Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

17 Dec 2012

Baju Raya


Assalamualaikum,

Hahaha tak de angin tak de ribut. Tetiba mood raya datang menjelma dalam diri aku ni.

Setelah di Google search,, Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam tahun 2013 dijangkakan pada  8 Ogos 2013. Namun begitu tak lah dapat disahihkan lagi sebab kene la tengok baby moon dulu untuk kompem kan hari raya ni.

Sebulan berada dalam kotak purple ni,macam-macam pulak idea nak datang. Time cuti hari tu buntu sampai tak tahu nak buat apa. Ni bila dah "terkurung" macam-macam pulak rasa nak buat.

Sebulan sebelum masuk ke "kotak purple" ni aku  tempah baju kurung. Actually, tu baju kurung kelas. Means cadangnya kitorang nak pakai sama-samalah nanti. Apa yang aku rasa excited sangat dengan baju tu ialah aku design sendiri fashionnya. Dan bila dah siap tu, "wow! menjadi macam apa yang aku nak! :)" Walaupun design tu biasa-biasa je, tapi rasa bangga woo maklumlah design sendiri. Padahal tak de la gojez mana pown, Ye la sesuai la untuk dibawa ke kuliah dan sebagainya. Kalau liplap-liplap sangat kang segan pulok nok pakai. Ye dok? haha. Tapi tetap jugak excited nak pakai cuma sekarang ni dalam mood mencari tudung yang sesuai tok baju tu. Wink..wink

Masa dok tenung-tenung bukit belakang bilik aku ni, tetiba pulok dapat idea nak design baju raya tahun depan. Hahaha punya awal. Dengan adik aku sekali ni kank jadi mangsa fashion aku. Hahaha. Dah ready dah 4-5 design untuk baju raya tahun depan. Hihihi Ye la maklumlah. Sebelum ni pakai baju kurung polos je. Tak de liplap2 mahupun blink-blink. Tapi macam mana pun fashion, aurat tu perkara utama yang diutamakan insyaAllah :)

Baju kurung polos yang banyak dalam koleksi aku


p/s: Style ala-ala Baju Peplum ada dalam senarai design aku. Agak-agak keterlaluan tak kalau nak guna bawak g kuliah? Hahaha


3 comments:

amira yusof said...

cepat nyer sis . 2012 pun belum ended lagi . huhu

✿INA AINAA✿ said...

ena pun rancang nak buat baju peplum tahun depan memandangkan baju ni tengah hot sekarang.. hehehehe

Cik Tanpa Nama said...

miera>>> hehe idea datang tak bagi salam. cm gitu le..hehe

aina>> tu la..comey je tgok org pakai baju peplum tu