Tinggal ni je plus yang dalam bakul laundry yang tunggu giliran untuk dibasuh. Hahaha. 

SELUAR SECTION
(Sukati aku je ayat..haha)

Untuk yang paling atas, belah kanan tu aku susun seluar je situ. Tinggi sikit, sebab seluar tak payah nak fikir sangat untuk pakai. Ada yang tu je kan. hehe

POWDER SECTION

Bawah dia pulak aku letak vitamin, powder, lipstik, comb, bla-bla semua benda tu. Sebab bila aku berdiri dekat almari tu, itu memang paras muka aku. So nampak terus, senang!

T-SHIRT SECTION 

Dan bawah pada powder section tu, aku letak baju aku yang tak seberapa helai je tinggal tu. Kene bongkok2 sikit untuk pilih dan fikir nak pakai baju warna apa biarpun sekadar nak pakai dalam bilik je pun. Sebabnya, entah, setiap baju tu feel dia lain kan kalau pakai. Bagi aku laa..Kalau rasa nak lawa-lawa sikit dalam bilik, pakai dress, kalau tak, pakai biasa-biasa je. Perempuan... 

STORE SECTION
(pun bolehhh. haha)

Dan yang paling bawah lagi, aku letak bedsheet, sweater, towel dekat situ. untuk yang jarang-jarang nak gunakan. So, section tu paling jarang la aku terjah. Seminggu sekali la kot itupun sebab nak tukar bedsheet, dan sekali lagi, fikir, nak pakai bedesheet apa pulak untuk minggu tu. HAHA

UNIFORM SECTION

Seterusnya, side sebelah kiri tu pulak baju kurung plus tudung-tudung dan handbag aku letak situ diam-diam. Yang paling depan tu, semua bawal dan belakang dia shawl. Shawl tu memang banyak, tapi entah bila nak pakai tak tahu la.

DERMA TUDUNG 

 Ada fikir nak derma. Mungkin habis sem ni mungkin. Dan bawal bidang 45 aku pun banyak , pun fikir nak derma, tapi tak tahu la dekat mana. Aku pernah tanya nakhantar untuk mangsa banjir masa banjir tahun lepas tak silap. tapi depa takmau tudung bawal, nak tudung instant, hurmm mana la aku ada. Aku simpan je la balik lepas tu, nak pakai, umm tak rasa nak pakai dah, sebab aku sekarang pakai bidang besar siikit dari 45. Siapa-siapa nak nanti, boleh la roger, Sebab aku tak nak la kalau aku bagi sesuka hati dekat orang, tapi nanti orang tak hargai walaupun yela, tak dela tudung jenis mahal-mahal, tapi kalau kita bagi, dan akhirnya tak diguna, keciwa. ahaha


So, agios. SEKIAN. 

Aku dalam usaha habiskan kuota cakap aku hari ni. hehe 



2 comments:

Busyra Takiyudin said...

arghh. sy pun rindu bilik dan roomate sy. huhu. memori kan!

Cik Tanpa Nama said...

hahaha rindu kan awakk