Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

6 Nov 2016

Trip budget to Penang

Heyyo!

Pagi ni (3.33am) aku nak share tentang trip aku pi Penang hari tu masa cuti sem.

BUKIT BENDERA

Gerak pagi buta jam 5 pagi heading terus ke Bukit Bendera semata-mata nak dapatkan harga tiket murahhh. RM3 pergi-balik.


Tapi promotion ni available dari jam 6.30am - 9.00am.

Pagi-pagi naik bukit Bendera ni okay la. Orang pun tak ramai sangat, And tak panas sangat, But aku suggest kalau nak lagi seronok, naik  petang sikit. Masa tu redup-redup je, pandangan pun seronok. tak perlu kau melawan mata dengan pancaran matahari. haha

Masa kitroang pergi ni, mungkin awal sangat, bukan mungkin la. memang awal pun. Yela 8.30 dah sampai kat puncak sana, and atas tu kosong lagi which is orang yang niaga semua belum bukak.

Aku dah naik atas sana dua kali, masa first time naik tu petang, banyakla karikatur-karikatur yang lukis live tu sepanjang bukit bendera tu. Tapi naik pagi, semua tu tak de lagi.


BREAKFAST DI TRANSFER ROAD 

Masa nak ke transfer road ni, berpusing-pusing la jugak. Sebab waze hantar betul-betul ke "transfer road" which is belakang rumah orang. So, kalau nak set dekat waze, cari "transfer road famous stall", haaa baru dia betul-betul anta depan kedai. Kedai ni aku baca dekat blog-blog yang mana macam "wajib" pergi kalau p Penang.

So aku pun nak try la roti bakar leleh dia ni.

Haaa ni lah dia roti bakar leleh. Bagi aku, rasa dia ok2 la. Harga RM3.50 untuk sepinggan roti ni. Roti, dan dua biji telur yang bergoyang-goyang atas roti tu,Umm sebenarnya macam mahal bagi aku, tapi takpelah kawasan pelancongan kan. So, reasonalble la. 

By the way, pandangan aku tentang stall tu pulak, agak kotor sebab dia betul-betul tepi jalan yang memang sibuk, and sebenarnya tak berapa selesa la kalau untuk pelancong luar. Kalau kita pelancong tempatan yang biasa lepak mamak, mungkin okay la. SEBAB yang tukang jual tu pun mamak. hehe Dan pandangan aku, kalau nak bawak orang tua, yang dah berusia ni macam nenek-nenek mungkin tak berapa sesuai. Sebab kerusi dan meja dia agak limited.Dan kalau bawak budak-budak bawah umur, kau grip la tangan kaki dia, bahaya nanti depa p main tepi jalan.  Time aku pergi tu tak berapa ramai orang sangat PLUS bukan hari cuti, so okay la. 

PENANG STREET ART

So setelah isi perut dekat transfer road tadi, (masa ni, aku sorang je isi perut sebab membe aku jenis tak makan teluqq, dan roti bakaar tadi ada teluqq, so dia dok minum jela. haha) maka terus ke transfer road. 

Masa sampai dekat transfer road ni pukul 12.30pm, dan matahari memang betul-betul dah atas kepala. Dan jalan la sepanjang Penang street art tu mencari mural-mural dekat dinding. 

Dan kesannya, SUNBURN lah aku. 

Masa dekat sini, kitorang decide untuk jalan kaki, ada je servis sewa basikal dekat situ. Rateharga dia masa tu kalau tak silap aku RM25 masa aunty tu offer.

Jalan-jalan sepanjang jalan ni serious bosan kalau korang tak tahu apa yang korang nak cari. So, kitorang follow website ni http://bit.ly/2epBaVE actually bukan kitorang la, aku follow membe aku, dia yang baca kat web tu. 

So, banyak jugaklah mural yang kitang jumpa more than 15 la aku rasa. Dan tak la semua mural amik gambar, Sebab kitorang dah macam main pokemon go dah bila follow web tu tadi. And seronok bila jumpa lukisan-lukisan tutadi



Ni aku belanja satu gambar aku masa kat sana. Masa ni dah nak balik dah, And membe aku ni happy pulak nak deliery pau.. haha takde, gurau. 

So lepas pada jalan-jalan sini, kami p Padang kota lunch dan lepak chill kejap dekat Queensbay layan Dr Strange, animation cerita ni aku kagum betul, superb!


BAZAR BATU FERINGGHI


Masa kitorang sampai sini around pukul 11 malam. Ingatkan bazar ni baru nak bukak, tapi sampai-sampai je dah macam nak tutup. Bazar ni jual macam-macam jugak la. ala-ala uptown macam tu.Umm harga dia, aku ada usha, biasa je, Tak la murah sangat. So, kalau nak jadi pengguna bijak, pandai-pandailah nak tawar menawar ye.

Dsn bazar ni sangat-sangat panjang, dan disebabkan malam tu aku dah agak penat sebab berjalan dekat Penang Art street tu, aku jalan half je bazar ni, dan back to parking and Supper McD. HAHA.

Bazar ni sesuai la kot untuk depa yang suka shoping, macam aku, aku tak minat sangat shoping or jenis nampak dan nak terus beli. So, aku jalan biasa je. Entah, yang mana kenal aku, cakap aku pelik, dan kemungkinan tak ada gene perempuan, yang mana minat shoping. haha entah, aku cuma minat Window Shoping.

Kalau window shoping online pun,aku sekadar scroll2 sampai letih, dan dah siap! So itu pun terapi untuk aku, Dan kalau aku nak beli something, aku akan fikir dua tiga kali, dua tiga hari, kalau tak boleh nak move on jugak dari fikir benda tu, baru aku beli. kah3


STRAITS QUAY

Malam tu pullak kitang lepak dekat Straits Quay. Pantai dia malam tu tak berangin pulak. Statik je. So macam kureng feel.




So, ini jelah perjalanan budget ke Penang, Dan total perbelanjaan termasuk sewa kereta, minyak, bla-bla RM100 macam tu..

Seriously, ini one of trip jalan-jalan aku yang mungkin aku tak dapat lupa. Sebab aku masa ni betul-betul enjoy the moment. Entah bila lagi dapat trip macam ni dengan bestfriend kau kann.

So, agios,
Moga ada lagi jalan-jalan cenggini lagi.
Aku.seronok.

Thanks







No comments: