Followers


AMARAN : Blog ini adalah perjalanan kisah hidup sorang budak perempuan dari zaman sekolah hingga kini, seorang mahasiswi, tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang sedang menjalani praktikal di ibu kota Malaysia.

Gaya bahasa yang keanak-anakkan bagi post lama mohon dimaafkan. Tak akan delete post lama. Kerana setiap tulisan, ada ceritanya :) People changes bro!
I LOVE MYSELF VERY MUCH..AND
YOU SHOULD, TOO

25 Dec 2012

[Insaf] Malaikat maut ada dekat aku!

Bismillahirrahmanirahim..
.

Andai satu hari nanti aku meninggalkan dunia fana ini, moga coretan ini menjadi tatapan buat keluargaku . Kerna di dalam blog ini ku coretkan segala apa yang aku lalui sepanjang aku bergelar anak dan pelajar. 

Andai aku pergi tanpa mengucapkan maaf, sudi kiranya hulurkan seribu kemaafan buat diriku yang sering kali melakukan khilaf dalam aku bergelar manusia. Sering aku melakukan khilaf. Itulah aku.

Andai ada janji yang tidak aku laksanakan disaat nyawa dipinjam beri. Ampun maaf aku pinta. Kerna saat ini pinjaman yang paling berharga telah pun diambil kembali. 

Sekali lagi aku mohon beribu kemaafan andai aku tidak sempat melakukan tugasku sebagai manusia yang tanggungjawab beri. Maafkan aku.

-iera shahira'02-

Allahhuakbar! Kadang-kadang aku merasakan yang hidup aku ni singkat. Mungkin esok atau lusa aku dah tak de lagi kat dunia ni. 

Masa tengah study tadi, macam biasa telinga aku ni akan disumbatkan dengan earphone. Tiba-tiba ter'play' pulak Ceramah Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Ceramah tu memang dah lama ada dalam handphone aku tu. Entah kenapa malam ni aku rasa tersentuh sangat bila dengar. Padahal dah selalu dengar. Tapi hari ni rasa lain pulak. 


Malaikat Maut akan datang menjenguk kita 70 kali sehari

Allahuakbar! Bila terdengar je kata-kata macam tu. Aku terfikir sejenak andai kata saat malaikat maut datang menjengah dan aku  sedang buat benda lagha, dan andai kata lagi, saat itulah Allah perintahkan tarik nyawa aku? Allah..... Aku takut!

Menurut kata Dato Fadzilah Kamsah, Malaikat maut datang jengah kita 70 kali sehari. Dia datang...tengok... dah masa ke belum? Belum lagi.. Dia balik dulu.. Lepas tu diadatang  lagi.. tengok.. dah masa ke belum? Dia balik balik. Sebanyak 70 kali malaikat maut datang. 

Salah satu faktor untuk berjaya duniawi dan ukhrawi adalah dengan ingat mati. Kalau kita ingat mati, kita akan berusaha seratus peratus hari ini seolah-olah esok kita akan mati. Tapi kalau kita tak ingat mati, kita macam tak de motif dalam hidup kita.



Hidup hanya sementara

Aku tertarik dengan cerita yang dibawa oleh Dato Fadzilah Kamsah. Menurut beliau, pernah ada satu kes dimana seorang lelaki setelah dijalankan ujian yang teliti, dia disahkan menghidapi penyakit kaser tahap kritikal. Dia dijangkan boleh bertahan hidup lebih kurang satu tahun. Lelaki ini telah berkahwin. Tidak mempunyai anak dan isterinya seorang surirumah tangga sepenuh masa. Bila lelaki ni dapat tahu je masa untuk dia hidup tinggal satu tahun je lagi. Apa yang dia buat? Dia berusaha , dia bekerja keras untuk menjamin kehidupan isteri dia bila dia dah tak de nanti. Dia kerja sungguh-sungguh. Dia minta maaf dekat semua orang yang berada disekeliling dia. Dia banyak bersedekah. Dia banyak buat amal kebajikan.

Lama kelamaan masa untuk dia hidup menurut perkiraan sains dan teknologi semakin sikit...sikit.. dan sikit. Tapi kuasa Allah yang Maha Hebat, bila lelaki ni fokus untuk mati. Minda dia dah set untuk mati. Sentiasa ingat mati .Allah punya kuasa. Allah sembuhkan penyakit kaser yang dia tengah hadapi tu. Allahuakbar. Kuasa Allah! Dan apa yang dia usahakan dari kerja keras dia selama ni mampu menjamin kehidupan dia untuk 30-40 tahun yang akan datang

Kalau minda kita fokus untuk mati, insyaAllah kita akan lakukan yang terbaik bermula dari hari ini

Allah kalau nak tarik nyawa kita memang sekejap je. Tak kira muda tua kaya miskin. Aku mengingatkan diri aku aku agar sentiasa ingat mati dan berusaha untuk memajukan diri HARI INI! bukan esok.InsyaAllah.


p/s: berubah ke arah kebaikan adalah lebih sukar berbanding berubah kearah kemungkaran

2 comments:

✿INA AINAA✿ said...

betul tu.. Kita ni mesti ingat mati.. org yg ingat mati ni adalah org yg cerdik pndai... tp jgn bercita2 untuk mati, ni org yg tak ada akal...

fifie said...

Bagus, antara orang yang beriman adalah orang yang selalu ingat tentang kematian.