Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO
Showing posts with label MY WISHES. Show all posts
Showing posts with label MY WISHES. Show all posts

24 Dec 2012

Korea.. best sangat ke?


Annyeong Haseyo!

Now:::I'm watching We got Married Lee Teuk Version! Hahaha Aku ni honestly tak de lah minat mana korea. Macam lalang pown ada jugak aku ni. Kejap minat kejap tak minat. Haha. Lagi satu, aku ni sangat susah nak kenal actor or singer yang aku minat tu? Haha Tak faham? Disitu membawa maksud aku tak kenal pun muka dorang secara spesifik mahupun scientifik. Maknanya belum lagi sampai minat tahap dewa la kan. Bagi aku muka dorang macam look like je. 


Perkara yang selalu berlaku saat preview movie dengan membe.

 "eh, handsome la mamat ni"
 "Oh ni nama dia Bla bla bla"

 Lepas beberapa ketika membe aku tu tanya balik

 "Handsome tak mamat ni?" 
" Ummm tak pown"
 "Eh ni la mamat yang ko kata handsome tuh" 
"Ha? Errr yeke? " (blur)

Haha See!  Aku tak dapat bezakan pun. Kui3 

Kalau orang lain boleh habiskan movie korea tu dalam masa yang sangat sekejap. Pengalaman aku pulak, aku habiskan  cerita tu dalam masa dua sem. Lebih kurang 12 bulan atau lebih manis sekali dalam masa setahun. Padahal cerita yang aku tengok tu pun berlapuk dah. Orang lain dah dok delete dah dari lappy masing-masing. Tapi aku je yang still tak habis-habis lagi. Mungkin kekangan masa kowt yang membantutkan segala aktiviti. Mungkin?

Tapi apa yang aku kagum lah. Berdasarkan pemerhatian aku yang mana bukan peminat tegar pada korea ni, Korea sangat banyak benda-benda yang comel. Walaupun beberapa hari je lagi aku ni nak menjengah ke umur twenTEEN. Rasa macam aisssshhhh comel nye benda-benda tu semua. Rasa macam nak kembali ke zaman kanak-kanak ribena pun ada jugok! Tapi control..control.. haha

Hello Kitty Cafe, Seoul
Aku menyimpan azam dan cita-cita satu hari nanti aku nak ke Korea! Tak kira. Macam mana pun nak gi sana jugak! Target will be accomplished within 10 years. InsyaAllah :)

Teddy bear farm, Seoul 

p/s: Tu tempat-tempat target nak pergi. :)

17 Dec 2012

Baju Raya


Assalamualaikum,

Hahaha tak de angin tak de ribut. Tetiba mood raya datang menjelma dalam diri aku ni.

Setelah di Google search,, Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam tahun 2013 dijangkakan pada  8 Ogos 2013. Namun begitu tak lah dapat disahihkan lagi sebab kene la tengok baby moon dulu untuk kompem kan hari raya ni.

Sebulan berada dalam kotak purple ni,macam-macam pulak idea nak datang. Time cuti hari tu buntu sampai tak tahu nak buat apa. Ni bila dah "terkurung" macam-macam pulak rasa nak buat.

Sebulan sebelum masuk ke "kotak purple" ni aku  tempah baju kurung. Actually, tu baju kurung kelas. Means cadangnya kitorang nak pakai sama-samalah nanti. Apa yang aku rasa excited sangat dengan baju tu ialah aku design sendiri fashionnya. Dan bila dah siap tu, "wow! menjadi macam apa yang aku nak! :)" Walaupun design tu biasa-biasa je, tapi rasa bangga woo maklumlah design sendiri. Padahal tak de la gojez mana pown, Ye la sesuai la untuk dibawa ke kuliah dan sebagainya. Kalau liplap-liplap sangat kang segan pulok nok pakai. Ye dok? haha. Tapi tetap jugak excited nak pakai cuma sekarang ni dalam mood mencari tudung yang sesuai tok baju tu. Wink..wink

Masa dok tenung-tenung bukit belakang bilik aku ni, tetiba pulok dapat idea nak design baju raya tahun depan. Hahaha punya awal. Dengan adik aku sekali ni kank jadi mangsa fashion aku. Hahaha. Dah ready dah 4-5 design untuk baju raya tahun depan. Hihihi Ye la maklumlah. Sebelum ni pakai baju kurung polos je. Tak de liplap2 mahupun blink-blink. Tapi macam mana pun fashion, aurat tu perkara utama yang diutamakan insyaAllah :)

Baju kurung polos yang banyak dalam koleksi aku


p/s: Style ala-ala Baju Peplum ada dalam senarai design aku. Agak-agak keterlaluan tak kalau nak guna bawak g kuliah? Hahaha


14 Dec 2012

DSLR

Assalamualikum

Antara keperluan semasa sebagai pelajar IT mahupun pelajar biasa masa sesi pembelajaran di era teknologi ni ialah Pendrive. Pendrive ni kire penting jugak nak save nota2, segala assignment dan sebagainya. Tapi takde lah wajib SANGAT cuma mungkin cuma perlu ada.

Hari tu masa "mengembara" di kedai-kedai sekitar area kolej aku ni. Masuk lah kedai komputer ni. Dok usha-usha pendrive. Sebab sebelum ni aku ni tah berapa ribu kali beli pendrive semuanya lesap. Yela, Pendirve zaman sekarang ni kan makin kecik. Lagi kecik lagi nampak gah. Maka sekecik-kecik pendrive lah selalunya aku beli. But, at the end of the day, pendrive tu lesap tah kemana. Pergi tidak berkubur. Hahaha

Ada satu pendirve ni dah lama aku dok usha dalam internet. Nak beli belum nampak lagi depan mata. Walaupun pendrive ni sama je gupenye dengan yang lain-lain malahan ada je lagi yang lagi kiut, tapi aku dah terjatuh hati pulak dengan pendrive ni.


Masa mula-mula dapat bertentang mata dengan pendrive yang diidamk-idamkan ni rasa macam nak grab je terus. Selama dok tengok kat internet je. Tapi fulus dalam purse pulak mengatakan tidak. Tapi memang smartlah pendrive ni. 

Nak beli DSLR betul-betul tak mampu, pendrive bentuk DSLR pun jadilah. 







Bila lah dapat beli pendrive cam ni? Teringin sangat woo :(
Mood:: Saving..saving :)